Monday, October 18, 2010

M - BAHASA BAKU KELANTAN

M1. MINYAK BENAR:Jika ke kedai runcit di Kelantan, warganya membeli "Minyak Benar" untuk menggoreng. Dalam Bahasa Malaysia rasmi ianya dikenali dengan nama "MINYAK MASAK". Andai terjadi warga Kelantan masuk ke pasaraya di Kuala Lumpur dan bertanya petugas pasaraya, "adik mana bahagian "MINYAK BENAR?". Maka beliau bermaksud MINYAK MASAK. Perkataan MINYAK BENAR ini bukanlah membawa maksud MINYAK ini BETUL dan TIDAK BERBOHONG. Ianya sekadar nama.
M2. MEPPEH:adalah kata nama sifat atau perbuatan yang menggambarkan keadaan fizikal seseorang atau pun firasat dan tafsiran dalamannya.
Contoh 1: MMeppeh nak rebah (Tidak bermaya)
Contoh 2: Mmeppeh takdok pitih.
Contoh 3: Mmepeh bini cuti solat! (Dengan Izin).
Ayat 1: Guano tuh Wak Long..napok jale mepehhhhhhh jah tu..tido luar ko semale??
Ayat 2: Guano gu demo kawe tgk mmepeh po aye tea sapa tuh,keno deme kuro ko?"
Ayat 3: Yak Kelih bokte, menate Arif Fahmi tu nampak MMEPEH nak rebah dalam parit lepas hisap ganja tadi....
Ayat 4: Kemah belako puok kito,pesen takdok hak mmepeh nih.ha ha ha ha ha
Ayat 5: Ado ore nak derma ko ambo billion2 bilo tengok ambo mmepeh, ambo pun segar angin!
M3. MMUTAR ITEK:adalah kata sifat terbitan kelas kedua yang melibatkan si pelaku dengan rasa ketidakselesaan yang amat tinggi. Ia membawa maksud “AMAT SUKAR” atau AMAT PAYAH. Dalam elegi penggunaan harian ia juga membawa perlambangan “MUNDAR MANDIR” mencari sesuatu. Contoh ayat: Ambo MMUTAR ITEK gi cari air sebab air bawah Kerajaan Kelantan lo ni warna berubah sokmo.
M4. MOYONK/MOYOOK:1. Moyonk/moyook adalah kata sifat yang mewakili keadaan badan individu atau binatang yang letih atau lebih spesifiknya "Tidak Bermaya". Contoh Ayat: Arif Fahmi kelihatan MOYOOK selepas dia dikejar ANJING Cina DAP Jalan Kebun Sultan. Dia ingat PAS dan DAP baik, anjing DAP suka kat dia. Anjing pun tak suka kat Arif fahmi. bayangkanlah.
M5. MOYORK juga boleh dilestarikan pengunaannya untuk mewakili rasa "frustasi" manusia. Contoh ayat: "Bakpo Murahguru Nicky Abudu Najis nampak MOYOOK selepas gi tunai cek 4 Billion rupa-rupanya duit Cina MAPUH.
Contoh ayat: Baru ni jah napok buke main gedebe nnunjok hok mudo dio kokre, arini napok moyok balik. Bakpo pulok? Kawe raso hok mudo lari doh tu - mana rok aye tuo nak gohek hok mudo. Pade muko ore tou gelenya.
M6. MECORK/NGAJU: ialah satu kata perbuatan yang hampir sama dengan Jjawa, namun lebih kepada konotasi tindak balas yang lebih agresif dan spontan. Ia juga dikenali sebagai MERAJUK dalam bahasa popular.
M7. MMUPOR: Bermaksud bergelumang. Contoh ayat: Kuat nyo budak2 “mmupor” dale tali air supo kuba berendam dale kube jah.
M8. MMERUN: Mmerun adalah kata perbuatan yg menunjukkan melakukan pembersihan. Tak kira di rumah atau dalam hutan. Mmerun semak samun, Mmerun dalam bilik kemas kain baju dsb. Sekian jawapan saya.
M9. MANGGOK: Manggok berasal dari perkataan Mongolia Tengah yg maksud asalnya ialah TENTERA MONGOL yang Sombong lagi SEPEL KEDERENG. Dalam tradisi masyarakat Kelantan ia membawa maksud agah, meto, sombong, hidung tinggi dan berlagak songsang serta kebesaran diri. Contoh ayat: MANGGOK nate ARIF FAHMI tu. Mentang-mentanglah dia menantu Nik Aziz tergamak dia perlekeh kat penyokong PAS sendiri.
M10. MERTO: Hidung Tinggi. Contoh ayat: MERTO budak tu, nak tunjuk gedebe.
M11. MUSAKOH: Ada Hal/Ada Masalah. Contoh ayat: Dato' Ketua Mudir tak masuk ngajar semalam sbb ada MUSAKOH sikit.
M12. MMADOH: Jemputan kenduri atau majlis keramaian/rasmi. Contoh ayat: Demo tak ikut Abe Rahim tadi? Dengar cerita dia gi “MMADOH” pelajar-pelajar dewasa Kelas Bahasa Baku Kelantan berkumpul di DUN GALAS untuk dengar amanat KU LI.
M13. MOKTE: Rambutan. Contoh ayat: Kat Nilai 3 banyak oghe jual MOKTE kot tepi jale tu.
M14. MHIKIR: Memikirkan/Berfikir.Contoh: Puas ambo MMIKIR nak selesai masalah Kojack nya bini muda. Hak tua tak tahu.
M15. MOKKOL: Maksudnya semacam nak-nak dekat malu kerana sesuatu. Contoh ayat: Lepah keno tipu kes 4Bilion baru nih, Nik Bujis napok MOKKOL jahh.
M16. MAKE: Makan. Contoh: Demo MAKE gapo tengahari tadi?
M17. MMAKKE: Perli atau Sindir atau mengeluarkan kata-kata sinis. Contoh: Kuat Pak Dir MMAKKE Nik Bujis tadi; Pak Dir Kata, “Mu letak manao duit 4 Billion hek Bujis. Agak-agak la nak pelawok pun, mu ni koho kuat Munafik!
M18. MAKE OTAK: Guna Otak @ Perah Otak Cth: Make Otork dok mmikir lagumana caro nok suruh pah lesen keto nih...masuk kali ni doh 3 kali ambo tes.
M19. MMONGOH: Adalah kata terbitan dari PONGOH yang membawa erti Panas Baran atau cepat melenting.
M20. MMUTAR ITEK: Bersusah payah yang teramat sangat. Contoh ayat: Bila tersebar jah berita Cek Replika RM4 Billion kepada PAS Kelantan itu hanyalah pembohongan yang nyata, MMUTAR ITEK Tuan Murahguru Tanduri Nik Bujis cari helah dan dalih untuk alih isu.
M21. MULUT CEPLA’RK: Suka mengadu domba. Contoh ayat: Mu jange dok saing rapat dgn Mat Yi Becah Tule Kering tu, jenis MULUT CEPLA’RK tu, takleh sok-she sikit, cara nak plago saing.
M22. MEDU: Sejenis penyakit biasanya menyerang org perempuan.ianya berkait rapat mengenai angin dalam badan dan juga sistem peranakkan.
M23. MENGAPOR: Cakap yang meraban dan agak mengarut. Contoh ayat: Makin lama makin MENGAPOR mulut Nik Bajis wat tubik Fatwa Politik dia.
M24. MERTOR: Bermaksud Agah,Somong,Angkuh dan Biadap. Contoh Ayat: MERTOR budak nama Aril Kedereng tu, lalu depan cikgu dia takdak rasa hormat langsung.
