PKP C19: DEMI MALAYSIA
Oleh: *MKR*
Tatkala Alam dan Buana Tersangkar
Langkah Terselut Mencerap Gementar
Di Saat Kita Lelah Terdampar
Bicara Mencoret Wacana Segar.
Tidak Perlu Berbahasa Ketat
Dalam Menyampaikan Hasrat
Biar Mereka Berkata Kesat
Yang Utama Adalah Rakyat
Kita Bukan Melastik Ke Bintang
Tidak Menjahit Awan Berbilang
Mendepani Musuh Ganas Mendatang
Tidak Kelihatan Ia Menyerang
Satu Persatu Abang Besar Gugur
Sekian Lama Angkuh Dalam Takbur
Kita Melangkah Dengan Jujur
Ratib kepalsuan telah Terkubur
Mengurus Perbezaan Mendepani Krisis
Hanya Sepurnama Putrajaya Menganalisis
Rakyat Dibantu Segera Diberi Pitis
Keikhlasan Kerajaan Mulai Di Rintis
Agar Rakyat Tidak Terbelenggu
Semua Kaum Menolak Seteru
Segalas Budi Menyantun Membantu
DEMI MALAYSIA KITA BERSATU
Terima Kasih Kerajaan Yang Cerdik
Mentadbir Negara Akal Terdidik
Bukan Emosi dan Dendam Berlapik
Jelujur Rakyat Tenang Bermudik
Berbulan pastinya tidak Memancing
Derap PKP Meranapkan Rungsing
Tanpa Sangsi Warga Di Saring
Janji DiTepati Bukan Untuk Di Kencing
Di Sujud Sajaddah Kita Berdoa
Untuk Kebaikan Sihat Sejahtera
Barisan Hadapan Pejuang Negara
Anda Hebat Andalah Wira
DEMI MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment