*SINOPSIS C19*
Oleh: MKR
Secarik Waktu Ia *Melanggar*,
Menyerang Warga Pantas *Meliar*,
Persis Representasi Yang *Terbiar*,
Cemerkap Memintas Pasti *Menular*.
Sepurnama Kita Terkurung *Tersangkar*,
Justifikasi Menakluk Tidak *Terkasar*
Yang Kurang Cerdik Memarahi *Askar*
Sekatan Polis Ada Juga *DiLanggar*.
Dasawarsa Kerakusannya *Melonggar*,
Serangannya Kian Semakin *Hambar*
Gerak Bertindak Yang *Wajar*
Sebuah Kerajaan Berjiwa *Besar*.
Pentas Ekonomi DiRembas *Terdampar*
Kecelaruan Politik Berjaya *DTampar*
Ramadhan Kita Nanti Penuh *Sabar*
Mencerap Ujian Ilahi Penuh *Iktibar*
Desis Angin Membisikkan *Khabar*
Detik Indah Kembali *Tergambar*
Semoga Wabak DiHambat *Keluar*
Tujuh Lautan Berlari *Berlegar*
Barisan Hadapan Segaris *Pendekar*
Menentang C19 Sungguh *Mencabar*
Pemimpin Bistari Bijak *Melakar*
Rakyat DiSantun Budi *DiLakar*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment