Monday, October 18, 2010

L - BAHASA BAKU KELANTAN

L1. LEMBE/LEMBANG:adalah kata nama perbuatan yang bermaksud mengganggu kestabilan sesuatu benda dan menghuru-harakan sehingga menjadi tidak kemas dan tidak teratur dan kata nama perbuatan ini adalah mempunyai konotasi negatif dan selalu berlaku di kalangan generasi muda dan anak sekolah serta kanak-kanak dan ianya berbeza dari segi kubang kerana biasanya lembe nih kita lakukan kepada sesuatu benda yang dah teratur dan dalam suasan persekitaran yang sempit dan tidak luas.Contoh ayat: Hilmi dimarahi oleh ibunya kerana teleh “melembe” kain yang telah dilipat di dalam almari golok.
L2. LEKAR: a) Tempat Letak Periuk b) Lilit. Contoh ayast: Acu lekar molek gakkk tali tu, dok belit kak; .nati reboh bleping baru tau.
L3. LIONG: Melencong. Contoh ayat: Ambo liong kut lain malas lalu depan kedai Jijah Jangok.
L4. LOBEY: lobey nih kiro barang tak ikut peradaban biasa,stail koboi,kurang bab agama,takdok tommat ninnoh,outlaw,ikut suko dio dan tak berapa mengikut kelaziman.
L5. LE’POOT: Pukul. Contoh ayat: Baso bengong ni,lama kan aku le' poot atah dahi kan.
L6. LILIT: Keliling. Coth ayat: Ambo berkene sunggoh ko kheto altis baru tu....pat limo kali koho dok lilit tulo.
L7. LANAS: Nenas. Contoh ayat: Sedak dan manih jah buah LANAS yg ayah wak balik semalam.
L8. LOGHAK: Sentiasa nak cepat & Tergesa-gesa. Contoh ayat: Ayah Haji Zin nak gi mano tu, napork loghak bennar.
L9. LEISEH: Nipis atau Cekeding. Contoh ayat: TLD tak berapo nak kerling kalu lalu ore tino hok jenis tubuh LESEIH. Dio minat ko hok jenis bok bokalih.
L10. LORK: Biarkan atau Abaikan. Contoh ayat: Mu jange dok LORK anokmu gi saing dengan Analvar tu, lamo ke kena liwat naya!
L11. LESEH: Nipis atau rata. Contoh ayat: Abe Jali tak jadi nak masuk merisik anak Haji Kudin Kubang Bemban tu sebab budak tu jenis punggung LESEH. Milih benar Abe Jali kita.
L12.: LECAH LEWEH: Tak rasa apa-apa/tak da rasa masin, manis/Rasa tawar setawar-tawarnya. Contoh ayat: Tukang masak mu import mari mano ni, mask gulai rasa LECAH LWEH jah ni.
L13: LAKAA: Langkau atau pintas. Contoh ayat: Demo jange dok LAKAA barisan tu.
Beratur molek, lamo ke Abe Rahim ambik tindakan.
L14: LE-IK: Liat atau sukar. Contoh ayat: De buleh ko tange Ssudin gak LE-IT
la....jange di harap la dio nok wi pinje ko ore.
L15: LIK: Mengelak. Contoh: Mujur kawe de LIK masa bola tu lajulalu kot atas
muko.
L16. LI POTENG: Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Contoh ayat: Jusoh masa zame kecik-kecik mulo brehi poteng ngaji, pah tu dok ralik gi mari LI POTENG main kok kedaa.
L17. LATUN 1: lambung. Contoh: Amin, cuba mu LAMBUNG bola maghi kat aku.
L18. LATUN 2: Lempar atau hantar jauh-jauh. Contoh: Abe Jah, buleh tak minta tolong Ketua Pengarah, LATUN jjauh budak nama Mamat tu. Kalu buleh area Pulau Ketam. Dah la kuat maki kerajaan pusat, malas khijo pulok tu.
L19. LUWE : Ada kelapangan. Cth : Kalu ado LUWE tu jange lupo balik kapong, tengok
Mok ayoh. Ni dok ghalik nok gi bercuti kat tmpt lain jaH. Siye, oghe tuo dumoh tu.
L20. LECAH: Tawar. Contoh: Rasa LECAH jah gulai ni.
L21: LAWAA: Jelita atau Cantik. Contoh: LAWAA anak dara Pak mail tu, buleh buat Menantu..kata Abe Rahim.
L22. LANYAK: Gasak atau belasah. Contoah ayat: Habis bekok bekeng muka budak Minah tu kena LANYAK kat saing2 kes berebut pelajar lelaki di sekolah.
L23. LEKUK: Pukul biasanya atas kepala. Contoh: Mu LEKUK sikit pallo budak hak gege tu.
L24. LIONG:Merentas jalan ygjauh atau menjejak jauh. Contoh:Bakpo mung gi liong sor stadium..kedai tu depey banguney IPK jah.. baso jemeghuk nok perabih minyok keto.
L25. LAPAAR (1): Lapar dalam ertikata sebenar-benarnya lapar untuk orang yang tidak makan atau memerlukan makanan. Contoh ayat: Kawe LAPAAR nasi ni, sejak male tadi lagi ni tak make gapo satu.
L26. LAPAAR (2): Lapar ini merupakan perbidalan kata yang membawa interpretasi Ingin atau Berkehendak. Contoh ayat: Mat Meghi tu ingat kawe ni LAPAAR sangat nak saing dengan diyo. Tak rugi gapo2 kawe kalu tak kena diyo pun....Ni kata-kata deghih terhadap Mat Meghi Pendek Bawah.
