Monday, October 18, 2010

N - BAHASA BAKU KELANTAN

N1. NYUMBI:Nnyumbi adalah kata nama perbuatan yang menggambarkan satu kaedah untuk menampal alatan memasak yang diperbuat daripada logam.peralatan memasak ini samada periuk atau kuali.tetapi kalau kita nak menggunakan dalam maksud yang literal atau slanga dibenarkan tetapi amat jaranglah digunakan begitu.
N2. NONDENG:adalah kata nama perbuatan yg bermaksud,bergayut,menampu badan dengan berpegang kepada sesuatu dengan kedua-dua belah kaki tidak berpijak dan selalunya tempat kita bergayut atau menampu badan itu kuat dan mampu menahan beban.Cth : Esok peserto hok masok kelah ambo keno nondeng utk aktiviti 'high rope'. Kito nok tengok demo tuh beghani ko dok. Jange nati ado hok tekecing dale sluar doh la.
N3. NGINDENG/NGENDENG:Nngindeng/Ngendeng kata nama perbuatan yg bermaksud terliur,berkehendakan sesuatu walaupun tak dijemput,menggunakan bahasa gerak badan untuk mendapatkan sesuatu benda /makanan/ganjaran walaupun sudah tahu yang dia tidak dijemput,tidak layak atau tidak ingin dikongsi makanan, juadah, habuan, ganjaran.
Contoh ayat: Tak payah mari NGENDENG sinilah Ahmad ,aku tak jemput mu,bentak Ani kepada Ahmad yang berada di sebelah khemah jamuan harijadinya.
N4.NGETAT BULU: Maknanya Geli Geleman. Contoh ayat: Ngetat bulu kawe tengok dato' Macho make sup ibu dhab..."
N5. NNEPUH: a) Pecah dinding mulut b) Melecur c) Temberang/Cakap Besar.
N6. NYERONG: SERONG. Contoh ayat: ambo tak berapo bulih kalu kot nnyerong ,ambo reti hak betul jah.
N7.NANAR: Kata perbuatan yang menimbulkan kesan negatif dalam persekitaran. Ia juga sebagai perlambangan sahaja, demi memberitahu bahawa kita sedang bersungguh-sungguh berusaha. Cth ayat 1: lepas hisap ganja, Nik Abduh nampak NANAR jale tigo selendar. Cth ayat 2: Dok mana borang pejabat tanah ni, NANAR dok cari sejak pagi lagi, tak tahu dok mano ni.
N8. NGEPPEK: Kata sifat yang hampir sama dengan berleber. Contoh ayat: Tak dok khijo lain ko Mek nab tu, pagi-pagi lagi dok NGEPPEK ko anak dia.
N9. NGETERK = Ambil@curi hak org lain secara kecil-kecilan. Cth ayat : Arif Fahmi brehi NGETERK duit Pemuda PAS Kelantan.
N10. NGETECK (Sebutan hujung "TECK" agak sengau ada idgham) = Kondem/komen/kritik. Cth ayat : Dah tahu PAS tak leh buat gapo2 selepas 20 tahun menang di Kelantan, jgn dok NGTECK ko Kerajaan Pusat lagi.
N11. NGEPENG: Ngepeng adalah sendi perkataan PATANI lama. ia dibawa masuk ke kelantan oleh para Ilmuan Agama suatu ketika dahulu. Ia banyak diperkembangkan oleh Kelaurga Raja Jembal lau diperluaskan ke seluruh Kelantan. Ia bermaksud MELOBI atau KEMPEN secara serius. Contoh ayat: Dato' Ketua Mudir akan berada di DUN GALAS sepenuh masa nanti untuk membantu calon BN/UMNO 'NGEPENG" dlm PRK nanti.
N12. NAIK TAGE: Naik Tage makna kata naik saham. Perkataan TAGE berasal dari Negara TOGO LAUT yang membawa maksud PERTARUHAN. Dalam konteks perkataan TAGE ia bermaksud BETARUH. Tapi NAIK TAGE pula maksudnya NAIK SAHAM atau NAIK NAMA.
