1. Kisah ini diceritakan oleh seorang warga pesara Lembaga Letrik Nasional (LLN), yang ketika ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB).
2. Pesara ini menghabiskan sisa usia pencennya dengan mendalami ilmu Agama dan berjemaah di masjid lima waktu solat fardhu.
3. Satu kisah yang berlaku ketika beliau berkhidmat di sebuah negeri di Pantai Timur dulu tetap beliau ingat sehingga kini.
4. Seorang PAKCIK di sebuah kampung, katanya memiliki tanah kebun yang luas serta anak-anak yang berjaya semuanya.
5. Tabiat PAKCIK ini ialah apabila beliau membeli bersarapan pagi di restoran Nasi Dagang dsb, semua pelanggan yang ada dibelanja dan dibayarnya.
6. Lagi satu tabiat PAKCIK itu ialah, selepas asar beliau akan mengayuh basikal tua miliknya dengan beg berisi pakaiannya di belakang. Dia akan
menginap di Surau atau masjid di sekitar kampung halamannya. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Jika jauh PAKCIK itu akan mengayuh basikalnya bermula selepas sarapan pagi lagi.
7. Tiba di Surau atau Masjid, beliau akan meminta izin dari Imam atau AJK Masjid & Surau untuk menumpang menginap dan melakukan pembersihan dalam kawasan Surau atau Masjid tersebut.
8. PAKCIK ini akan menyapu sampah sarap sekitar kaki lima Masjid atau Surau berkenaan. Membakar sampah sarap yang terkumpul. Dalam dewan solat akan disapunya hingga bersih. Tandas dibersihkannya. Kolah dibersihkannya. Bangun pagi Subuh, PAKCIK ini akan meminta izin dari Imam atau Bilal Masjid atau Surau itu untuk mengalunkan Azan.
9. Selesai Solat Subuh berjemaah, PAKCIK ini akan menyiapkan pakaian, selimut dsb ke dalam begnya semula dan mengayuh pulang ke kampungnya. Adakalanya beliau akan berkelana sehingga beberapa hari di beberapa buah Masjid atau Surau sebelum pulang ke kampungnya.
10. Pernah suatu ketika, seorang penduduk PULAU menceritakan kisah PAKCIK itu kepada Warga LLN ini: Suatu petang, hari semakin senja. Ramai penduduk PULAU ingin naik Feri untuk pulang ke rumah masing-masing dari Tanah Besar. Kebetulan itulah FERI yang terakhir pada hari tersebut. PAKCIK itu telah ada di atas FERI dan bersedia untuk meneruskan hobinya ke Masjid di Pulau itu.
11. Tiba-tiba muncul seorang ibu muda yang sarat mengandung bersama suaminya. Menurut Juragan Feri sudah penuh. PAKCIK itu menawarkan tempatnya dan basikalnya. PAKCIK itu keluar dari FERI bersama basikalnya. Maka dapatlah Ibu Mengandung dan Suaminya menaiki FERI terakhir itu.
12. Apabila para penumpang FERI sudah tiba di Jeti Pulau dan mulai berjalan pulang ke rumah masing-masing. Mereka melihat kelibat PAKCIK itu mengayuh basikalnya menuju ke Masjid di Pulau tersebut.
13. Dalam tahun yang sama semasa petugas LLN ini bertugas, seseorang memberitahunya dia telah nampak kelibat PAKCIK itu menunaikan Ibadat Haji di
Mekah. Padahal sepanjang masa tahun itu, PAKCIK itu sentiasa berada dalam kawasan kampung halamannya.
14.Cerita ini disampaikan secara lisan oleh pesara LLN di dalam masjid selepas kami selesai Solat Jemaah suatu ketika dulu.
15.Pada ketika itu, kami bersantai sambil berkongsi cerita-cerita PARA WALI YANG TIDAK BERNAMA.
Sekian.
No comments:
Post a Comment