L27. LAAYUR API: Jemur atas para api bertujuan untuk mengeringkan pakaian yang basah terutama pada musim tengkujuh. Sebab orang Kelantan dulu-dulu mana ada mesin pengering macam zaman sekarang.
L28. LEKAT KUONG: Rasa Gerun atau Takut yang amat sangat kerana ditimpa sesuatu tragedi atau pengalaman ngeri atau serik. Contoh: Oghe jate pun LEKAT KUONG nok nikoh nga ore tino sebab sokmo mitok pitih.. jadi sebab tu la sebagai bekas Menteri Kewangan.. Nuha Berahi-Him wat pembaharuan supayo jate hok LEKAT KUONG tu main samo jatee..
L29. LAAIH (LA-EH): Terlalu letih sehingga tidak bermaya.
L30. LAPAR GARE: Contoh: Behe abih tubuh ambo...tok ambo oyat LAPAR GARE...gatal gelebek..geloyokk
L31. LIKONG: Berkumpul beramai-ramai dalam bentuk bulatan atau lingkungan. Contoh: Nya pakat LIKUNG la weh Pak Mat jual ubat gagah tu.
L32. LEKAT GHUUNG: Rasa gerun atau takut sama seperti Lekat Kuong.
L33. LIPE: Lipan.
L34. LAPU: Lampu.
L35. LEWEH: Lembab, lambat atau tidak sempurna pekerjaannya.
L36. LUH: Longgar. Telah diambil oleh orang Inggeris lalu ditirunya Bahasa Baku Kelantan menjadi "Loose".
L37. LO'LOR - LO'LOR: Serta merta. Selalu. Segera. Pantas tahap gaban. Semetar Tulo.
L38. LOKCING/LO'CING: Satay Ikan (Makanan berasal dari Thailand). Bebola ikan yang dipanaskan atas dapur arang kecil. Biasanya dijual secara bergerak dgn menggunakan motosikal atau tradisionalnya basikal tua.
L39. LEK ' IT: Sifatnya melekit dekat-dekat dgn bergetah tapi ia bukan getah. Biasanya berlaku pada tepung gandum yg dalam proses "ULI".
L40. LOLI'H: Bersikap sambil lewa tahap gaban. Contoh: Oghe pakat nakgi tengok bola di Stadium, dia nya buat LOLIH lagi. Kalu kita tingal jeghik paghok budak Amin ni.
L41. LOCONG: Borong. Contoh: ni kira loconglah belako durian nih berapo,muroh-muroh.
L42. LOKCONG: sejenis minuman yg yang isinya berwarna warni bayangkan cendol tp cendol hijau saja....
L43. LOCAK: Lompat atau loncat.
L44. LIPAH: Lipas.
L45. LITAA: Litar.
L46. LLITAA: Petir atau Pelakaa.
L47. LADU: Kuih hok warno kelabu, raso pedah2 rempah tu ko? Kuih hok oghe beranok make.
L48. LOH! (Sebutan hujungnya disengaukan sedikit)makno : muncul secara tiba2 Contoh ayat : tibo2 jah loh! pokloh ada doheh muko pitu.
L49. LAH! (Sebutan hujungnya disengaukan sedikit untuk memberi makna yg tepat). Makna: Sekali Imbas atau Sekaligus atau Serta merta. Contoh ayat1 : kalu kelih skali "lah!" meme tak ce. Contoh ayat2 : tgh2 dok mmikir tibo2 "LAH!" mari idea ale ppalo.
L50. LEMBU KENYANG/LEMBU KENYE: Kata perumpamaan untuk individu yg buat 'derq' sahaja bila diminta bekerjasama. Contoh: Azmi nya buar serupo LEMBU KENYER bila dia napok puak2 kita dok punggah baghe office nak pindah.De dia wak tak tahu jah.
L51. LOKORH: Tanggal atau terkupas atau tertanggal (bagi sifat seperti cat dsb). Contoh: Demo jange dok dekat kheta Inspira baghu Haji Mat tu, takut LOKORH cat! Dalam istilah Bahasa Baku Kelantan bahagian Pertanian: MOKTE LOKORH adalah sejenis rambutan yang selepas dimakan isinya senang tertanggal dari isinya; berbanding MOK TE BUTIR di mana bijinya melekat tahap gaban dgn isi.
L52. LEBIH OGHE 1): Ia adalah kata bahasa baku Kelantan dari kumpulan Ilmu Statistik yang membawa maksud secara pukal sekaligus iaitu Lebih Orang atau Ramai Orang dalam sesuatu spesifikasi juga standard. Contohnya dalam permainan bolasepak hanya perlu ada 11 pemain di ats padang termasuk penjaga gol. Jadi apabila pengadil beri penalti dari umpanan bola yg "OFFSIDE", dari segi istilah perlambanagn moralnya Negeri Sembilan telah bermain LEBIH OGHE pada malam itu.
L53. LEBIH OGHE 2): Ia adalah kata sifat dari Kitab Bahagian Peribahasa iaitu Pihak OGHE atau Lawan memiliki KELEBIHAN yang amat nyata dari kita. Dalam konteks perlawanan Kelantan dan Negeri Sembilan Final Piala Malaysia 2010 - negeri Sembilan haruslah menerima hakikat KELANTAN berada pada tahap prestasi mental & fizikal yang padu. LEBIH OGHE bermaksud pihak lawan jauh lebih baik dari kita.
L54. LIMAA JEBO: Kini ia lebih dikenali sebagai Limau Ipoh atau Limau Manjung. Masyarakat Tradisi Kelantan memanggilnya sbg LIMAA JEBO kerana ia lebih besar dari limau biasa.

MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...