M25. MUNOR. Nekad. Contoh ayat: Mat Yeng terjun MUNOR dale Sungai Galas lepas rukah pokok petai tadi.
M26. MMULAH: Memulas yg bermaksud sakit dlm badan seperti perut dsb. Contoh: Datin Sue MMULAH perut dari tadi lagi, sebab salah make Tomyam keda Derih male tadi. Bukali byk cuka nya bubuh.
M27. MMULAH: memulas yg bermaksud memusingkan. Contoh: Kuat beghok Abe Ya tu MMULAH buah Nyor muda belake umah To Do Jali.
M28. MANGKUK LONJOK: Bekas untuk bekal. Contoh: Kita nak gi jale jauh ni, payah nak berhenti keda cari amke, baik kita bawa bekal bubuh dale MANGKUK LONJOK tu.
M29. MMINYAK: Ia adalah kata perumpamaan yg memberi gambaran seakan-akan berminyak.Contoh ayat: Muka Datin Sue MMINYAK lepas main beghambat dgn Abe Kojack kot atas batas taliair tadi. Peloh pela nah nya bergomo.
M30. MMECEH: Pemetik Api (Lighter dalam Bahasa Inggeris). Contoh: Masa kawe gi Los Angeles baru ni ambo beli MMECEH jenama Zippo print Universal Studios, ingat nak buwi ko Mat Jeck, tapi muga Abe Rahim ghoyak Mat Jeck beghehi bakar bulu, ambo bagi kat Abe Rahim jah.
M31. MENYUDOH: Alamak atau Habis la...Contoh: MENYUDOH LA DATO' Muhammad Zaidi jadi Ketua Mudir, ramai budak-budak nakal pasti akan jadi jughuh.
M32. MMAKKA: Perkataan ini mewakili sisi gelap masyarakat Melayu lama yang sering menggunakan Ilmu Hitam atau Memakai Susuk atau Membela hantu Raya, membela HALLAO dsb. Maka perkataan ini memberi konotasi negatif yang nyata dan tegas berani.
M32. MMAPAR: Terdampar. Contoh: Datin Sue & Dato' Ketua Mudir letih hingga MMAPAR atas pasir Pantai Semerak tu. Oghe jogging subuh, tapi pasangan Boss kita berdua ni nya pakat jogging tengahari buta. Pelek peseng oghe2 kayo ni.hehehehe....
M33. MMAMBA 1: Tidak kuat. Contoh: MMAMBA set bola Kesedar tu, tak der 30 minit kena jaring 8 gol.
M34. MMAMBA 2: Memberi makna dan konotasi perlambangan kepada golongan lelaki yang mati pucuk.
M35. MMEGHO/MMERO 1: Membela secara positif i.e. membela atau menternak binatang seperti ayam, itik dan kambing.
M36. MMEGHO/MMERO 2: Membela secara negatif i.e. memilik ilmu hitam memiliki hantu raya dsb.
M37. MMUSING: Berlegar-legar,berpusing di tempat yg sama.
M38. MAGHI: Mari.
M39. MMAGHI: Almari.
M40. MMUCONG: mulut yg ditutp dan dioanjangkan biasanya dalam keadaan suasan mood yang tak berapa bagus,merajuk dan marah. Bersinonim dgn orang-rang yang muda Mmercok dsb.
M41. MMETONG: Datang dgn arah yg tepat. Contoh: Nya Pekong bola softball tu "MMETONG" maghi atas muka ambo.
M42. MMEKONG: Baling atau lontar.
M43. MMUYUT: Dalam keadaan yang cemas.
M44. MAKAN RENG/MAKE GHENG: Menggunakan tenaga / kudrat yg banyak.
M45. MMANGGAR: Tempat persinggahan atau tempat orang bersantai. Contoh 1: Pok Mat oyat takpo sapa maso2 mano pn Kolupo tuh....banyok tepat MMANGGAR. Contoh 2: Ddok MMANGGAR bermaksud Sedang duduk bersantai.MANNGAR NYO ialah tempat buah kelapa dok bergantung atas pokok kelapa tu!