N13. NNGACUN: Asal perkataan ini dari perkataan RACUN. AL-kisahnya zaman dahulu kala, akibat difitnah bertubi-tubi maka seorang gadis telah membunuh diri dengan meminum RACUN. Semenjak itu perbuatan orang yang menyebar berita fitnah atau penghasut dipanggil NNGACUN. Dalam konteks interaksi seharian rakyat Kelantan NNGACUN ialah adu domba,memfitnah,melapor benda yg tak elok.Contoh ayat: Nik Aziz tu kepala perpecahan masyarakat. Tak dok khijo lain, dok nngacun kat org ramai agar benci sesama Islam sesame Melayu demi nak menang kerusi pilihanraya.
N13. NNEGHO: Tertidor dengan lena/Tidor. Contoh ayat: Guano Abe Rahim NNEGHA atas khusi tu.
N14.NAK WAK GUANO: Nak buat macamana. Contoh: NAK WAT GUANO abe weh, kaki bini dia sakit tu.
N15. NNGELE: Sedekah sedikit wang kepada Tuan Rumah semasa Kenduri Kahwin. Contoh ayat: Demo bagi dah NNGELE lepas make gula sakni?
N16. NYAPONG: Mencarut/Menuturkan kata-kata yang kurang sopan dsb. Contoh ayat: Abe Kojack gak. Salah kecek sikit, mesti nak NYAPONG. Nakal benar dia la ni Dato’ Ketua Mudir weh. Kena bui mi’ak jaghe-jaghe ni.
N17. NYOHO: Adalah kata perbuatan yang mendominasi perbuatan menunjuk-nunjuk atau memperagakan sesuatu dengan iltizam Ego dan Angkuh.
N18. NYUNYUK: Nyunyuk menurut cerita Tok Selampit adalah perkataan yang berasal dari YUNAN KUNO; ia memberi justifikasi tindakbalas semulajadi seperti naik dan turun atau berbuai-buai. Contoh keadaan bila kita menaiki kenderaan, dan kita berada dalam kereta yang kusyen tempat duduknya amat selesa dan mewah. Ayatnya: Sedap naik kheta Dato' Zaidi ni..kusyen pun NYUNYUK molek bila lalu kok jale kapong.
N19. NAPPORK: Nampak. Contoh ayat: NAPPORK jelas puak Bola Selangor ni takut team bola Kelate.
N20. NNETING: Kata sifat yang terangkat-angkat atau terlambung-lambung. Contoh ayat: AGAH nate Bewak Kabot tu, Jale NNETING lalu depan Dato’ ketua Mudir kawe. Nak kena ‘Nappa Sirap’ ko Abe Rahim kawe ni.
N21. NGEKENG: Mengangkang. Contoh: Senah.....mu tu ore tino....jale tu biar kepit gakskit...jalane NGEKENG supo mu ni gk payah nk laku la.
N22. NYUCCUR - 1: Baki Wang semasa proses jual beli. Contoh ayat: Ambo rasa panah hati baghu ni bila bayar tol secara tunai, budak jaga Tol tu buwi duit NYUCCUR tak cukup Lima Ghiya. Ambo buat laporan rasmi kat pejabat pengurusan TOL tu. Buke soal duit tu, tapi soal displin dan amanah.
N23. NYUCCUR – 2: Balas balik. Contoh ayat: Amin gocoh so das tadi atas muka Husam Musa sebagai NYUCCUR dia tampar Amin baghu ni.
N24. NGABER: Meraban. Contoh ayat: Orang di Galas kecek NGABER sikIt lagi. Dah mu Holor,aku Holor, pening nak pakah hak mana.
N25. NNYUSAH: Susahkan diri. Contoh: Kak Nik tak sah dok NNYUSAH gi basuh pingge mangkuk tu, biar ambo buat.
N26. NNUNJUK: Memperagakan, Menunjuk-nunjuk,. Contoh ayat: Saiful tu nak NNUNJUK la bini muda dia kat Abe Rahim, nak suruh Abe Rahim rasa ghaa..nak bini soghe lagi…mapuhhhhhhhhhhhh main angin ko demo ni.
N27. NAK NYOHO: Memberi makna yang sama dengan perkataan NNUNJUK.
N28. NNGADAP: Berjumpa atau Bertemu mata. Contoh ayat: Balik raya baru ni x de nak nngadap to'guru quran ambo...kecik ati doh ore tua tu.
N29. NAPPAR TAWAR: Sejenis penampar yang agak sederhana.
N30: NAPPAR JEPON: Penampar yang agak ganas.
N31. NAPPAR KAPIT: Penampar yang menggunakan kedua-dua belah tangan sekaligus kena di kedua-dua belah muka.
N32. NAPPAR SIGHO: Adalah kata gelaran untuk penampar.
N33. NYULAT: Maksudnya ganti dgn hok baru,buang/salin yg lamo.
N34. NAKKAA: Nakal. Contoh: Abe Jack gak NAKKAA sungguh, tiap kali maghi KL gak mesti gi Kelab dangdut.
N35. NNIKKE: Sejenis permainan berbentuk mini pertaruhan yang menggunakan sekeping kertas kadbod, dgn meletak nombor di dalam lipatan kertas. Ramai kanak-kanak di Kelantan yang membeli "NNIKKE" untuk buat part time bisness menjelang musim perayaan biasanya. Jika bernasib baik pembeli akan menerima hadiah dlm bentuk imbuhan wang atau pun kadang-kadang datang dalam bentuk alat permainan.
N36. NNAMBUN: Menambak. Contoh ayat: Tadi ambo napok Abe Rahim dok NNAMBUN tempat lecah depe umah dio. Sebab minggu depan rombongan Ketua Mudir nak sampai, nak buat pelancaran Buku bahasa baku Kelantan.
N37. NNECAK: Terpelanting.Contoh ayat: Mek Sue pekong pisau tiba2 NNECAK keno ddinding.
N38. NNGAMBOR: Menjala. Contoh ayat: Lamo benar dah x g nngambor sungai.. Kalu boleh ike kakap gak sukonyo. Kade2 boleh ketam.
N39. NGATUR: Menyuruh org melakukan sesuatu utknya. Cth : Acu wak sediri gak air kopi tu kalu nok minum... Tok napok ko mok tengoh mmasok ni. Duk ghalik nok nngator ko mok sokmo.
N40. NNGERI: tersangat takut,ngeri,tak sanggup melihat kejadian yg mengerikan. Contoh ayat: Ambo tak leh gi dekat tepat oghe eksiden tadi. Tengok darah ambo rasa NNGERI sangat.
N41. NETTE NERAK: Kata perumpamaan bermotivasi tinggi. Contoh ayat: Walau Apa Jua Rintangan Sanggup ditempuhi.ambo tok kiro, ambo kato ambo nok jugok, biar NNETE NNERAK sekalipun ambo nok mene.
N42. NGOKKO: membongkok-bongkokkan badan tanda kepedihan. Abe Rahim tak leh silap make benda2 masam. Silap make sop yg ada cuka jah, NGOKKO la sakit perut dia.
N43. NGOLEK: Gelecek. Contoh: Aku tak suka gaya Deris main bola, depan gol lawan pun dia nak NGOLEK lagi.
N44. NNOTORK: Menggelupas. Contoh: Nya cuah klorox atas ppala Tok Usin Segogho tu, habis NNOTORK, kucar bojeng habis licing.
N45. NNITI: Meniti atau melalui titian. Contoh ayat: Demo NNITI molek atas bate pine tu..takut licin gelecoh gak, buleh Nyo.
N46. NNGARUNG: Mengharungi. Contoh: payoh lor ni nok gi tendong... keno ngarung sungai sungai..perahu tok leh lalu..air tohor..
N47. NNELLAH: Sedikit tercedra hampir terluka. Contoh: Tadi Dolah jatuh atas tangga balasoh. NNELLAH paha dia.
N48. NNYULUH: Menoreh Getah di waktu malam. Contoh: Ramai pakat gi NNYULUH lo ni. mugo harga getah mahal. Tak dak hak terima kasih kat Kerajaan BN kalu alah ko masuk demo.
N49. NECERO: Selamba. Perkataan ini bermula pada zaman Revolusi Perindustrian di England. Dalam proses pengintergrasian Bahasa Inggeris dan Bahasa Kelantan dimulakan. Ia bertitik tolak dari sebutan Inggerisnya NEUTRAL atau NATURAL.
N50. NNARAK: Melarat atau merebak. Contoh: Kalu tak cepat wak gi spital, nyakit Mek Sue NNARAK koho beghak lps ni.
N51. NYAKNYOR KO AMBO: Kata bidalan yang memberi interpretasi belas kasihan kerana sering tidak mendapat sesuatu yang terbaik untuk diri seseorang. Contoh: Tok Ketua Mudir gak, sokmo-sokmo kalu maghi murid baru hak lawa gak selalu dia letak sebelah Abe Rahim. "NYAKNYOR KO AMBO" kata Raziman.
N52. NYOR: Kelapa.
N53. NYOR KORTER: Kelapa yang tidak ada isi dan air.
N54. NNYAKOT: Mantap atau Keserasian tahap gaban. Contoh: NNYAKUT molek make nasi cicah budu dgn petai rebus tadi. Nya maghi poyork pulak dah. Sedak sengoti make nasik tadi.
N55. NAIK SYEH: Kata perumpamaan yang mewakili sifat dan konotasi 'Ghairah'atau keghairahan tahap lampau. Contoh: Tengok Nik Bujis tu nya wak tubik fatwa ikut suka dia jah. NAIK SYEH la tu semeta ko rama oghe dok pujo dan taksub ko dia la tu.
N55. NNYETOK: NNYETOK dapatlah diklafikasikan dalam kumpulan kata rajuk yang menggambarkan kelangsungan rasa kecil hati yang pantas dan agak 'brutal' cara penyampaian maksudnya. Contoh: Datin Sue dgn ambo gak, tak leh gurau sikit ghabuk, cara ko nak NNYETOK. Metta ko kita ni penyokong setia dia gak, dia buat-buat nakal sokmo dale kelas.
N56. NGELAH: Yang terakhir. Telah 'ditiru oleh orang Inggeris dgn perkataannya The Last". Contoh: Dato' Ketua Mudir nak bagi soalan NGELAH tu male ni. Sebab dia nak tidor awal.
N57. NNGALA: Mewarna. Contoh: "Budak-budak bawah umur demo bui gambar kosong, biar puak2 dia sibuk NNGALA lepas ni, sbb kita org dewasa nak sambung pengajian kelas bahasa baku Kelate ni" kata Abe Rahim Timbalan Mudir.
N58. NNYOTENG (1)- Dalam konotasi yang positif ia membawa maksud Melukis. Contoh: Kkapong ambo, ghama oghe ambik upoh NNYOTENG kain batik... Maklumlah banyok kile batik ssitu. Penjelasan: NNYOTENG kain batik di sini menjelaskan suatu pekerjaan atau tahap menceri rezeki halal tahap serius. Nyata sekali NNYOTENG ini bersifat positif.
N59. NNYOTENG (2) - dalam konotasi yang negatif dan anti sosial ia membawa maksud Conteng atau Kogha atau perbuatan mengotorkan dinding, lantai dsb dgn sesuatau bahan seperti pensil pewarna dsb. Contoh: Pening Datin Sue dok mmikir soghe, lagu mano Tandas Wanita di Sekolah Dewasa Bahasa Baku Kelate boleh kotor sampai dinding. Pelajar wanita nya maghi peranga hudoh dok NNYOTENG dinding tandas!. Penjelasan: Sudah terang lagi bersuluh perkataan NNYOTENG dalam ayat ini memberi justifikasi kontra tahap gaban berbanding dgn NNYOTENG kain batik tadi.
N60. NYEK: Tekan. Contoh: Nya pakat NYEK la Sarimah soghe tu ghama2 set-set pelajar wanita kita. Nya beghembah boleh atas katil Asrama tu.
N61. NJHAA: Pijak dgn kuat atau pukul dgn kuat. Contoh: Nya pakat NJHAA Mat Yi Sungai Petai tu sebab dok jual gedebe agah dia di Kapong Kemumin. Dia tak tahu geng-geng Nusi Pdg Pak Amat tu anak beranak Abe Ubaidah jah.
