U1: UGOH: Rasa Tercabar atau Rasa Rendah diri sikit. Contoh ayat: Abe Joe rasa UGAH tadi sebab kena jerkoh ko budak muda atas pasar mache tadi.
U2: UYUN: Condong. Contoh: kawe tengok tiang lampu tu UYUN sikit.
U3: UNGGA: Berlari. Disebut juga BERAMBAT. Contoh: Abe Kojack bghehi UNGGA la dalam Spital pun.
U4: UTUT: Low Class atau Debek. Contoh ayat: UTUT team Negeri Sembilan tu, nak menang bola, sanggup tibai kaki pemain lawan hingga patah. Main jahat.
U5. UBAT LAPU/UBAT LAMPU: Bateri sel kering. Bateri kering yang sering digunakan secara komersial seperti untuk Lampu Suluh. Walaupun digunakan untuk peralatan lain seperti remote control dsb ia tetap dipanggil dgn nama UBAT LAMPU.
U6. UDOH: Hodoh atau tidak lawa.
U7. ULASE: Ulasan.
U8. USTAD/USTAK:Ustaz.
U9. UJIK: Semak yang tebal menghampiri sifat-sifat hutan yang kecil.
U10. UDE: Udang.
U11. UBE: Uban.
U12. ULAK: Ulat.
U13. ULAA: Ular.
U14. UPE: Umpan.
U15. URUSE: Urusan.
U16. ULE 1: Ulam.
U17. ULE 2: Ulang.
U18. UTING. "Target" atau "Sasaran". Contoh: Sebelum melepaskan tembakan senanpangnya, Tok Nngulu Yazid "UTING" tahap gaban burung hak dok jula mokte tu. Dia gyk taksaey bazir peluru.
MKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment