Friday, October 16, 2020

KISAH WALI TIDAK BERNAMA (3)

1. Jam menunjukkan waktu 10 malam.

2. Aku mengajak AM untuk minum dan makan roti canai di Mamak Bistro berhampiran resindensi kami.

3. Sejurus melepasi “Barrier Gate Guard House” residensi, aku telah meminta AM untuk memandu, kerana aku penat memandu seharian dari pagi hingga petang hari itu.

4. Seketika AM memandu, tetiba bunyi “berdegum” yang kuat pada tayar hadapan.

5. Ternyata ada kerja mengorek jalan melintasi jalanraya kirin dan kanan untuk pemasangan paip. Kontraktor belum tar, mereka hanya tutup dengan pasir kasar. Kebetulan petang itu hujan lebat. Pasir-pasir hanyut bersama air hujan yang melimpah jalanraya. Siapapun yang memandu pasti tidak akan nampak “longkang tajam” melintang jalanraya itu.

6. Aku dan AM turun untuk melihat tayar “spare” untyuk diganti.

7. Tayar depan sebelah kiri memang pecah rosak malah rim pun juga retak dengan teruk. Terpaksa beli sebiji Rim baru nanti.

8. Hujan nampak akan turun kembali sewaktu aku dan AM sama-sama berusaha menukar tayar yang pecah.

9. Dalam cuaca gelap, angin mulai kencang seakan hujan ribut akan turun, tanpa kami sedari ada sebuah teksi lama (tak nampak dan tak hafal nombor pletnya). Turun seorang penumpang, dan kami berdua tidak nampak jelas pemandu teksi itu.

10. Penumpang Teksi itu memperkenalkan namanya Mohd Nor Islam (MNI) berasal dari Bangladesh katanya. Pakaianya formal seperti pekerja kerajaan dengan kemeja dan seluar “slacks” yang rapi, kasut hitam bertali protokol PTD.

11. Dia bertanya bolehkah dia membantu kami menukar tayar kereta yang pecah itu.

12. Dalam kami tercengang, MNI terus mengambil sepanar dari tanganku, MNI terus menukar tayar kereta.

13. Kerjanya pantas. Tidak sampai 10 minit, semua sudah siap. Aku membuka dompet mahu bersedekah kepada MNI atas bantuannya itu.

14. MNI menolak dengan baik lagi sopan. Katanya beliau mahu kembali ke penginapannya di kawasan berhampiran.

15. MNI memberitahu beliau baru pulang dari KL. Keluar jumpa kawan. Dia bekerja di Kilang Kuari berhampiran.

16. Waktu itu hujan mulai turun rintik-rintik. Aku dan AM bergegas memasuki kereta, manakala AM kami berdua sudah tidak nampak di mana jejaknya. Hajat hati mahu ajak MNI makan bersama kami.

17. Selepas selesai makan, kami pulang.

18. Keesokan harinya, aku singgah di Kilang Kuari berhampiran tempat tayar kereta pecah itu, aku bertanya kepada Penyelia Kilang Kuari untuk bertemu MNI asal Bangladesh.

19. Supervisor itu memberitahu tidak ada pekerja Bangladesh di kuari mereka. SEmua berasal dari Indonesia. Apatah lagi pekerja yang bernama MNI.

20. Aku tercengang. Kaget.

21. Lalu aku bertanya kepada pemilik kedai berhampiran, dan bercerita kisah malam tadi.

22. Mereka berkata malam tadi tidak hujan.

23. Tanpa banyak bicara, aku pun berlalu dari situ.

24. Seketika tidak lama selepas itu, aku kongsikan kisah benar ini kepada Ustaz WN saudara sebelah ibuku. Katanya itulah urusan Allah SWT mengutuskan walinya untuk membantu manusia dalam kesusahan.

25. Kata Ustaz WN, itulah rezeki anugerah Allah SWT. Rezeki datang terkadang bukan dalam bentuk wang ringgit.

26. Kata Ustaz WN, mungkin aku pernah bersedekah kepada orang lain, atau aku membantu seseorang dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Atau ada ketikanya kita berbuat baik kepada Ibubapa kita. Maka doa ibubapa kitalah yang didengari oleh Allah SWT.

27. Pesan Ustaz WN, teruslah berbuat kebaikan. Teruskan bersedekah. Sedekah yang terbaik ialah sedikit-sedikit tetapi berterusan atau istiqomah kata Ustaz WN.

28. Membantu orang lain juga sedekah.

Sekian.


MKR

Monday, October 12, 2020

KISAH WALI TIDAK BERNAMA (2)

1. Tarikh itu tetap tersemat di sanubari. 

2. Pagi Sabtu saya kekadang akan ke pejabat kerana mengemaskini laporan kerja-kerja pasukan kami.sekitar dari jam 10 pagi hingga 3 petang biasanya.

3. Parkir khas di pejabat ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

4. Saya meletakkan kenderaan di kawasan parkir persendirian yang berpengawal berhampiran pejabat.

5. Selesai menyiapkan sebahagian dari laporan pasukan kami, saya pulang seperti selalunya. Selepas membayar parkir di kaunter pengawal, saya mulai memandu kereta ke arah jalan utama. Tiba-tiba kereta yang saya pandu dihampiri oelh seorang lagi Pengawal Keselamatan di sebelah kiri kereta saya.

6. Pengawal itu mengenalkan namanya sebagai “A” tatkala saya menurunkan cermin kiri sebelah penumpang.

7. Beliau mohon bantuan kewangan dari saya sekiranya ada. Terserah kepada saya ujarnya. Bahasanya biasa santai tapi tulus. Wajahnya agak bersih bercahaya. Sejujurnya saya amat kaget dan sepantasnya bertindak secara spontan.

8. Kata pemuda itu beliau datang dari ACEH dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan baru seminggu. Selam seminggu itu beliau hanya sarapan Roti Canai Kosong dua biji bersama Air Suam. Jam 10 Pagi dan Jam 5 petang. Nak makan Nasi dan lauk tak mampu katanya. Dua keping Roti Canai kosong pada waktu itu RM2.

9. Tangan saya seakan digerakkan mengeluarkan dompet. Hanya ada tunai RM70. Sekeping RM50. Dan dua keping RM10.

10. Saya berkata, jika saya beri RM20, berapa hari sangat mampu bertahan jika sekali lunch RM5 (4 hari menurut congak saya). Lalu saya menyerahkan wang tunai RM50 untuk pengawal keselematan itu.. Anggaran saya 10 hari mampu bertahan. Dalam 10 hari itu gaji pemuda itu sudah ada katanya.

11. Lalu saya mohon untuk jumpa beliau pada hari Isnin waktu lunch di kawasan Parkir tersebut di kawasan beliau bertugas. Niat hati mahu beri lagi sedikit bantuan.

12. Saya memandu pulang. Sekitar hampir Maghrib, dekat Lampu Isyarat berhampiran kawasan perumahan saya, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Sahabat karib saya seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam menghubungi saya. Saya hentikan kereta tepi jalan kawasan perumahan saya, katanya beliau ingin belanja saya kerana beliau mendapat kenaikan pangkat dan jurnalnya berjaya diterbitkan. Kawan-kawan yang dekat dengan kampus beliau, sudah dia belanja. Dia minta No Akaun saya. Saya text SMS nombor akaun saya.

13. Malam itu juga pensyarah itu “bank-in” RM300 kepada saya. Syukur. Kata orang sedekah cash RM50, Allah SWT bayar serta merta RM300. Saya beli baju dan seluar hadiah sahabat saya ini untuk kenangan.

14. Pagi Ahad, pengawal kawasan perumahan kami beritahu ada kesan tapak tangan bertanah liat di pintu sebelah penumpang kereta saya.

15. Selang beberapa ketika ada jiran saya beritahu saya kawan cinanya kata Nombor Kereta saya Naik Nombir 1 dalam carta Magnum. Saya pun tak pandai sangat bab-bab nombor-nombor ni.

16. Petang Ahad saya cuci kereta di Car Wash Centre berhampiran rumah.

17. Isnin saya ke pejabat seperti biasa.

18. Jam 11 pagi saya mohon keluar awal dari CEO saya, tujuan untuk jumpa pemuda ACEH pengawal Keselamatan yang terjumpa tanpa sengaja hari Sabtu itu. Hajat hati nak hulur lagi RM50 sedekah.

19. Amat terkejut bila Supervisor Guard dalam kawasan Parkir itu memberitahu saya tidak wujud nama “A” sebagai anggota mereka.

20. Saya terkedu. Balik ke pejabat.

21. Selang beberapa minggu selepas itu saya mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang dari CEO saya. Kenaikan pangkat dan Bonus yang lumayan.

22. Dalam tempoh tiga bulan selepas itu saya dihubungi oleh seorang Pengarah Eksekutif Syarikat untuk menyertai syarikatnya dengan dua kali ganda gaji yang saya terima pada ketika itu dan pelbagai insentif termasuk wang persediaan sebelum melapor diri.

