Monday, October 18, 2010

C - BAHASA BAKU KELANTAN

C1: CEWER:adalah ganti nama ULAR. Cewer nih kalu mengikut ghemuloh tok ambo dio kata sudu selor hak paling bekeng sekali,kalu ddan diao marah dio ddiri nak sama tinggi dengan kito.pahtuh sudu selor nih dio tak makan mugo lain dio hanya makan cewr hok berbiso jugak dan cewer kegemaran sudu selor nih adalah ular senduk.
C2: CELIKO:adalah kata nama perbuatan yang bermaksud cuba membuat helah supaya tidak dibebankan dengan sesuatu tugas,licik,sengaja buat-buat lupo,tidak mendengar arahan dan nasihat,cuba lari dari tanggung jawab dan sengaja nak menge...nakan orang lain.
C3: CAPENG: CAPENG adalah perkataan yang mewakili situasi atau fenomena yang tidak disangka-sangka yang biasanya memberi kesan negatif kepada individu atau masyarakat sekitarnya. CAPENG bermaksud sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa diundang atau diduga. Contoh ayat: Capeng ambo hari ni, alah mari Kota Baru tadi, tali selipar ambo putus.
C4: CCONGEK: Maksudnya “TERANGKAT”. Contoh ayat: Ambo ddan jugak conngek tuh tapi tidok dengan mutor tapi dengan basikal Raleigh,he he he he he,gelebek habis mulut mulo-mulo pandai conngek jatuh atah tar.
C5: CAK RORO: Maksudnya Berjayalah.Contoh Ayat:Sat geger puok kito,kalu jadi dengan kertas kerija hok kawe atar ke PM tuh,Cak Roro lah puok kito,kayo belako bulih pakai mercedes sebutir soranglah.
C6: CCETERK AGHIRK: Maksudnya dalam jumlah yg banyak,ramai bagi manusia dalam keadaan tidak teratur dan terurus. Contoh ayat: Kasihan sungguh kelih budak sekolah hok ttinggal bas tuh,ccetik ar'ik duk gguling di setesen bas.
C7: CARI NNYAKIT: Cari Pasal. Contoh ayat: Baso budak degil, cari nnyakit sokmo, royat x gheti2...eee serabut ... aku.
C8: CCEPUAH: Comot. Contoh ayat: CCEPUAH molek mulut Kak Ani sebab make kuih Khekah Cha.
C9: CAS LIGAS: Tersangatlah aktifnya. Contoh ayat: Selepas minum air rebusan Daun Pokok Kacang Katup Datin Sue nampak Cas Ligas dok main berambat dalam bilik. Berbeza dua hari lps, dia letih tidak bermaya.
C10: CEKO: Cakar atau ramas. Contoh ayat: Baghu jah ambo nak CEKO tepung gandum dalam besen tu, Joyah marah, dia kata biar oghe gaji dia yg buat.
C11: CEPOLOK: Comot yang amat sangat. Contoh ayat: CEPOLOK molek mulut adik Mah lepas make ais krim.
C12: CAA: Ia adalah kata sifat yang kotor iaitu Air Longkang/Air dalam parit terbiar dengan warna pekat kehitaman dan memiliki daya pencemaran bau tahap gaban. Ia terkandung dalam kategori Kitab Bahasa Kelantan bahagian pentadbiran Alam Sekitar.
C13: CUWEH: Cuit atau sentuh.Contoh ayat: Demo jange dok CUWEH anak dagha oghe weh.
C14: CUWEK: Cuit atau sentuh sedikit. Contoh ayat: Deraman tu kalu buleh gak siit pun nak CUWET anak Pak Mat Jahari tu.
C15: Cuci Makok/Cuci Mangkuk: Cuci makok ni kalu dale istilah tokey balok gak....kawase hutan balok hak keno tebe doh mulo....hok nningal tu pn jd balok ,buleh tebe pulok.
C16: CEKEDING: Kata bilangan bagi kurus. Bermaksud Kurus yg amat sangat. Contoh ayat: Datin tak suka lelaki yang kurus CEKEDING, sebab Nampak macam tak cukup zat.
C17. COCOOH JILAT: Sesuatu yg telah habis namun masih mahu lagi. contohnya - setelah habis pauh ringan dan betik putik, abe wok dok cocoh jilat piring colek , dop genap asam...
C18. CAING CAPENG: Tak Bernasib Baik. Contoh: CAING CAPENG Abe Rahman hari ni. Baru nak Jenegho atas wakaf, papan utama tepi wakaf tu nya pecah sembur langgar ko Motor Pak Din.
C19. CERACAK: Sejenis senjata untuk menikam ikan sewaktu menyelam. Contoh: Taje molek CERACAK Abe Rahman, sedap wak nyele ikan Sungai Kelaboran tu.
C20. CAKROLL: sejenih kueh makanan raja-raja,asal dari tepung capur dgn telur uli dalam mokol,bubuh gula sikit,bububh garam sikit lepas tuh kukuh dalam kukuhsan,lepas tuh goreng dlam kuoli. CAKROLL namanya.
C21. CAATOK (1) - Timbul atau Tertonjol. Contoh: "Model Cina Hong Kong dale TV tadi tergamak nya pakai baju mandi jale kot atas pentas. Nampak CAATOK habis buah dada dsb"; ngepek Pak Mat. Jawab Maksu Lijah: " Hei Pak Mat dia, baso dia dah baghe model tu. Mugo dia caghi make kot lagu tu, nak jual baju mandi la tu."
C22. CAATOK (2) - Untuk menggambarkan perbuatan jatuh yang kuat lagi spontan. Contoh: Rebah "CAATOK" Datin Marni pagi tadi sebab terkejut kuat sgt lori minyak brek emergency depan Bungalow dia.
C23. CELABOK: Membawa maksud bergelimpangan atau berterabur atau berselerak. Contoh: Habih jatuh CELABOK Mat Min Tunjong kena hambat ko cikgu displin tadi.
C24. CCANGGOH: Bercanggah atau kontra
C25. CCENDEH KAKKO: Perkataan ini sinonim dgn aktiviti semelih lembu....sebelum habis hayat kebiasaannya lembu akan menendang-nendang...perbuatan tu di panggil ccendeh kkako(burung pekaka).
C26. CAKDUUH: Tidak cermat. Contoh: Tak de 2 haghi Leman pakai selaur baghu beli tu, soyork habis kot tepi. "CAKDUUH" sungguh la.
C27. CCOLE'K: Bahan pencecah yang dimakan bersama buah-buahan atau pun makanan lain masyarakat Kelantan. CCOLEK BUAH: Maknanya pencecah yang dimakan bersama buah seperti Pauh, Betik, dsb. CCOLEK KHEPOK makananya Keropok yang dimakan bersama pencecahnya.
C28: CEGHAK: Pasti. Yakin. Contoh: Demo rasa benner ko bola Kelate male ni? Kawe rasa CEGHAK Kelate Benner.
C29. CEGHEK: Curi dalam kuantiti yang tidak banyak sangat atau sedikit. Contoh: De lagi Mat Din CEGHEK duit Stopa masa dok main cotek' tadi.
C30. COTEK': Sejenis permainan daun terup yg juga dikenali sebagai "Main 21" atau "21 mata".
C31. CCOTEK': Kata perbuatan yang membawa maksud duduk-duduk. Contoh: Tak molek anak tino dok "CCOTEK" atah tangga pakat cari gutu.
C32. CELENG 1: Tabung duit atau Tabung Wang Syiling.
C33. CELENG 2: Cabar. Contoh: Tahun 2011 The Red Worriors akan beli Zakuan dari NSDK, koho kemah Kelate. Team2 debek tak sah dok nak CELENG lah.(Oghe Putih tiru dia eja"CHALLENGE").
C33. CCEMOK: Banyak.
C34. CAH KETING (1): Bentes kaki hingga seseorang yg sdg berjalan atau berlari, sehingga boleh menyebabkan org itu akan tersungkur jatuh atau rebah.
C35. CAH KETING (2): Dalam konteks kata perumpamaan ia berada dalam kelompok yang biasanya terlibat dalam politik. Contoh: Geng2 Husam Musa sedang hebat memalukan Nik Aziz melalui beberapa tindakan anak menantu Nik aziz yang berleluasa mencuri tanah dan harta rakyat. Begitulah jua, anak menantu Nik Aziz sedang memalukan geng2 Husam Musa dgn Isu ladang Rakyat. Padahal, semua yang dalam PAS tu adalah lanun yang bertopengkan Islam.
