Sahabatku Tuan Haji Ir Shim,
SEBUAH SKRIP DRAMA DAN WAYANG TERTINGGI DALAM SEJARAH UMNO (BAHAGIAN 2)
1. Pada tanggal 16 Mei 2018 saya telah mewadahkan sebuah wacana terbuka kepada sahabat, di mana antara interaksinya ialah mana-mana blok kepartian yang mengamalkan POLITIK KONFRANTASI akan Kecundang (Ketika pasca PRU 14 pemimpin BN telah memilih corak Politik sebegini dengan menyerang semua pihak yang tidak sehaluan dengan mereka). Manakala sebaliknya bagi pihak yang mengamalkan POLITIK KOMPROMI akan berjaya dan akan membentuk Kerajaan. Sperti ada Perancangan Skrip Drama yang rapi antara Tun M, Najib dan Pak Lah. (Akan dilestarikan kajiannya pada Bahagian 3 Kertas Kajian)
2. Pasca PRU 14 - Pemimpin-pemimpin utama BN memilih Politik Konfrantasi. Manakala parti-parti kecil dan serpihan Melayu bernaung di bawah DAP dengan menggelarkan KOMPROMI POLITIK mereka sebagai Pakatan Harapan.
3. Pada tanggal 23 March 2020. Sekali lagi saya melayarkan wadah terbuka kepada sahabat saya (Haji Ir. Shim) dan saya tetap konsisten dengan Displin Ilmiah bahawa POLITIK KOMPROMI akan lebih berjaya dan boleh menumbangkan pihak yang menganuti POLITIK KONFRANTASI. Sama sahaja semangat berwacana pada tahun 2018 dan sebelumnya.
4. Cuma pasca 2020 - berbeza pihak dalam menukar Baju Perjuangan & Anutan mereka. PAS dan BN telah menukar secara mutlak gerak kerja perjuangan mereka dengan tidak memberi fokus kepada kuasa. PAS dan BN mulai mendekati secara holistik, karekteristik dan peradaban POLITIK KOMPROMI dengan menjaluri perdamaian secara total. Keberhasilan Muafakat Nasional telah dijelmakan hasil dari pengajian dan kefahaman mendalam antara mereka dari segi faktor Mengurus Perbezaan serta Mentadbir Perpaduan di kalangan mereka.
5. Sebaliknya kitaran KONTRA telah berlaku dalam Kerjasama Longgar Pakatan Harapan. Selepas mereka berkuasa di Putrajaya, DAP telah menempuh suatu Kejutan Budaya kronik tahap tertinggi apabila kemenangan besar mereka dalam PRU 14 membuat mereka hilang pertimbangan.
6. Kejutan Budaya dalam DAP ini bukan calang-calang implikasinya dalam Sistem Pentadbiran Negara. Antaranya lantikan Peguam Negara yang baru kerajaan mereka ialah Peguam Peribadi Setiausaha Agung DAP (LGE) merangkap Ketua Pasukan Peguam kepada Pertububan Cina Malaysia yang Mendokong Perjuangan Asal Parti Konunis Malaya (PKM). Justeru semua perlantikan pegawai-pegawai kanan di Kementerian, GLC dsb telah dihidangkan secara rakus kepada rakyat inilah NEGARA BARU MILIK DAP. NEGARA INI BUKAN LAGI MILIK RAKYAT.
7. Pemimpin-pemimpin uatama DAP kelihatan bangga menyokong dan membantu LTTE. Menghidupkan Gerakan Fahaman Parti Komunis Malaya (PKM)
8. Lebih parah dari itu, DAP telah memilih POLITIK KONFRANTASI secara terbuka dengan semua pihak. Mereka berkonfrantasi dengan Raja-Raja Melayu. Mereka upah penulis-penulis politik yang pro DAP menyerang memfitnah dan menghina Raja-Raja Melayu tanpa kawalan dan sekatan.
9. DAP juga dengan rakus telah berkonfrantasi dengan Pejuang Bahasa Melayu. Pejuang Dasar Pendidikan Kebangsaan. Malah dengan Kakitangan Kerajaan sendiri di mana puluhan ribu penjawat awam hilang pekerjaan menjelang Ramadhan 2018 sejurus DAP berkuasa.
10. POLITIK KONFRANTASI dalam kerjasama rapuh PAKATAN HARAPAN akhirmya membiak dan subur mekar tanpa dapat dibendung lagi. Peranan dan Kuasa Arahan Tun M selaku Pengerusi PH dan PM ke 7 tidak lagi dipedulikan oleh DAP & Anwar Ibrahim malah disanggah tanpa segan silu. Penghinaan ke atas institusi Jawatan Perdana Menteri telah mulai diraikan dalam Pakatan Pro DAP ini. Dan inilah yang diharapkan dan telah dijangka oleh Tun M. Najib diberi publisiti luas oleh Unit Media PMMO bawah Tun M. Sekelip Mata Populariti Najib menguasai pentas Media Massa.