N62. NNURUN 1: Mewarisi sifat. Contoh: Anak Abe Mat dan Maksu Lijah tu sebiji NNURUN demo dua tu. Mata bersinar lawa serupa Abe Mat. Hidung Mancung serupa Maksu Lijah. Adat kata besar-besar nanti dekat-dekat Shah Rukh Khan.
N63. NNURUN 2: Kata perbuatan atau amalan yang negatif lagi berdosa besar. Contoh: Spiye Stempord tu male tadi gi NNURUN nombor ekor dgn Ayah Pin. Spiye kata Nombor Ekor ni halal make anak bini.
N64. NNGEROH: Menjemput. Contoh: Bekwoh umohh lijohh ghamai sunggoh oghe..lajjim jong nngeroh oghe gie..mugo lajjim oghe gedebe..pakat gie takut ko dio..
N65. NNGABE: Rambang atau tidak berfakta.
N66. NNETUK 1: Melecet. Contoh: NNETUK Kaki.
N67. NNETUK 2: Meletup. Contoh: Gi passe jauh bedil 25 dah tu Awe, takut terkejut Tok We Limah, dia ke lemah jantung tak leh dgr bunyi bedil NNETUK.
N68. NNUTUH 1: Kerat atau tebang pokok dsb.
N69. NNUTOH 2: Bersenggama.
N70. NNONYER: Tersengeh malu atau tersipu-sipu.
N71. NNGESOK: 1. Bergerak menggunakan punggung kerana cedera atau sakit dan tidak dapat berjalan spt biasa. 2. Sesak Nafas. Contoh: Tak leh tido, ghaso NNGESOK jah dale dada.
N72. NGILAA 1: Ketawa dalam kondisi yang luarbiasa sambil bergema suara. Akibat terlalu gembira atau lucu.
N73. NGILAA 2: Mengilai atau hilai yang menjelma dari konotasi negatif. Biasanya dari suara halus atau dipercaya suara iblis dan jin untuk menyesatkan manusia. maka dipanggil "Hantu NGILAA" mewakili suara "Hantu" utk menakut-nakutkan manusia.
N74. NGEGHEK DAUN TEMBAKAU: Suatu proses perniagaan tani i.e. mengikat daun tembakau di palang kayu untuk dipanaskan dalam BAN atau tempat kurungan bagi menghasilkan tembakau kering.
N75. NGEGHEK IKAN TENGGIRI: Suatu proses dalam kegiatan ekonomi perikanan; memasukkan ikan tenggiri yang telah siap dibersihkan kedalam bekas untuk produk makanan.
N76. NNUNGGENG NYOR: Fenomena tindakan fizikal berkontra dari kedudukan asal. Contoh kpd badan manusia; Kepala di bawah, kaki di atas seperti dlm sukan gimnastik.
N77. NNGARUNG: Merentasi@mengharungi sungai, dsb.
N78. NNYOCOK: Rasa yang menyucuk-nyucuk atau dalam Bahasa Indonesia dikenali sebagai "Rasa Enggak Enak Badan".
N79. NNGANYING: Perli atau menyindir dgn maksud untuk menyakitkan hati.
N80. NNACAR: Membawa konotasi lebih lancar atau laju tahap gaban.
N81. NAIK GHUMAH: 1. Masuk rumah baru. 2. Kalu bagi barang, semua orang yg berhak dapat buleh belaka, kita pangil "Naik Ghumah". 3. Dalam permainan congkak ada satu istilah "Naik Ghumah" i.e. semua biji guli (dulu2 biji getah) dihantar masuk ke "Ghumah" sendiri i.e. lubang besar hujung kiri kita.
N82. NNONYER: Hampa belaka.
N83. NNAYER 1: Adalah kata sifat yang berjustifikasi berterbangan atau melayang. Jika Kapalterbang kertas dilemparkan maka ia bersinonim pula dgn perkataan NNACAR.
N84. NNAYER 2: Ia adalah kata terbitan yang berasal dari kata induk TAYER (E pepet). Melestarikan sikap ego diri nak menunjuk atau nak tayang kpd org lain dsb.
N85. NGUCAK CICAK: Mengucap dalam keadaan tercungap atau dalam kondisi terkejut yg nyata. Contoh: ngucap cicok...oghe hok kejut pah bunyi cok cok cok...tu ngucap cicok.
N86. NNGAPOR: Cakap melalut atau mengarut yang tidak berkotonasi positif dari segi moral. NNAPOR KOKSAEY: Melalut tahap gaban.
N87. NNGIMBUH: Kata perbuatan dari kategori 'penambahan'. Contoh: Dia kena NNGIMBUH bayar sewa pejabat tadi. Boss dia tinggal duit tak cukup pagi tadi.
N88. NNGIDONG: Sengau.
N89. NNGELUH: Mengeluh (Biasanya pada tanda tidak berpuas hati atau keresahan melampau).
N90. NNGEJAH 1: Tackle atau Mengorat. Contoh: Hadi cuba "NNGEJAH" anak perempuan Pak Mat tadi.
N91. NNGEJAH 2: Minta Pertolongan atau Usaha. Contoh: Kawe minta Abe Man tadi untuk NNGEJAH ambik borang masuk maktab anak sedagha kawe. Kalu kawe ambik sendiri gak paghak kena beratur dsb. Abe man takpa oghe dale.
N92. NNGEJAH 3: Minta Rekomendasi tahap gaban. Contoh: Sepupu kawe tu isi borang dah tamat kursus cikgu, kawe jupo dah Dato' Ketua Mudir, minta NNGEJAH jgn ngajar tepat jauh-jauh sangat, sebab dia kena jaga Mak dia sakit.
N93. NOKING: Ia adalah kata istilah Bahasa Baku Kelantan dari Divisyen Kejuruteraan tertinggi. Apabila sesebuah kenderaan didapati rosak, maka sang Jurutera Automotif bertanggungjawab untuk mencari punca masalah. Dari buku tulisan Professor Ishikawa yangg terkenal dengan Ishikawa Diagram - Problem Solving Method; "NOKING" boleh dikategorikan sebagai masalah yang berpunca dari "Machine" atau enjin kenderaan. Maka dalam konteks Bahasa Baku Kelantan, NOKING ialah masalah enjin yang berbunyi agak bising yang dipercayai disebabkan oleh tahap "piston' yang memerlukan "overhaull tahap gaban.
N94. NYURUK: Adalah kata perbuatan merendahkan badan (menundukkan kepala) sambil berjalan untuk melalui halangan atas kepala. Contohnya: Dia terpaksa "NYURUK" bawah tali ampaian jemur baju.
N95. NNUSUK: Bersembunyi atau menyorokkan diri. Contoh 1. Dia dok NNUSUK bawah katil bila oghe cari tadi. Contoh 2: Main NNUSUK bermaksud Main Sorok-sorok.
N96. NNGGOR (Sebutan berbunyi antara halkum): Menurut Analisis Tok Selampit Padang Bongor, perkataan ini bersinonim dengan istilah dalam bahasa Yunan Tua yang membawa maksud "Tolol" atau "bengong' pada tahap gaban. Ia juga sering digunakan dalam pentas senda gurau untuk membawa maksud 'tolol yg nakal' seperti " NNGOR mu ni" buat nakal koksey.
N97. NAKO-EK (Sebutan hujungnya dalam tekuk): Bermaksud golongan gila meraban menentang apa saja yang baik untuk masyarakat. Ia merupakan bahasa Patani Lama ditujukan kepada golongan pengacau zaman Ulamak Tradisi Patani. Contoh: Ahad baghu ni puak-puak "NAKO-EK" nya belaghok buat demonstrasi di Masjid Negara.
N98. NYEPAA: (Sebutan sedikit sengau): Menyelit atau celah masuk. Contoh: De lagi Halim nya gi NYEPAA celah team bola jaring sekolah dia sewaktu oghe ambik gambar tadi.
N99. NYOR: Kelapa. Contoh: Tadi Abe Husin dok nngukah pokok NYOR depan umah Ayoh Mud.
N100. NNELAH: Tercalar,

MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...