C36. CCUGHI AYE: Perbuatan Mencuri Ayam. (Simple Direct Translation).
C37. CUGHI AYE: Suatu istilah popular dalam undang-undang permainan bolasepak atau 'football' i.e. "OFFSIDE" atau Curi Ayam.
C38. CEREMAT 1: Berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Contoh: Azree tu beghaluh wak khijo, dia buat so, so. CEREMAT sengoti.
C39. CEREMAT 2: Jimat atau Berjimat. Contoh: Udin sokmo-sokmo sipe duit belanja sekolah hak Mak dia buwi sipe dale celeng sebab dia jenih CEREMAT tak suka bbazir.
C40. CAGOK: Bbidah atau kayu yang bercabang.
C41. CEDAH: Cerdas atau Laju. Cedahnyo budok tu unggar....kalu didik mmolek buleh wakil Malaysia besar seksok....
C42. CEKAA': Sejenis kata perbuatan mencakar kulit seseorang dgn hujung kuku.
C43. CETONG: Sejenis alat untuk mengambil air dari dalam baldi. Ia lebih kecil dari timba. Kegunaannya ialah untuk mencedok (CEBOK) air untuk mandi. Masyarakat Tradisional melayu Kelantan menggunakan Cetong untuk mengambil air dari dalam Tempayan besar untuk tujuan mandi dsb.
C44. CEBOK: Kata perbuatan mengambil air dgn menggunakan Cetong dsb. Jika di perigi atau telaga, kita gunakan timba untuk CEBOK air.
C45. COKNGEK CAKDONG: a) Sejenis Permainan kanak-kanak i.e. Jongkang jongkit. b) Congek chakdong-keadaan permukaan lantai atau gelegar yang tidak dipaku dengan kemas atau keadaan hampir roboh pada binaan kayu.Contoh ayat:Toksoh tebeng naik ramai-ramai la weh rumoh Pak Soh tu,lata dio congek chakdong nok rutuh esok kkaran
C46. CERDIK TELAJOK: 1) Kata bidalan untuk seseorang yg nak tunjuk pandai. 2) Kata sifat untuk seseorang yang terlalu bijak tahap genius.
C47. CAPENG: Kata yg bermaksud Ralat. Contoh: Rasa CAPENG kawe tadi, sebab Abe Jak tak maghi jamuan kesyukuran Red Worriors bbener Piala Malaysia.
C48. CUCOH: Menyalakan (Biasanya untuk menyalakan api).
C49. COCOK: Injection (Kesihatan). Kalu demam panas, mesti kena COCOK sejarum dua la. Tak pade dgn ubat.
C50. CUCUK 1: Cucuk Daging Satay.
C51. CUCUK 2: Adu Domba atau Fitnah.
C52. CUCUK 3: Perbuatan bergurau tahap serius contohnya CUCUK pinggang Mak MInah dgn jari tgn, menyebabkan MakMinah Melatah. Cokek Mok Bolok.
C53. CAH LIGAH: Cergas atau aktif tahap serius. Terlalu aktif. Memiliki konotasi yang positif dari sudut motivasi.
C54. COKEK MOK BOLOK'(Sebutannya agak sengau) - Kata Latah yg keluar secara spontan dari pemilik sifat latah.
C55. CERANO: Tempat sipe sireh, pinang, kapur dan gambe'
C56. CEKATI: Alat untuk koyok woh pinang.
C56. CAA'(Sebutannya sengau): Bermaksud "Low Quality" atau rendah mutu ia juga seerti dgn perkataan DEBEK atau TAMADA. Contoh ayat: "CAA'" mu ni, kena bola golek koho pun buleh tergolek jatuh.
C57. CAKNA: Dalam bahasa Inggeris kita panggil "Caring" bermaksud ambil kisah atau Prihatin. Contoh: kena pakat CAKNA kepada rakyat susah, pakat2 bantu setakat yg termampu, baru rakyat akan nampak slogan Rakyat didahulukan benar2 wujud dalam organisasi UMNO.
C58. CCAGHAA: Bermaksud Prihatin, ambil kisah serta ambil berat. Contoh: Bagus Pak Soh "CCAGHAA" kat Mak Sedagha dia hak tua tu. Inilah oghe panggil mulia budi bahasa.
C59. CEMAH: Cemas.
C60:


MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...