Kepada Sahabatku,
Tuan Haji Ir. Shim,
SEBUAH SKRIP DRAMA POLITIK GABUNGAN TUN M, PAK LAH & NAJIB (BAHAGIAN 1)
1. Tanggal 16hb. Mei 2018, saya telah mengutuskan wadah seperti ini sekadar berkongsi wacana pemikiran bersama, kini tatkala menelurusi hiruk pikuk kota yang kian sunyi, kita kembali berwacana.
2. Pasca sebelum PRU ke 14, sekali lagi kita ungkapkan Pakatan Harapan (PH) waktu itu mengangkat suatu paradigma baru POLITIK KOMPROMI di mana parti-parti politik yang dipimpin oleh musuh dan seteru politik lama berkompromi demi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang kala itu meneraju Politik Berkonfrantasi dengan banyak pihak.
3. BN pada waktu itu menjaluri Politik Konfrantasi sesama sendiri, berkonfrantasi dengan Tun M malah ketiadaan institusi di bawah Pejabat Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang benar-benar ampuh dan mantap bagi menangkis persepsi, tohmahan serta fitnah terancang dari CYTRO PH.
4. Masa berlalu, kita bersama dalam wacana pemikiran sahabat telah menghidu dan membaca suatu perancangan gerakan “POLITIK SWING” oleh pihak Tun M dalam tempoh dua tahun.
5. Ia bermula dengan langkah memantapkan PPBM dalam PH apabila Tun M mulai berkompromi dengan UMNO dan PAS secara belakang tabir, membawa masuk beberapa Ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM.
6. Kemasukan ini dilihat dan dibaca oleh ahli sahabat kita untuk memantapkan kedudukan PM ke 7 sahaja, bukan untuk memantapkan PH itu sendiri.
7. Sejurus selepas kemasukan beberapa MP UMNO ini ke dalam PPBM, Tun M telah mengarahkan suatu himpunan Perpaduan Parti-Parti Melayu & Islam yang dinamakan “Kongres Maruah Melayu” dirancang, diseminarkan dan dilancarkan pada tahun 2019.
8. Seterusnya kita kembali fokus kepada era pemerintahan PH di Malaysia selama 22 bulan. Kita menyaksikan dua parti dominan dalam PH adalah dari kalangan mereka yang Liberal dan Pro haluan kiri dalam masyarakat.
9. DAP dilihat gagal mendisplinkan pemimpin-pemimpin mereka malah tiada latihan asas “Pengurusan Pentadbiran dan Diplomatik” diberikan kepada barisan menteri mereka, Ahli Parlimen malah para penyokong mereka. DAP telah dilihat banyak melancarkan gerakan POLITIK KONFRANTASI dengan khalayak hingga ke atas Institusi Raja Berperlembagaan. Rakyat disajikan dengan mudahnya Agama Islam diperlekehkan. Nabi SAW dihina. Raja Melayu dipersenda dan dimaki tanpa struktur kawalan terhadap RUKUN NEGARA.
10. Rakyat dihidangkan DAP sebagai pemuja Parti Komunis Malaya. DAP penderma Gerakan Pengganas Tamil di Sri Lanka (LTTE). Ini adalah KONFRANTASI kepada anggota keselamatan kita dalam Tentera dan Polis.
11. Sebelum itu perlantikan Peguam Negara atas tiket Politik adalah KONFRANTASI PH terhadap Manifesto PRU mereka sendiri. PH kelihatan BERKONRANTASI dengan Janji 100 hari mereka sendiri.
12. Menyentuh PKR: Lebih 22 tahun lalu PKR ditubuhkan untuk menggulingkan Tun M, namun dalam pasca PRU 14, rakyat yang bijak mentafsir PKR sedang mencetak KEBODOHAN BERULANG bila Anwar kembali melutut mencium tangan Tun M demi ketamakan kerusi Perdana Menteri.
13. Seperti yang kita maklum, budaya Politik Anwar Ibrahim ialah membunuh tokoh politik dibawahnya demi mengekalkan kedudukannya sama seperti wadahnya ketika bersama UMNO.
14. Ketika bersama UMNO, Anwar telah banyak “menyembelih’ tokoh-tokoh politik yang enggan bersamanya untuk menggulingkan TUN M sebagai PM ke 4 waktu itu. Nama-nama tokoh yang difitnah Anwar ini sudah tentu ada dalam senarai sahabat.
15. Selama 22 bulan PKR bersama PH menjadi Kerajaan, ANWAR dilihat amat bernafsu serta taksub dengan wadah lamanya dengan memilih POLITIK KONFRANTASI sesama sendiri.
16. Anwar dengan gigih mulai mengatur propaganda agar Azmin Ali dijatuhkan. Inilah POLITIK KONFRANTASI yg Anwar Pilih.
17. Anwar dan DAP terus menerus menjalankan gerakan BERKONFRANTASI dengan PPBM dalam PH apabila mendesak dengan keras dan tegas agar Tun M meletakkan Jawatan sebagai PM ke 7.
18. Tatkala khalayak disajikan dengan POLITIK KONFRANTASI oleh pemimpin-pemimpin PH melalui Media Massa dsb, Pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS mulai kembali bijak dan cerdik apabila memilih representasi berjinak-jinak dengan ilmu POLITIK KOMPROMI sebagai matlamat perjuangan.
19. Hasil iltizam pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS yang hebat, genius dan amat berkarisma, kita telah menyaksikan Muafakat Nasional terbentuk dan lahir ke tengah masayarkat sebagai wadah pilihan untuk kembali berkuasa.
20. Apabila terbentuknya Muafakat Nasional, gerakan senyap Kongres Maruah Melayu, rakyat seakan tidak cukup dengan hidangan berkhasiat Muafakat Nasional, rakyat mahu suatu bekalan untuk generasi akan datang untuk anak cucu mereka. Bekalan ini mencangkupi kehidupan rohani dan jasmani rakyat.
21. PN perlu mentadbir perbezaan antara tiga nama parti Melayu Islam iaitu PPBM, UMNO & PAS. Tatkala wacana ini dilayarkan, sudah ada kalangan rakyat yang bermunajat agar parti 3 beradik ini kembali bercantum dalam satu wadah dengan aman & harmoni seperti selepas tragedi 13 Mei 1969.
22. PN perlu menguruskan kecelaruan pemimpin peringkat bawahan masing-masing yang masih taksub dengan jenama parti, kerana hujah dan doktrin kelestarian POLITIK KOMPROMI belum lagi mereka kaji dan menjadikan sebagai zikir perjuangan mereka.
23. Diharap pucuk pimpinan PN segera mengambil Inisiatif mewujudkan segera pembinaan Jenama PERIKATAN NASIONAL ini secara mantap, secara berjemaah dan InsyaAllah selepas bencana COVID-19 ini berlalu PN perlu didaftarkan, dan ada ibupejabat sendiri serta Jawatankuasa Induk PN diperingkat Pusat dan negeri.
24.Ayuh, ucapkan selamat tinggal kepada POLITIK KONFRANTASI.
25.Assalamualaikum.
Ikhlas:
MKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment