Monday, October 12, 2020

KISAH WALI TIDAK BERNAMA (2)

1. Tarikh itu tetap tersemat di sanubari. 

2. Pagi Sabtu saya kekadang akan ke pejabat kerana mengemaskini laporan kerja-kerja pasukan kami.sekitar dari jam 10 pagi hingga 3 petang biasanya.

3. Parkir khas di pejabat ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

4. Saya meletakkan kenderaan di kawasan parkir persendirian yang berpengawal berhampiran pejabat.

5. Selesai menyiapkan sebahagian dari laporan pasukan kami, saya pulang seperti selalunya. Selepas membayar parkir di kaunter pengawal, saya mulai memandu kereta ke arah jalan utama. Tiba-tiba kereta yang saya pandu dihampiri oelh seorang lagi Pengawal Keselamatan di sebelah kiri kereta saya.

6. Pengawal itu mengenalkan namanya sebagai “A” tatkala saya menurunkan cermin kiri sebelah penumpang.

7. Beliau mohon bantuan kewangan dari saya sekiranya ada. Terserah kepada saya ujarnya. Bahasanya biasa santai tapi tulus. Wajahnya agak bersih bercahaya. Sejujurnya saya amat kaget dan sepantasnya bertindak secara spontan.

8. Kata pemuda itu beliau datang dari ACEH dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan baru seminggu. Selam seminggu itu beliau hanya sarapan Roti Canai Kosong dua biji bersama Air Suam. Jam 10 Pagi dan Jam 5 petang. Nak makan Nasi dan lauk tak mampu katanya. Dua keping Roti Canai kosong pada waktu itu RM2.

9. Tangan saya seakan digerakkan mengeluarkan dompet. Hanya ada tunai RM70. Sekeping RM50. Dan dua keping RM10.

10. Saya berkata, jika saya beri RM20, berapa hari sangat mampu bertahan jika sekali lunch RM5 (4 hari menurut congak saya). Lalu saya menyerahkan wang tunai RM50 untuk pengawal keselematan itu.. Anggaran saya 10 hari mampu bertahan. Dalam 10 hari itu gaji pemuda itu sudah ada katanya.

11. Lalu saya mohon untuk jumpa beliau pada hari Isnin waktu lunch di kawasan Parkir tersebut di kawasan beliau bertugas. Niat hati mahu beri lagi sedikit bantuan.

12. Saya memandu pulang. Sekitar hampir Maghrib, dekat Lampu Isyarat berhampiran kawasan perumahan saya, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Sahabat karib saya seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam menghubungi saya. Saya hentikan kereta tepi jalan kawasan perumahan saya, katanya beliau ingin belanja saya kerana beliau mendapat kenaikan pangkat dan jurnalnya berjaya diterbitkan. Kawan-kawan yang dekat dengan kampus beliau, sudah dia belanja. Dia minta No Akaun saya. Saya text SMS nombor akaun saya.

13. Malam itu juga pensyarah itu “bank-in” RM300 kepada saya. Syukur. Kata orang sedekah cash RM50, Allah SWT bayar serta merta RM300. Saya beli baju dan seluar hadiah sahabat saya ini untuk kenangan.

14. Pagi Ahad, pengawal kawasan perumahan kami beritahu ada kesan tapak tangan bertanah liat di pintu sebelah penumpang kereta saya.

15. Selang beberapa ketika ada jiran saya beritahu saya kawan cinanya kata Nombor Kereta saya Naik Nombir 1 dalam carta Magnum. Saya pun tak pandai sangat bab-bab nombor-nombor ni.

16. Petang Ahad saya cuci kereta di Car Wash Centre berhampiran rumah.

17. Isnin saya ke pejabat seperti biasa.

18. Jam 11 pagi saya mohon keluar awal dari CEO saya, tujuan untuk jumpa pemuda ACEH pengawal Keselamatan yang terjumpa tanpa sengaja hari Sabtu itu. Hajat hati nak hulur lagi RM50 sedekah.

19. Amat terkejut bila Supervisor Guard dalam kawasan Parkir itu memberitahu saya tidak wujud nama “A” sebagai anggota mereka.

20. Saya terkedu. Balik ke pejabat.

21. Selang beberapa minggu selepas itu saya mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang dari CEO saya. Kenaikan pangkat dan Bonus yang lumayan.

22. Dalam tempoh tiga bulan selepas itu saya dihubungi oleh seorang Pengarah Eksekutif Syarikat untuk menyertai syarikatnya dengan dua kali ganda gaji yang saya terima pada ketika itu dan pelbagai insentif termasuk wang persediaan sebelum melapor diri.

23. Dalam sekelip mata, saya menerima sekeping Cheque bernilai beribu-ribu untuk menyertai korporat baru, dan syariakt saya juga memberi hadiah Cheque juga kepada saya berpuluh ribu atas nugerah khidmat cemerlang yang saya dapat.

24. Walau pun sudah berpuluh tahun kisah ini tersimpan, saya anggap inilah anugerah Allah SWT dari ganjaran sedekah. Allah SWT mahu uji kita.

25. Siapa pemuda ACEH itu? Kata Ustaz yang saya ceritakan kisah ini, mungkin beliau adalah WALI yang tidak bernama.

Sekian.

 

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...