23. Dalam sekelip mata, saya menerima sekeping Cheque bernilai beribu-ribu untuk menyertai korporat baru, dan syariakt saya juga memberi hadiah Cheque juga kepada saya berpuluh ribu atas nugerah khidmat cemerlang yang saya dapat.

24. Walau pun sudah berpuluh tahun kisah ini tersimpan, saya anggap inilah anugerah Allah SWT dari ganjaran sedekah. Allah SWT mahu uji kita.

25. Siapa pemuda ACEH itu? Kata Ustaz yang saya ceritakan kisah ini, mungkin beliau adalah WALI yang tidak bernama.

Sekian.

 

Saturday, October 10, 2020

KISAH WALI YANG TIDAK BERNAMA (1)

KISAH PARA WALI YANG TIDAK BERNAMA 1 (DICERITA DAN DITULIS SECARA SANTAI) 
1. Kisah ini diceritakan oleh seorang warga pesara Lembaga Letrik Nasional (LLN), yang ketika ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
 2. Pesara ini menghabiskan sisa usia pencennya dengan mendalami ilmu Agama dan berjemaah di masjid lima waktu solat fardhu. 
 3. Satu kisah yang berlaku ketika beliau berkhidmat di sebuah negeri di Pantai Timur dulu tetap beliau ingat sehingga kini. 
 4. Seorang PAKCIK di sebuah kampung, katanya memiliki tanah kebun yang luas serta anak-anak yang berjaya semuanya. 
 5. Tabiat PAKCIK ini ialah apabila beliau membeli bersarapan pagi di restoran Nasi Dagang dsb, semua pelanggan yang ada dibelanja dan dibayarnya.  
 6. Lagi satu tabiat PAKCIK itu ialah, selepas asar beliau akan mengayuh basikal tua miliknya dengan beg berisi pakaiannya di belakang. Dia akan menginap di Surau atau masjid di sekitar kampung halamannya. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Jika jauh PAKCIK itu akan mengayuh basikalnya bermula selepas sarapan pagi lagi.
 7. Tiba di Surau atau Masjid, beliau akan meminta izin dari Imam atau AJK Masjid & Surau untuk menumpang menginap dan melakukan pembersihan dalam kawasan Surau atau Masjid tersebut.
8. PAKCIK ini akan menyapu sampah sarap sekitar kaki lima Masjid atau Surau berkenaan. Membakar sampah sarap yang terkumpul. Dalam dewan solat akan disapunya hingga bersih. Tandas dibersihkannya. Kolah dibersihkannya. Bangun pagi Subuh, PAKCIK ini akan meminta izin dari Imam atau Bilal Masjid atau Surau itu untuk mengalunkan Azan. 
 9. Selesai Solat Subuh berjemaah, PAKCIK ini akan menyiapkan pakaian, selimut dsb ke dalam begnya semula dan mengayuh pulang ke kampungnya. Adakalanya beliau akan berkelana sehingga beberapa hari di beberapa buah Masjid atau Surau sebelum pulang ke kampungnya. 
10. Pernah suatu ketika, seorang penduduk PULAU menceritakan kisah PAKCIK itu kepada Warga LLN ini: Suatu petang, hari semakin senja. Ramai penduduk PULAU ingin naik Feri untuk pulang ke rumah masing-masing dari Tanah Besar. Kebetulan itulah FERI yang terakhir pada hari tersebut. PAKCIK itu telah ada di atas FERI dan bersedia untuk meneruskan hobinya ke Masjid di Pulau itu.
11. Tiba-tiba muncul seorang ibu muda yang sarat mengandung bersama suaminya. Menurut Juragan Feri sudah penuh. PAKCIK itu menawarkan tempatnya dan basikalnya. PAKCIK itu keluar dari FERI bersama basikalnya. Maka dapatlah Ibu Mengandung dan Suaminya menaiki FERI terakhir itu.
12. Apabila para penumpang FERI sudah tiba di Jeti Pulau dan mulai berjalan pulang ke rumah masing-masing. Mereka melihat kelibat PAKCIK itu mengayuh basikalnya menuju ke Masjid di Pulau tersebut.
13. Dalam tahun yang sama semasa petugas LLN ini bertugas, seseorang memberitahunya dia telah nampak kelibat PAKCIK itu menunaikan Ibadat Haji di Mekah. Padahal sepanjang masa tahun itu, PAKCIK itu sentiasa berada dalam kawasan kampung halamannya. 
14.Cerita ini disampaikan secara lisan oleh pesara LLN di dalam masjid selepas kami selesai Solat Jemaah suatu ketika dulu. 
15.Pada ketika itu, kami bersantai sambil berkongsi cerita-cerita PARA WALI YANG TIDAK BERNAMA. 
Sekian.

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...