Wednesday, May 16, 2018

DRAMA POLITIK (BAHAGIAN 1): POLITIK KOMPROMI MENGATASI POLITIK KONFRANTASI

Tuan Haji Ir Shim yang dimuliakan,

1. Dalam dasawarsa yang menambat arah, hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi, IsnyaAllah kita akan menggapai ke Tahun 2020.

2. Tahun 2020 amat bersinonim dengan garapan cita-cita seluruh ahli UMNO di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir waktu itu dengan terma “WAWASAN 2020”.

3. Apakah intipati dan resolusi pada terma Wawasan 2020?

a) Pada pandangan peribadi saya, pada tahun 2020 MALAYSIA sudah mencapai Taraf dan Status Negara Maju.

b) Apakah maksud STATUS NEGARA MAJU?

i) Antara falsafahnya, Rakyat sesebuah Negara Maju hendaklah bebas untuk memilih Parti pemerintahan dan hendaklah berkemungkinan ada sistem dua (2 ) parti sekurang-kurangnya yang mewakili blok masing-masing.

ii) Sejak Merdeka rakyat kita dihidangkan hanya dengan Sistem Satu (1) Parti dalam bentuk blok, dan parti-parti lain datang dalam bentuk penubuhan parti-parti kecil dan terpecah.

iii) Kita hanya ada BARISAN NASIONAL yang mendominasi pentas Politik, dan telah mengakibatkan peratusan keluar mengundi kian merosot waktu itu akibat rakyat sudah hilang minat untuk menyertai politik kerana sudah jemu akibat setiap kali pilihanraya hanya BARISAN NASIONAL yang mendominasi keputusannya.

iv) Namun, kita amat berterima kasih kepada semua pemimpin parti politik di Malaysia kerana telah bermula sedikit demi sedikit mereka mencari dan menguasai keampuhan POLITIK KOMPROMI dan meninggalkan sedikit demi sedikit POLITIK KONFRANTASI.

v) Pada Krisis Team A dan Team B dalam UMNO kita menyaksikan Blok YAB Tun Dr Mahathir memimpin Team A menjalurkan Barisan Nasional dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memimpin Team B dalam blok Angkatan Perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA) manakala bersama DAP, PBS, dan PRM; Ku LI telah menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.

vi) Percubaan bijak oleh Ku Li, Lim Kit Siang, dan lain-lain pemimpin parti pembangkang waktu itu, telah memberi nafas baru kepada keprihatinan anak muda terhadap sistem parti di Malaysia yang sebelum itu amat lesu.

vii) Selepas percantuman semula Semangat 46 Ku Li dan UMNO baru Tun Dr Mahathir, maka UMNO kembali kepada yang asal dan kekuatan Barisan Nasional kekal menjadi dominan. Sekali lagi kita melihat representasi politik kian menjadi hambar dan kurang diminati oleh para cendekiawan dan para elitis Negara.

viii) Keadaan menjadi kembali bersinar bagi sistem berpilihanraya ke arah sistem dua parti apabila Tun Dr Mahathir sekali lagi mencipta krisis terbaru dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

ix) DSAI telah menubuhkan Parti Keadilan yang kemudiannya dikenali sebagai PKR mengambil konsep pengasas UMNO iaitu Dato’ Onn Jaafar dengan membuka keahlian PKR kepada sahabat-sahabat kita dari kaum bukan melayu.

x) PKR mengembalikan semangat perpaduan tulin dalam UMNO yang dibawa oleh Dato’ Onn Jaafar. Walau pun semangat ini telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu dengan menetapkan model UMNO hanya untuk Melayu. Sahabat dari orang Cina Tunku letakkan di bawah MCA. Orang India di bawah MIC, begitulah seterusnya.

xi) Agak sengit PIlihanraya tahun 1999 antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

xii) Justeru kelihatan semakin subur demokrasi di Malaysia. Dan usaha semua pemimpin parti politik kita yang mendominasi semangat sistem dua parti kian terserlah dan kehadiran rakyat ke petak undi juga meningkat.

4. Dalam inisiatif Malaysia untuk mencapai pengiktirafan NEGARA MAJU menjelang tahun 2020, kita telah dihidangkan dengan sistem dua parti yang hampir menjadi sempurna apabila PRU ke 14 baru-baru ini menyaksikan Barisan Nasional ditentang sengit oleh Pakatan Harapan.

5. Dalam analisis mudah, Barisan Nasional diterajui Najib Razak telah ditentang oleh Pakatan Harapan yang mendapat sentuhan Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Syafei Apdal, Muhyidin Yasin dll dengan dominasi Politik Kompromi yang terhebat dalam sejarah.

6. Ibarat Barisan Nasional hanya ada 1 Nakhoda telah menentang Pakatan Harapan yang memiliki 6 Jeneral Hebat.

7. Najib Razak telah memilih POLITIK SERANGAN atau POLITIK KONFRANTASI sebelum PRU 14 dengan mengisytiharkan perang dengan Dr Mahathir bekas Ketuanya sendiri dan diikuti memecat 3 Jeneral Hebat dalam UMNO iaitu Mukhriz, Syafei Apdal dan Muhyidin Yassin. Ternyata UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan 60% kekuatan apabila kehilangan 4 Jeneral Hebat ini yang menubuhkan PBBM (UMNO ke 2)di Semenanjung dan Warisan di sabah.

8. Biarpun majoriti akar umbi menangis teresak-esak sewaktu 4 jeneral Hebat UMNO ini disanggah oleh Najib Razak, teguran dan nasihat dari ahli veteran UMNO tidak dilayani oleh pihak atasan UMNO dan Barisan Nasional.

9. Akhirnya pada PRU 14, ahli UMNO yang setia kepada 4 Jeneral Hebat mereka telah memberi jawapan kepada Najib Razak di petak undi.

10. Berbalik kepada ke arah mencapai Taraf Negara Maju, maka pada tahun 2018 bolehlah dipahatkan dalam sejarah Negara, bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang memerintah Negara semenjak merdeka sebelum ini, sehingga menghilangkan keyakinan pelabur asing ke atas sistem demokrasi Malaysia.

11. Andainya BN masih lagi mentadbir Putrajaya, kita tidak akan menerima pelaburan aktif akibat sentimen Pilihanraya hanya memihak kepada parti milik Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum ini.

12. Walau pun Perdana Menteri yang ke 7 pada tahun 2018 adalah Perdana Menteri dari Barisan Nasional juga sebelum ini, namun atas dasar baju Pakatan Harapan yang dipakainya, Tun Dr Mahathir dilihat mampu memberi senyum kepada harapan kita untuk melihat Malaysia berada dalam sistem dua (2) parti seperti di USA atau di Australia.

13. Dan apabila berlaku saling bertukar parti menjadi Kerajaan, kita lihat Politik Amerika Syarikat yang matang dan intelek.

14. Biarlah rakyat kita masih lagi mendendangkan lagu fitnah dendam dan kebencian pada masa ini, tetapi inilah masa kita belajar dan bertatih menjadi sebuah Negara demokrasi besar.

15. Kita tidak mahu menjadi seperti Mesir apabila parti Husni Mubarak diisytiharkan menang tetapi Negara mereka hancur akibat protes jalan yang berterusan selepas pilihanraya.

16. Begitu juga di Libya, hanya Muammar Ghadafi yang menjadi Ketua Negara sejak berpuluh-puluh tahun. Rakyat Libya bangkit menjadi pengganas sehingga membunuh Muammar Ghadafi.

17. Parti LDP di jepun memerintah Jepun selama berpuluh-puluh tahun, akhirnya tewas pada sekitar 2009. Namun pada 2013 LDP kembali menang dalam Pilihanraya Jepun.

18. TAHNIAH MALAYSIA KERANA MENDAFTAR SECARA RASMI SEBAGAI ENTITI SEBUAH NEGARA MAJU DALAM POLITIK YANG MATANG DAN PERALIHAN KUASA YANG PALING AMAN DALAM DUNIA.

19. Ternyata pemimpin Barisan Nasional terutama UMNO memiliki JIWA BESAR telah menerima keputusan PRU 14 di mana UMNO mendapat jumlah kerusi Parlimen tertinggi berbanding dengan semua parti yang bertanding. Namun, akibat campuran parti-parti dalam Pakatan Harapan, maka Putrajaya sekali lagi diterajui oleh pemimpin UMNO terdahulu yang kini bersama kompenen Pakatan Harapan.

20. Tidak terbayang ketakutan saya apabila terfikir tragedi hitam Lahad Datu datang menjelang PRU 13 dan selepas PRU 13 negara dihidangkan dengan deretan rusuhan jalanan kerana Pakatan Rakyat tidak dapat menerima hakikat kegagalan mereka waktu itu.

21. Terlintas di fikiran saya, bahawa campurtangan Negara luar akan terjadi jika BN menang lagi seperti yang berlaku di Mesir.

22. Syukur Allahamdulillah, sistem dua parti kian menuju kejayaannya, peralihan kuasa dengan aman. Ternyata fitmah-fitnah jahat yang mengatakan akan berlaku huru hara jika BN gagal ke Putrajaya juga telah luput dengan sendiri.

23. TAHNIAH MALAYSIA NEGARAKU YANG HEBAT.

24. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI MALAYSIA.


MKR

No comments:

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...