1. DIFTERIA adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.
2. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
3. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.
4. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.
5. Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit DIFTERIA.
6. DIFTERIA amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.
7. Kadar kematian akibat DIFTERIA paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
8. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit DIFTERIA.
9. Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari DIFTERIA, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.
10. Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.
11. Umumnya DIFTERIA boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
12. Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.
13. Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.
14. Tanda-tanda dan Gejala Penyakit DIFTERIA:
i) Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
ii) Sakit tekak dan suara serak
iii) Sakit ketika menelan
iv) Kelenjar di leher membengkak
v) Kesukaran bernafas dan nafas cepat
vi) Keluar cairan dari hidung
vii) Demam dan menggigil
viii) Malaise
ix) Kanak-kanak tidak mahu bercakap
x) Batuk-batuk
xi) Sakit kepala serta keluar air mata
15. Awas, jika anda lambat bertindak, implikasinya adalah seperti berikut:
i) Pernafasan terhenti
ii) Radang pada otot jantung
iii) Kegagalan jantung untuk berfungsi
iv) Lumpuh saraf
16. Langkah-langkah Pencegahan DIFTERIA:
I) Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
II) Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
III) Banyakkan minum air, JANGAN minum produk tenusu
IV) Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
V) Rehat secukupnya
VI) Elak dari menghirup udara yang kotor
VII) Elak dari bakteria
VIII) Amalkan minum madu/air asam jawa
IX) Jangan minum minuman berkafien
X) Jauhi minuman yang beralkohol
17. Jika DIFTERIA berlanjutan:
i) Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.
ii) Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
18. Semoga sedikit informasi ini bermanfaat kepada semua.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Shared by:
MKR
Wednesday, May 2, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...
No comments:
Post a Comment