11. Dalam serangan subuh hari hingga selepas Isyak projek menggulingkan Tun M mulai digerakkan oleh Anwarinas dan DAP. Perangkap Tun M, Najib dan Pak Lah sudah memasuki fasa TERJEBAK sudah.
12. POLITIK KONFRANTASI terhadap Tun M telah digerakkan secara senyap yang kita tahu memang menjadi anutan Anwar Ibrahim sejak beliau dalam UMNO
lagi.
13. Jika ketika bersama UMNO, Anwar telah menyembelih tokoh-tokoh UMNO yang mahu dijatuhkan dengan representasi Fitnah dan sebagainya,
14. Dalam Pasca Kekuasaan PH ini Anwar merenjiskan fitnah sesama PKR apabila mengarahkan satu Lakonan Rakaman Video bagi menjatuhkan Azmin Ali.
15. Sebagai PM ke7, Tun M memiliki akses tanpa had dari Pasukan Risik di bawahnya.
16. Maka Tun M, Najib dan Pak Lah masuk gear baru, memulakan langkah cermat POLITIK KOMPROMI antara PPBM dengan UMNO secara diam di mana Tun M membawa masuk beberapa Ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM bagi menguatkan kedudukan Tun dalam Kerjasama Politik Rapuh PH yang dikuasai DAP itu.
17. Tun M telah menggerakkan POLITIK KOMPROMI MELAYU secara EVOLUSI PANTAS iaitu Kongres Maruah Melayu.(KMM) dengan bantuan belakang tabir Pak Lah dan Najib. Rais yatim, YBM Ku Li dan Tun Daim sebagai Penasihat.
18. KKM dikemudikan oleh tokoh-tokoh dari PPBM, UMNO, PAS dan Sebahagian PKR Melayu yang melakar Pelan dan Langkah Evolusi Politik Kompromi Melayu ini.
19. Apabila desakan keras dan paling biadap ke atas Tun M hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, di mana Tun M telah dihalau oleh DAP dan Anwar dari Jawatan PM - maka Tun M telah memberi Isyarat kepada PPBM dan Azmin Ali untuk menjadikan Perikatan Politik Kompromi Melayu tadi sebagai suatu tindakan realiti dengan Tindakan Serta Merta.
20. Isyarat ini jelas Apabila Tun M meletakkan Jawatannya sebagai PM ke 7 dan Pengerusi PPBM. Apa maknanya dengan perletakan DUA (2) Jawatan sekaligus oleh Tun M ini.
21. Kondisi pertama secara automatik Kabinet Kerajaan PH terbubar.
22. Kondisi kedua dengan perletakan jawatan Tun M sebagai Pengerusi PPBM - maka jawatan Pengerusi PPBM telah dipangku oleh TSMY. Maka Tun M tiada apa-apa kuasa dan hak lagi memberi arahan serta melantik apa-apa jawatan dalam PPBM. Surat Perletakan Jawatan Tun M sebagai Pengerusi PPBM telah diterima dan disahkan oleh MKT PPBM.
23. Justeru apabila *Gerakan Politik Kompromi Melayu* ini mengadakan pertemuan di Sheraton ia bukanlah langkah pengkhianatan atau membuat Pintu Belakang untuk masuk ke Putrajaya.
24. Apabila Tun M letak jawatan - maka kerajaan PH dengan sendirinya terbubar, tambahan pula PPBM dan Azmin Team yang telah mengasaskan *Gerakan Politik Kompromi Melayu* bersama Muafakat Nasional sebelum ini - mengadakan pertemuan di Sheraton dengan kehadiran luarbiasa para wartawan.
25. Sejak 2018 pertemuan Gerakan Politik Kompromi Melayu ini diadakan secara diam dan sulit. Cuma kali ini diadakan secara sedikit terbuka. EMPAT (4) Tonggak Utama PENYATUAN MELAYU ISLAM ini iaitu: AA, H2O, Hamzah Zainudin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
26. Apabila segalanya berjalan seperti yang dirancangkan maka *Gerakan Politik Kompromi Melayu ini memberi nama rasmi PERIKATAN NASIONAL kepada Muafakat mereka dari Iltizam Perhimpunan dalam KONGRES MARUAH MELAYU.
27. Kepada yang masih setia bersama DAP - teruskan perjuangan anda. Jangan sesekali menyalahkan pihak lain selepas PERALIHAN KUASA ATURAN TUN M ini berjalan dan akan memasuki fasa baru nanti.
28. Memberi gelaran buruk kepada musuh politik anda sesekali tidak akan menambah bilangan sokongan di petak undi.
29. Lima PRK terakhir membuktikan sambutan dan sokongan luar biasa rakyat kepada Muafakat Nasional yang mewakili suara Gerakan Politik Kompromi Melayu Islam ini. Skrip aturan Tun M, Pak Lah dan Najib berjalan aman.
30. Hormatilah Perbezaan Pendapat dan Pilihan Rakyat dalam Lima PRK terakhir ini.
MKR
PUTRAJAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment