*TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA*
Nukilan: *Majestic Kaiser Royale*
Wacana Bistari Buat Panduan
Meraksa Kersani Suri Teladan
Bencana C19 Mencerap Perpaduan
Terasa Berani Diri Berhadapan.
Mencari Jalan Menyelesai Masalah
Membantu Rakyat Iltizam Islah
Melestari Bantuan Terurai Susah
Berpadu Hasrat Menggenggam Pasrah
Perikatan Nasional Menabur Jasa
Berbakti Walau Baru Berkuasa
Dunia Akui Kehebatan Kita
Semua Menteri Fokus Bekerja.
Tiada Kata Secantik Budi
Kasihnya Seorang Perdana Menteri
Mengurus Perbezaan Bersatu Hati
Demi Rakyat Kerajaan Berbakti
Tiada Rakyat Rasa Terpinggir
Bantuan di Hulu Hingga Ke Hilir
Semua Nikmat Datang Bergilir
Kritikan Bisu Jatuh Berbutir.
Perikatan Nasional Nama Terpahat
Gagah Berjuang Demi Rakyat
Budi Disanjung Kasih Diikat
Representasi Sebuah Hakikat.
Doa Dimakbulkan Malikulmanan
Desa Ke Kota Kiri Dan Kanan
Kita Berpadu Berganding Tangan
Terus Membantu Semua Golongan
Sekali Berpakat Selamanya Berpadu
Menjalin Semangat Islam Melayu
Semua Kaum Tetap Di Bantu
Ke Persada Jaya Kita Menuju.
MKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment