Monday, October 18, 2010

S - BAHASA BAKU KELANTAN

S1. SELEHENG adalah nama kata sifat terbitan kelas pertama di mana si pelaku dan orang lain mempunyai kadar interaksi yang aktif sebelum kejadian. SELEHENG membawa maksud perselisihan faham atau pertelingkahan.
Contoh ayat: Budok ni gak SELEHENG sokmo dgn oghe tua.. Oghe ghoyak hok lain,dia pehe hok lain. Kalu dok main dgn budok ni parok nisse abih la,tgok tu la,kes tak dengar buah ore tua,kena dah,reboh beleping tepi telaga,terembas punggong,sapa khelok hujung selebi.
S2. SAPA: Sampai/Hingga. Contoh ayat: Dari pagi SAPA gelark kawe tunggu demo tak maghi.
S3. SEKUNG:bermaksud sesuai,mengikut citarasa,mengikut selera,kehendak ada “CHEMISTRY” dan terlalu padan serta secocok. Contoh Ayat: SEKUNG molek pasangan Nik Jiz dengan Menantu dia Rafmi. Bapa Mertua Kepala Fatwa Mengarut. Menantu Kepala Tutuh Duit rakyat Kelantan. Molek dah. Si PENIPU dapat menantu Si LANUN.
S4. SEKKONG:membawa maksud,tersadai,terabai,tidak mampu berfungsi lagi dan rosak. Contoh ayat: Lama juga Motor Vespa A. Mahmud tu dok SEKKONG depan tangga rumah Husam Musa. Sanggup dia bayar beribu-ribu untuk letak “Tukun Tiruan” depan rumah dia.Sebab pitih dia belana la ni.
S5. SOONG SSEGUK:Soong sseguk ni maksudnya termasuk dengan kamu pun sama.Contoh ayat: Tak sangka betul Aziz tuh “soong sseguk” dengan dio ajak Lebai Husin pergi Karokae,patutnya dia yg nasihat tapi dengan dia-dia pun sama,”soong sseguk” sungguhlah.
S6. SODOOR: maksudnya lebih krg bodoh. Cth: mu ni gak sodor sungguh. Aku suruh wat muga lain mu gi buat muga lain.
S7. SSJULONG: Maksudnya Seketika itu. Contoh ayat: Ssjulong baru ni ore kg ambo dok gilo ko aye seramo.
S8. SELOGHO: Maknanya Seloroh/Gurau. Contoh ayat: Demo jange dok seloro x tetu kalu nga pok me tu ore pongoh tu.
S9. SEMBAB: Maknanya bengkak. Contoh ayat: Tunggu ari dh bini kawe tu...kaki pn sembab doh...x leh g mano kawe...lamoke nyo beranok...
S10. SAT GOBBAR: Jangan bimbang/Jangan gentar/Jangan takut. Contoh ayat:Sat Gobar set kita. Kita lawan sampai habis.
S11. SECHOR-OT’: Sedikit sahaja.
S12. SAYARK: Sayap.
S13. SSOYORK: Koyak.
S14. SO LIROH: Beres atau Sudah. Contoh ayat: Habis SO LIROH di MANEK URAI jupo pulop kita di GALAS ya..So'oh weh SEGHO.."PAS dicadangkan MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA KPD UMNO DI GALAS.
S15. SO’OH: Semput. Contoh ayat: Dia make banyak male tadi sapa SO’OH nak nyawa.
S16. SEDANG MOLEK: Ngam atau padan. Contoh ayat: Sedang molek baju hak Mak beli untuk kita hari tu. Kita tra sekali terus sedap kita pakai.
S17. SETOK ANGIN: Dekat-dekat dengan merajuk sebab dihalang kemahuannya. Contoh: Puak ita tahu dah, jenis Nik Aziz kalu tak leh BELAWAK dale ceramah serup aye ketek tunga la.
S18. SEKEPENG: Kata penambahan dari sesuatu perbuatan yang membawa maksud tiada apa-apa kelebihan. Contoh ayat: Dulu, main FB ni tak dok pekdoh sekepeng habuk tapi bilo ado kelah ni raso macey ado pekdoh pulok.
S19. SSEMBE = tersungkur. Cth : Bakpo gak Munoh nok bgocoh nga madu sapa SSEMBE, tok pasa2 tok laki dio pase soghe lagi.
S20. SSUKU SEMBE/SUKKO SEMBE: Membawa maksud bsungguh2 atau Bertungkus lumus. Cth: Che Limoh dok khijo ssuku sembe tp Pok Mat tok laki dio tu, sedak2 dok bbua d keda kopi dr pagi pah ggelap.
S21. SOGHE: Seorang. Contoh: Demo jange jale SOGHE male2 kawasan Bilik Gerakan PAS, sbb puak2 dia jenis Nafus Kudo belako.
S22. SANGAK: Sangat. Contoh: Bakpo budak Jemi tu bengong SANGAK.
S23. SENGOTI: Sungguh atau Sungguh-sungguh.Contoh ayat: Kito keno ngaji sengoti dah lps ni.
S24. SSOHO: Adalah kata sifat yang berinterpretasi positif atau POPULAR. Contoh ayat: SSOHO nama Abe Rahim la ni sejak dilantik sebagai Timbalan Ketua Mudir. Dahl ah dia ni Smart, pandai buat lucu.
S25. SAKKAR: Gula. Contoh ayat: Ali tolong gi beli SAKKAR sekila deh.
S26.SAWO NILO: Ciku. Contoh ayat: Haji, tolong ambik buah SAWO NILO tu kita nak make.
S27: STEWONG: Lori Jengkaut Balak. Contoh ayat: Kuat STEWONG buruk tu naghik balok.
S28. SEDAWO: Sendawa. Contoh: Make kenyang gak mesti SEDAWO.
S29. SALOGHE: Saluran. Contoh ayat: Demo tengok TV SALOGHE 2, ada bola siaran langsung tu.
S30: SEKOLOH: Sekolah. Contoh: Jaga moleh Budok SEKOLOH la ni ramai hak ketagih dadah sejak PAS memerintah.
S31. SELLORK (a): Perkataan ini dipercayai diambil dari perkataan Bahasa Inggeris “It’s Lock” yang membawa erti KUNCI. Contoh ayat: Datin Sue sokmo gitu, tido male lupo selok pitu depe.
S32. SELLORK (b): Perkataan yang memberi makna PENGSAN. Contoh ayat: Mak Aji Nab bunyi kaba SELLORK pagi tadi sebab demam panas dah seminggu. La ni anak dia hantar hospital dah.
S33. SELLORK TENGANGA: Ia adalah satu kata bidalan atau perumpaan yang memberi erti yang lebih kurang sama dengan “KA-ARK” atau “DO-ERH” iaitu agak sukar atau susah. Contoh ayat: SELOORK TENGANGA kawe bule ni, beras habis dah kat dapur tu….pitih gaji pun habih doh ni.
S34. SOKMO: Selalu atau Kerap. Contoh ayat: Sokmo Mat Nor tu sombong dgn kawe. Lepas balik Arab tak contact dah kawe.
S35. SETAMBUN:Kata penjodoh bilangan seperti SETOMPOK dsk. Contoh ayat: Semalam Dato’ Ketua Mudir beli 18 Kilo buah Mokte. Nya letak SETAMBUN atas meja luar tu. Mewah anak kaki lagu ni.
S36. SIYA: Sembuh/Pulih. Contoh ayat: Mujor adik baru SIYA dari demam.
S37. SIKIL: Ngilu. Contoh ayat: Adoi, SIKIL gigi ambo make ase banyok sangak... Sedap pulok rasonyo make ccolek pauh nga lanah takdi sapa tok kaba sikil gigi nih.
S38. SPELEK: Pusing atau ‘twist’ atau auta. Contoh: Ambo nok sepelek guano tok sey gi Bakok luso nie.. nok oyak ado kelah bhaso kelate.
S39. SSIMBONG (1): Serentak. Contoh ayat: Male tadi majlis ceramah PAS hanya ada 15 org yg hadir sebab ‘SSIMBONG” dengan majlis kenduri arwah rumah Pak Mail.
S40. SSIMBONG (2): Terserempak. Contoh ayat: Balik dari kedai Mok Yer tadi, kawe ‘SSIMBONG” dengan Koja di Cabe Tigo dekat umah Tok Ngulu tadi.
S41. SERUPO AYE TER SAPPAR (Kata Perumpamaan): Kemurungan yang melampau. Contoh ayat: Ambo tengok muka puak-puak PKR hak kena baling khusi sampai luka parah kemareng, SERUPO AYE TER SAPPR. Nak banding dgn tahi lembu kering, lawa lagi tahi lembu tu…Tu la weh, org main parti, demo nak main parti juga. Org main parti nak bangunkan Negara dan tolong rakyat, buakn main parti sebab dendam politik atau nak bela seorang peliwat. Baso nate bengong puak2 ni.
S42. SELORK KERA: Perkataan terbitan dari Selork yg bermaksud pengsan. Makna kata Selork Kera ni pengsan yang amat serius. Contoh ayat: Mat repit tu hok wat gegey tu selok kegho keno njaa ko oghe kapung.
S43. SOYOT TEPEK: Seiras. Contoh ayat: Anak Datin, muka dia SOYOT TEPEK muka Datin.
S44. SSEGHO: Merasa atau ingin. Contoh ayat: Ambo SEGHO nak make pulut ikan kering male ni.
S45. SERUPO HAMBAT AYE LLESONG (Kata Perumpamaan): Maksudnya tak makan nasihat atau degil tahap ‘gaban’. Ni kira Tak degih. Hambat-hambat mari balik...dok reti2, jenih dok phahe bahaso.
S46. SERUPA TAPAI DENGAN UBI KAYU (Kata Perumpamaan): Maksudnya saling melengkapi, gandingan mantap, serasi dan ‘setuju angin’ tahap gaban. Contoh ayat: Kelas bahasa baku Kelantan kian mantap disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah gandingan mantap Ketua Mudir dan Timbalannya yang serasi tahap gaban SERUPA TAPAI DENGAN UBI KAYU.
S47. SERUPA AYE GILO SSAKOK (Kata Perumpamaan): Maksudnya seseorang yang dok minat dan jatuh cinta kepada orang yang tak layan dia tahap gaban. Ia termasuklah dari sepsis Bertepuk sebelah tangan.
S48. SERUPA GAJAH KENA PENGOSO (Kata Perumpamaan): Maksud dio ,kesakitan yg amat sangat sama sakit dgn gajah yg kena cucuk dengan kayu pengoso,kayu yg digunakan olih penjinak gajah,kayu tajam. Contoh ayat: Geng-geng “Nalerk” dalam PKR meraung semalam selepas kena baling dengan khusi meja dalam mesyuarat pemilihan mereka; SERUPA GAJAH KENA PENGOSO ni.
S49. SERUPO BELUT DALE TUKIL (Kata Perumpamaan): Maksudnya Belut itu tidah bebas lagi seperti sediakala. Dok musing-musing dale tukil tu jah. Contoh ayat: Akibat tak siap kerja rumah, pelajar-pelajar Kelas Bahasa Baku yang terlibat telah dikurung dalam Kelas Tutorial semalam selama sejam oleh Datin Ketua Setiausaha kelas. Nya denda kat Datin jadi SERUPO BELUT DALE TUKIL set-set hero kelas.
S50. SERUPO TELAGA BAWAH BUKIT (Kata Perumpamaan): Maksudnya Damai, harmoni, indah, dingin serta bahagia. Contoh ayat: Molek benar Cikgu Him jodohkan anak jate dia dgn Siti Zubaidah anak Haji Noor Pulai Condong tu. Siti tu gak budak berjughuh pandai ngaji Quran, muka comel, baik budi bahasa, hormat kat org tua, pandai masak memasak ni. Adat kata SERUPO TELAGA BAWAH BUKIT la rumahtangga demo dua tu.
S51. SERUPO KUNYIT DENGAN KAPUR (Kata Perumpamaan): Untuk menunjukkan perbezaan yang ketara antara dua benda atau manusia. Contoh ayat: Jika letak Arif Fahmi sebelah Angelina Jolly gak serupa KUNYIT DENGAN KAPUR, sebab kulit Arif Fahmi tu gelak ghamak…
S52. SERUPO LABU DENGAN KUNDUR (Kata Perumpamaan): Menunjukkan persamaan yang ketara. Contoh ayat: Antara KU LI dan TO’ PA tu serupo jah, sama-sama pemimpin hebat. Masing-masing ada kekuatan.SERUPO LABU DENGAN KUNDUR adat kata oghe kapong ambo.
S53. SEMBAB: Sejenis fenomena badan manusia di mana anggota badan yg terlibat akan kelihatan membengkak. Fenomena ini dipanggil SEMBAB. Biasanya ia akan menimpa kepada ibu mengandung di bahagian kaki (KAKI SEMBAB), juga boleh menimpa kepada sesiapa yang tidur meniarap (MUKA SEMBAB). Ianya tidaklah memudaratkan jika diambil tindakan yg wajar dan cepat.
S54. SEMELIT: Sembelit i.e. sejenis penyakit manusia yang sukar untuk buang air besar. Contoh ayat: Spiye Stepord bunyi kaba kena penyakit SEMELIT. Sekali masuk jambe 3 jam tak leh tubik lagi.
S55. SSUKO: Gelihati atau Kelakar. Contoh ayat: Ambo raso nok SSUKO bila tengok puak2 PKR buat mesyuarat pemilihan parti. Serupo oghe tak dak tamadun.
S56. SUKO: Maksudnya suka. Contoh ayat: Ramlan SUKO hati hari ni sebab dapat hadiah baju bola Abe Rahim bagi kat dia.
S57. SSUSUK (1): Tersembunyi. Contoh ayat: Payah weh nak jupo Kedai Limah Bari. SSUSUK molej tempat dia ni. Nya jumpa Dato’ Ketua Mudir kedai dalam kapong gini. Hebat sengoti To’ Di.
S58. SUSSUUK 92): Memakai Sussuk untuk tujuan sihir dsb. Contoh ayat: Tak Sangka arirs tersihor Negara kita tu memakai SUSSUUK.
S59. SILAP KERROD: Tak seperti yg dirancang. Cth : Adoi, nok wak guano nih? Silap kerrod betollah... Aku ingak ke bilo aku melabor sediri tu buleh utong, tapi rugi besa la wei... Napoknyo keno sughoh oghe hok panda la melabor kak ku.
S60. SSUMBO: Maksudnya Pewarna. Contoh ayat: Demo gi ambik SSUMBO ghumah Jali semetar, kita nak buat air sirap ni.
S61. SERAYUT: Bergantungan. Cth : musim tengkujuh doh nok maghi tu. Keno beli 'dryer' baghu napoknyo. Kalu dok gak, sakit mato nngelih kain baju dok SERAYUT sana-sini.
S62. SEKORK: Semput. Contoh ayat: Tak leh nak duduk weh,keno belunjur ,SEKORK perut ni.
S63. SO-‘OH: Susah nak bernafas. Contoh ayat: Zaki nak berehat tu, Nampak SO-OH dia, selepas Cikgu Yanie denda Ketuk Ketampi 50 kali.
S64: SEGHEBEH: Selekeh. Contoh ayat: Demo gak....acu mmakai gak sikit....nok gi intebiu mitok kijo tok leh paka seghebeh ggini.
S65: SERUPA CEWER DENGAN BULUH : kata perumpamaan yang menggambarkan rasa gerun atau takut untuk berdampingan. Contoh ayat: Selepas kena Karate oleh Datin Sue, Mat Jeck rasa gerun nak jumpa dekat dgn datin Sue, SERUPA CEWER DGN BULUH ni.
S65: SUGUNG 1: Sondol dengan kepala. Mat Naje tu de nya gi SUGUNG perut anak Pak Mat dgn pallo dia tadi, sapa senak perut budak tu tak leh nyawa semeta.
S66: SUGUNG 2: Langgar atau TEPOH. Semewek sunggu Mat nawi bawa kheta.De nya SUGUNG kheta prebet sapuh di Pasir Mas tadi.
S67: SUGUNG 3: Kata perumpamaan atau berkias membawa maksud "Merosakkan". Contoh ayat. Abe Kojack weh, male tadi mu gi SUGUNG tino mana napok kuccar bojeng jah pagi ni.
S68: SSALOH: Tersilap. Contoh ayat: Telinga kadang2 SSALOH dengar. Mata kdg2 SSALOH tengok. Hati kdg2 SSALOH tafsir mudah berprasangka. Pakat2 lah puak2 kita Minta maaf sempena Musim Ghayo ni.
S69. SOLOR BOLO: Ikut Dan Koksey. Contoh ayat: Terbolah pelek anak dara Pak Dir tu, SOLOR BOLOR jah buat khija.
S70. SMIS 1: Pukulan bola Badminton yg agak kuat terus menjunam rendah menghala ke gelanggang lawan. Asal perkataan Bahasa Inggeris "SMASH". Contoh: Kuat Chong Wei SMISS tadi, gelupor Lin Dan nak ambik. Ni terbuka Jepun Malaysia pulak ajar China.
S71. SMIS: Perli atau Marah berkias secara sedar. Contoh ayat: Mat Yeng SMIS atas muka Ketua bahagian dia tadi, sebab dok nyohor duit banyak, tapi tak cerdik main parti, dok pakat kekah sama sendiri.
S72. SSALOH URAT: Sakit urat atau Lenguh-lenguh dalam badan. Contoh ayat: Bukali male tadi kawe ngakat kotak byk telajak, bangun pagi ni rasa senak habis dalam tubuh mace SSALOH URAT belkae jah ambo raso.
S73. SSO'PENG: Sumbing. Contoh: Ambo baru nih masa minum air tepat bekwoh di rumoh KOJACK mujur tok luka bibir, nyo bui gelas hok so'peng ko ambo wak minum.
S74. SSAKOT: Ralat. Contoh: Mat Jack dok SSAKOT lagi tu sebab dia tak leh tengok muko Datin Sue ngamuk dale kelah baghu ni.
S75. SELEHOH: Seliuh. Contoh: Budaj Amir tu SELEHOH tulang sebab jatuh main bola tadi. Cepat wak gi ngurut.
S76. SEMMA: Semai. Contoh: Demo gi SEMMA dah benih padi hak ambik dari Jabate Pertanian baghu ni?
S77. SEM'BAT: Satu proses jahitan tangan dalam penyiapan baju kurung. Contoh: Baju Kurung Dation order tu dok tengah SEM'BAT tu. Metta lagi ambo gi hata deghumah la.
S78. SAING (1): Kawan. Contoh: Raziman, demo nampak tak SAING kawe Mat Ju anak Pakcik zsamad Salor tadi?
S79. SSAING: Berkawan. Contoh: Bakpo demo tak say SSAING dgn Minah anak Pok Mat tu?
S80. SERABUT PERUT: Memberi perlambangan kesan dari emosi yang terganggu kerana dilanda masalah atau stress. Berserabut. Atau kerana menghadapi masalah yg sukar dirungkai dsb.
S81. SSALOH HABOH: Tak Tentu Arah. Contoh Ayat: Abe Rahim nak gelepar jak pagi tadi lagi. Kita ajak masuk Kelas Bahasa Baku Kelate ni pun napok SSALOH HABOH. Puncanya tak leh minum Teh tarik keda Jarah jah tu.
S82. SSAKOT: Ralat. Contoh: Ambo rasa SSAKOT Abe Rahim tak dok maghi Kelas hari ni. Sekalo tak beso diyo moteng lagu ni.
S83. SEGHIAA BULU GHOMAA: Meremang Bulu Roma. Contoh: SEGHIAA BULU GHOMAA kawe lalu kot kawasan kubur lama tadi.Demo tak kan tak tahu, kawe ni jenis 'habis' berani, jupa tepat pelek-pelek gak cagho nak laghi jah kawe.
S84. SSILAP GAYUMAN: Silap Gamak atau Silap Agakan atau Silap Jangkaan. Contoh: Tak silap gayuman ggak berGalaslah puok kito.
S85. SERONYEH: Bergantayangan atau Berserayut. Contoh: ambo tak lalu la nak make di kedai Mek Jah Buje tuh, menasaboh nya goreng mee ble-ble paka baju jenis takdok lenge, bulu tiok napok SERONYEH..saloh ko jatuh sorat duo dale mee tuh, mereng ambo pat minggu...
S86. SSEDU: Tersedu. Contoh: Bakpo Pakcik Mat asyik dok SSEDU jah tu. Kurang air ko?
S87. SSELEH: Tersilap.
S88. SERECK/SEGHECK: Satu kata nama fenomena alam dan geografi yang tersendiri iaitu khusus untuk hujan yang reda atau berhenti. Contoh ayat: nasib baik Hujan SERRECK dah, buleh la puak2 kita gi shopping di Mid Valley, sejak pagi tadi dok di PWTC ni. hehehehe..
S89. STEWONG: STEWONG ni kepalanya sama dgn Lori Balak tu. Tapi Stewong ni khas untuk angkat balak dari dlm hutan bawa naik kayu balak tu atas lori. Dia tak ada badan yg cantik. Bogel gitu2 jah. Cuma ada tempat duduk utk pemandu sikit.
S90. SERUPA SEPILA TUBIJK JALUR: kata perumpamaan yg membawa maksud membawa tanda-tanda kekalahan atau ketewasan biasanya dalam pertandingan atau perlumbaan.
S91. SERUPO ALU DENGAN LESUNG: Seperti isi dan kuku (Akrab dan Saling memerlukan).
S92. SUK TAKDOK ARAH: Tiada cara lain/Tiada pilihan lain/Pilihan terakhir.
S93. SOKMO: Selalu. Contoh: Zana kena khenak SOKMO dale kelas oleh Murni.
S94. SELALU: Segera/Serta merta. Contoh: Dengar suara Abe Halim panggil, Sharif maghi SELALU.
S95. SAING: Kawan.
S96: SSAING: Berkawan.
S97. SEPESEN: Serupa. Contoh: SEPESEN jah budak dua ni. Soghe pakai baju merah, hak soghe lagi pun kena baju merah jugak.
S98. SUTOH: maksudnya struktur binaan yang ditambah ke rumah ibu atau struktur tambahan kepada binaan asal.serambi contohnya.
S98. SSOYORK: Terkoyak.
S99. SSUMBAK GHOHA'K: Terlalu banyak masalah yang terlalu seriusatau kekelituan tahap gaban.
S100. SUMBBAK: Sumbat.
S101. SSUMBAK 1: Tersumbat.
S102. SSUMBAK 2: Masalah.
S103. SUPIK: Plastik Beg.
S104. SUPIK GELENYA: Plastik beg yang nipis yg biasa digunakan dipasaraya atau di pasar malam. Nama lainnya ialah JABBIR GHOKGHA'K.
S105. SSIKU BALIK: Kata perlambangan dalam pergaduhan.
S106. SIGHO PISE: pisang masak air gula
S107. SAYUK TTAGHI: Terlalu lewat, lewat tahap gaban.
S108. SERUPO MUSE: Kata bidalan untuk individu yang suka 'DDEGHAK" di malam hari.
S109. SERUPO BOKBONG: Suka mencuri telor ayam.
S110. SERUPO BURUNG HANTU: Hodoh.
S111. SERUPO LEMBU: Bodoh.
S112. SERUPO KAMBING: Malas mandi pagi.
S113. SAKNI: Sekejap tadi atau baru lepas. Contoh: Dia baghu ghoyak sakni. Maknanya dia baru beritahu skejap tadi.
S114. SELIMUT LIKOK: Kata perbuatan yang mewakili Tidor sambil berselimut menutupi seluruh badan dari kepala hingga kaki. Ia juga terkadang digunakan sekadar perlambangan atau kata berkias untuk orang yang masih lagi tidor. Contohnya: Dah pukul 12 t/hari dah ni, Rosman dok SELIMUT LIKOK lagi.
S115. SOK NAPAH: Sesak nafas / susah bernafas. Cth : Pok Mat tu tokleh tingga ssoghe. Mugo dio tok brapo sega, sok napas sokmo lo nih.
S116. SSTOKOL 1: Seketul. Contoh: Nampak SSTOKOL dalam seluar tu.
S117. SSTOKOL 2: Erat. Padu. Kemas. Contoh: Napok Armin dan Aminah dok ddakak SSTOKOL male tadi.
S118. SELAM GHAIB/SELLE GHAEK: 1. Hilang tanpa berita. 2. Hilang tanpa dapat dikesan. 3. Tak tahu gi mano.
S119. SAME 1. Saman. 2. Alat penutup kepala musim hujan (diperbuat dari daun nipah & dijahit kemas rapi)
S120. SOODEK: Sejenis alatan atau tools untuk memasak yang berbentuk 'sudu' yang besar. Ianya boleh digunakan untuk menggaul kuah dari dalam periuk atau kuali.
S121. SENDOK 1: Peralatan atau tools untuk kegunaan memasak seperti SOODEK, dsb.
S122. SENDOK 2. Sejenis Ular Bisa atau "King Cobra" juga dipanggil Ular Sendok. Mungkin bentuk kepalanya ketika sdg mengembang membentuk Sendok, maka ia digelar spt itu. Allahualam.
S123. SSEGHO: Perkataan ini mewakili pelbagai ragam maksud bergantung pada penggunaan ayat dan situasi.Contoh: a) SSEGHO nak make pulut ike keghing male ni - bermaksud Ingin atau berkeinginan atau berkehendak. b) Demo jange SSEGHO hati la gapo hak Pak Nik ghoyak tu, dia ke jenis nakal suka gugha, tapi hati dia baik sangat - bermaksud jangan terasa hati atau jangan ambik hati. c). Abe Man SSEGHO sim card telefon dia kena klon, pasal banyak kali oghe Cina magheng call dia acap kali - Mengsyakki atau suspect. d) Demo SSEGHO lagu mana kuah laksa hak Suriati buat tu, sedak ko dok? - Ia bermaksud rasa atau taste. e) Kawe SSEGHO nak huje pete ni - Agak atau ramal.
S124. SERUPO BUTAL: Jenis hudoh gitu lalu. Tak jenih bukali. Gemuk hudoh dsb.
S125. SEPEL KEDERENG: Ialah satu kata gelaran untuk seseorang yang tidak boleh dipakai, rendah motivasi dan sentiasa berada pada kedudukan hampeh tahap gaban.
S126. SUKO HILAA: Terlalu bergembira. Atau HAPPY tahap gaban.
S127. SERATI/SEGHATI: Itik dari spesis Kacukan atau BAGHAA.
S128. SOGOR BOLOR: Ikut de, bedal belako.
S129. SSEGAR OTAK: Terapi Minda atau Istirehat Minda.Ia adalah kata yang termaktub dalam bahagian Kaunseling Bahasa Baku Kelantan. Lebih melestarikan interaksi perbuatan menghilangkan tekanan atau "Stress Management".
S130. SETENGOHE'/SETENGAHAN: Bersaiz Sederhana atau "Medium Size".
S131. SSELIH: Bermaksud "Silap". Kebiasaannya ia digunakan berpasangan dengan perkataan "TAK LEH" i.e. TAK LEH SSELIH yang membawa makna "Pantang Silap" atau "Pantang ada masalah sikit". Difahamkan ia telah digarapkan dari perkataan Melayu Baku Riau lama yang disebut "SELISIH". Apabila dituturkan oleh orang yang sebutannya agak sengau maka lahirlah perkataan "SSELIH".
S132. SSESEK: Satu lagi perkataan dari kategori Sebutan Sengau bermaksud "bergesel". Ianya khusus digunakan untuk kenderaan yg bergesel. Contoh: Kheta Hamid tadi nya SSESEK dgn motosikal Pak Jak.
S133. SIDING: Jerat kecil untuk menangkap burung. Di mana alat untuk menjerat burung keno ado kayu ccagok, bauu dan tali nylon.
S134. SIKO: Sejenis alat pertukangan sama spesis kegunaan sebaris dgn cangkul. Ianya juga dipanggil pencedok menggarisi sifat kegunaannya untuk mencedok pasir dan tanah gambut atau tanah yg sudah kurang kerasnya.
S135. SARU/SAGHUU: Serabut mata memandang atau teramat bosan dalam keadaan tertekan dsb.
S136. SSO MMAKA: Sesuatu perbuatan yg tepat. Cth: Bola hak Nor Shahrul Idlan Talaha kona tadi mmg kelas, tendang terus masuk gol lawan. Oghe tua panggil Bola SSO MMAKA.
S137. SENGOTI: Sungguh, Benar atau kenyataan.

MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...