M46. MMUTOH HIJAA: Kata perumpamaan yang mewakili fizikal individu yang teramat penat, atau letih lagi tidak bermaya.
M47. MENEBENG 1: Adalah kata terbitan dari TEBENG (TE: E tanda): bermaksud 'paksa diri sendiri' atau 'self push' atau 'self motivated'.
M48. MENEBENG 2: Adalah kata terbitan dari TEBENG (TE: E pepet): bermaksud tayang atau nak menunjuk.
M49. MAKE SSIKU: kata sifat dari Kitab Bahasa baku Kelantan bahagian Teknik & Vokasional untuk memberi gambaran bahawa hasil kerja pertukangan (Spt Tukang Rumah)menepati piawaian atau design. Lebih ampuh lagi ianya digunakan untuk memberi justifikasi betapa kemahiran "Arts of Construction" tukang rumah yang membina rumah tanpa Plan & Design Drawing' pun mampu menghasilkan binaan yang terbaik. Umpamanya sisi tingkap apabila diletakkan alat pengukuran sudut 90 darjah seperti sesiku "L" ianya tepat tanpa diragui lagi. Maka orang Melayu Kelantan menggunakan "MAKE SSIKU" sebagai respresentasi kpd fenomena ini.
M50. MMINYAK: Berminyak.
M51. MMUPOR: Bergelumang.
M52. MENONYER: Tersengeh-sengeh. Sering digunakan untuk kata kiasan yang membawa maksud "rugi' atau tidak mendapat apa-apa faedah dsb.
M53. MAKGAK: Dari kategori kejuruteraan automotif "MUD GUARD" i.e. sejenis aksesori kenderaan yang pada era revolusi perindustrian digunakan untuk menahan selut dari terpercik ke arah penunggang dan penumpang basikal/motosikal. MAKGAK biasanya dipasang letakkan di atas permukaan tayar motosikal/basikal. Ketika dahulu, jalanraya utama adalah dari jalan tanah merah. Apabila hujan jalan akan berselut. Maka istilah MUD GUARD terus dominan sehingga kini walau jalanraya kini tidak berselut lagi. Namun ia tetap positif dari segi fungsi i.e. menahan air percikan hujan menerjah ke bahagian kaki penunggang. Pada aras jalan yang kering ias mengelakkan najis lembu terpercik mengenai penunggang, andai terpijak secara tidak sengaja.
M54. MAJNUM: Kata perbuatan merajuk yang terlampau. Biasanya berlaku kepada remaja yang meningkat dewasa. Ianya berasal dari kisah hikayat 1001 malam yang disampai ceritakan oleh para TOK SELAMPIT dari zaman berzaman mengenai kisah seorang Puteri Raja Arab yang bernama MAJNUM yang terlalu gemar merajuk jika sesuatu permintaannya lambat atau gagal dipenuhi ayahandanya Raja memerintah. Maka untuk anak-anak yang merajuk, maka ia dipanggil MAJNUM. Jika orang pencen MAJNUM maka dia akan dikatana 'buang tabiat'. Sekian adanya.
M55. MMETAR 1: Sebentar atau sekejap. Contoh: Demo tunggu MMETAR deh, kawe nak ambik buku nota dale bilik kawe tu.
M56. MMETAR 2: Mentang-mentang. Contoh: Fahmi tu agah la ni dgn kawe; MMETAR kawe ni tidak oghe kaya gak.
M57. MMOTENG: Ponteng. Contoh: Masa sekolah, Jemi sokmo MMOTENG. Nakal juga dia.
M58. MUGHIH/MURIH: Marah
M59. MMUGHIH: Pemarah
M60. MMATE: L/krg atau about. Cth: MMATE pukul 3 ambo sapa.
MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...