*SELURUH BUANA TERKAKU*
Oleh: MKR
Seluruh Buana *Terkaku*
Meratap Resah *Terpaku*
Sepantas C19 *Meluru*
Serangannya Deras *Bertalu*
Rentas Derap Bak *Kencana*
Merenjis Menggegar *Suasana*
Panahnya Menyergah *Dunia*
Sumpitannya Kejam *Durjana*
Keangkuhan Manusia *Tersungkur*
Bumi Nyaman Menjadi *Kubur*
Tatkala warga masih *Kabur*
Kumannya Merata *Berterabur*
Ratusan Ribu Jiwa *Terkorban*
Lalai & Leka Dalam *Berpesan*
Perang Bukan Secara *Berdepan*
Musuh Tidak *Kelihatan*
Kita Belajar Dalam *Gawat*
Susahnya Mendidik *Rakyat*
Pergerakan Terhad Pasca *Darurat*
Alam Moden Perangai *Bercawat*
Dalam Resah Ada *Gelisah*
Kerajaan Kita Gagah & *Tabah*
Pakej Bantuan Buat Yg *Susah*
Harta Negara di Agih ke *Bawah*
Mohon Kita Damai *Bertenang*
Jagalah Keluarga *Tersayang*
Jangan Melangkah *Songsang*
Keliru Nyawa Bisa *Melayang*
Patuh Arahan Polis & *Askar*
Duduk di Rumah Jangan *Keluar*
Ikuti Berita Sahih Yg *Tersiar*
Buat Panduan Tidak *Tersasar*
C19 Lawan Dengan *Bijak*
Hormati Kerajaan Sdg *Berrindak*
Demi Malaysia Kita *Bergerak*
Kita Bangun *Serentak*
Malaysia Negaramu & *Negaraku*
Negara Yg Indah Hanyalah *Satu*
Kita Rakyat *Berilmu*
Seluruh Buana *Terkaku*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment