Tuesday, May 19, 2020

KISAH MALAYSIA

1.Malaysia ini bukanlah sebuah negara yang “Super Power” dan kaya raya.

2. Namun kita berbangga sebagai sebuah negara Majoriti Umat Islam Melayu yang tetap bersatu berganding bahu menghadapi wabak C19.

2.Sewaktu dunia luar yang kaya raya turut berperang dengan C19, kisah kejayaan Malaysia turut diceritakan.

4. Ramai yang kekurangan bekalan alat pakaian perubatan yang dipanggil PPE.

5.Warga Malaysia di IPT telah menghasilkan dengan cepat guna 3D print, banduan penjara dan selebriti pereka fesyen menjahit utk pekerja hospital.

6. Seluruh dunia menghadapi kekangan kewangan, termasuk Malaysia tetapi rakyat Malaysia dan syarikat swasta tetap tegar memberi sumbangan wang peribadi untuk menyokong usaha melawan C19.

7. Pengurusan Krisis Kerajaan Perikatan Nasional di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.

8. Rakyat kita yang terkandas di luar negara dibawa pulang dan dibantu sepenuhnya, malah kepulangan mereka dinanti oleh petugas khas dengan pengangkutan bas mewah dikawal Trafik PDRM sepanjang jalan ke Pusat Kuarantin di Hotel 5 Bintang.

9.Walaupun Malaysia tidak kaya raya dan tidak berpengaruh di dunia, Kerajaan TSMY berusaha untuk bawa pulang semua Rakyat Malaysia.

10. Tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya kos dan kesukaran membawa pulang mereka.

11. Kita bersyukur, Pusat Kuarantin C19 kita pun jauh lebih baik, bukan di sekolah daif seperti di India, bukan di kawasan tempat letak kereta seperti di USA.

12. Bagaimana Peralihan Kuasa dari Tun M kepada TSMY dilakukan dengan penuh rapi dan cermat seperti yang telah dirancangkan sejak sekian lama oleh para negarawan kita.

13. Bagaimana kejayaan TSMY membentuk Barisan Kabinet yang paling mantap dan berwibawa dalam tempoh singkat menjadi paradigma serta naskhah akademik Pengurusan Perbezaan dan Politik Kompromi yang terhebat dalam sejarah.

14. Ramai dari kita tidak dapat mencari rezeki kerana keterbatasan kita kesan daripada PKP/MCO/RMO.

15. Lihat sahaja keberkesanan Menteri-Menteri Kerajaan Perikatan Nasional bekerja dengan pantas sejurus selepas pengumuman skim bantuan khas oleh YAB TSMY demi merancakkan kegiatan ekonomi.

16. Dalam konotasi dan interaksi PKP yang masih berjalan, peniaga kecil mengeluh, bantuan untuk mereka juga diumumkan. Pelbagai platform bantuan & pemudahcara dilancarkan oleh Kerajaan.

17. Dari sentuhan Raja yang berdaulat, DYMM SPB YDPA dan Raja Permaisuri pun berkenan supaya Kerajaan Malaysia tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda Berdua selama 6 bulan.

18. Sentuhan Kerajaan Perikatan Nasional yang penyayang dan menakjubkan dengan Gaji Perdana Menteri dan semua jemaah menteri juga dipotong selama dua bulan yang kemudiannya disalurkan ke Tabung C19 Malaysia.

19. Walaupun kita bukan kuasa besar dan berpengaruh di dunia, di saat orang lain mengeluh, susah dapat bekalan luar, Malaysia reda dan menggunakan diplomasi untuk mendapatkan bantuan, seberapa yang boleh.

20.Kerana kita Malaysia, berbaik dengan semua negara. Ya kita memang baik dengan negara luar.

21. Saya ada pengalaman berkelanana ke banyak negara luar di dunia amat kagum dengan kebijaksanaan Kerajaan kita mendepani bencana kemanusia antara yang terbesar dalam sejarah dunia. Kepada yang biasa ke luar negara mesti tahu bagaimana kebanyakan negara luar sangat hormat dan suka bila kita sebut kita dari Malaysia.

22. Masa kita menempuh rantaian serangan C19 ini, banyak negara bantu kita, China, Arab Saudi dan lain-lain.

23. Malaysia tetap aman, walaupun dalam kondisi Masjid, Surau & semua rumah ibadat ditutup. Institusi akademik juga ditutup sementara.

24. Kita tetap aman dan Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perikatan Nasional tidak berbalah sesama sendiri untuk berebut Jawatan Perdana Menteri seperti apa yang berlaku dalam Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

25. Kita hidup dengan apa yang kita ada. Demi negara. “Yes. Malaysia can do better”.

26. Lihatlah Menteri-Menteri Kerajaan Perikatan Nasional bekerja siang dan malam dalam di bulan puasa tanpa jemu. Menteri-Menteri kita mendahulukam Rakyat lebih dari segalanya.

27. Representasi meringkaskan Sidang Parlimen juga amat bijak dan paling efisyen. Kita tidak mahu para Pemimpin kita membuang masa duduk bersidang dalam Dewan yang sejuk dingin sedangkan ada rakyat yang susah.

28. Kita juga tidak mahu Ahli-Ahli Parlimen bersidang dari pagi hingga tengah malam sehingga meletihkan mereka dan dengan jamuan makanan yang enak serta mewah di Kaferia Parlimen sedangkan di luar sana ada rakyat yang memerlukan bantuan.

29. Sekarang bukan masa untuk berdebat, berkonfrantasi dan bergambar dalam Dewan Rakyat seperti yang pemimpin PH buat. Sekarang adalah masa untuk kita FOKUS KEPADA MATLAMAT dan PERJUANGAN membantu rakyat seterusnya memimpin negara ke arah KECEMERLANGAN.

30. Berbangga menjadi rakyat Malaysia. Tanah tumpahnya darahku. MALAYSIA NEGARAKU.

MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...