BUKU IBN KHALDUN: MUQADIMMAH
Perkongsian: MKR
Kesatria Keluarga Malaysia
Assalamualaikum sahabatku Tuan Haji Ir. Shim,
Kali ini, saya mahu mengangkat karya agung Ibn Khaldun
sebagai itinerari Wacana Pemilkiran kita.
1. Tanggal
21 Ogos 2021 secara rasmi dan berpelembagaan kita menerima Perdana Menteri yang
ke Sembilan (9).
2. Dalam polemik kepartian yang tidak berkualiti, Presiden dan kelompok sebuah parti
yang pernah mendominasi negara secara tunggal nampaknya amat ghairah mengheret
segala permasalahan peribadi ke minda rakyat, menyuburi persepsi dan emosi penyokong
mereka melakari wajah sebenar bekas penguasa rakus demi menghindari proses
keadilan sebenar dari tertegak.
3. Wacana
kita kali ini menjemput suatu iltizam jernih peribadi dan rentas pemikiran yang
jauh lebih tinggi merentasi gelojak rasa dan meminggirkan kedangkalan hujah
murahan demi meraksa suatu itinerari kebijaksanaan yang bersifir.
4. Ibn Al
Khaldun dalam buku “Muqaddimah: Mula dan berakhirnya sebuah empayar/negara”
seperti yang kita ketahui merupakan menu utama mantik para graduasi dari Oxford
dan Harvard. Namun dalam wacana ini kita hadirkan dalam permis santai
semudah mungkin sekadar mewarnai akal yang sihat dan positif.
5. Ibn
Khaldun lahir di Tunisia, Afrika Utara. Keluarganya berhijrah ke Andalusia.
Mereka telah memegang jawatan tinggi dalam Pemerintahaan Empayar Kerajaan
Andalusia.
6. Selepas
era kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol, mereka kembali ke Tunisia.
7. Dengan
kedudukan keluarganya yang tinggi dalam pemerintahan Kerajaan Andalusia, Ibn
Khaldun telah mendapat Pendidikan di Sekolah dan Institusi Ilmu yang terkemuka.
8. Ibn
Khaldun memulakan kerjaya sebagai penjawat awam. Sehinggalah beliau menjadi
seorang intelek dan pensyarah kanan di Kaherah, Mesir. Disini beliau telah menulis
pelbagai naskhah terkenal sehingga beliau diangkat menjadi Ketua Hakim Negara.
9. Persoalannya
mengapa Ibn Khaldun menjadi “Super Famous” dan “Mega Star” yang sentiasa menjadi
rujukan oleh seluruh pemimpin dunia. Bukan hanya terbatas dalam dunia Islam
tapi juga di dunia Barat.
10. Pertama
kali namanya jadi popular dan melonjak tinggi ketika Presiden Amerika, Ronald
Reagan telah merujuk teori ekonomi Ibn Khaldun dalam polisi ekonomi Reaganomic.
11. Ada
yang berpandangan Ibn Khaldun yang mulakan teori ekonomi “supply and demand”,
400 tahun sebelum Adam Smith.
12. Bila
Presiden Amerika memetik nama Ibn Khaldun dalam ucapan beliau, tergamam satu
Amerika. Terkesima seluruh dunia.
13. Tokoh
dunia telah mengiktiraf buku beliau “Muqadimmah” sebagai buku terulung dalam
sejarah untuk belajar peradaban dunia. Sehingga mereka namakan Ibn Khaldun sebagai
Pencipta Ilmu “Social Science” (Sains Sosial).
14. Ibn
Khaldun telah menulis mana-mana negara atau empayar adalah sama seperti
manusia. Mula-mula lahir, membesar dari remaja ke dewasa dan akhirnya akan
mati. Jatuh dan bangun negara atau empayar adalah satu pusingan yang
berulang-ulang. Aturannya ada 5 peringkat:
a) Assabiyah
atau Penyatuan.
b) Kepimpinan
Berpusat - oleh Pemimpin Masyarakat.
c) Leka Kerana
Kejayaan - Hilang Nilai.
d) Status
Quo - Hilang Motivasi
e) Hilang
Penyatuan dan Negara Musnah.
15. Peringkat
pertama “ASSABIYAH”. Kata dasarnya “Assab” maknanya “untuk mengikat”/“To bind”.
Ini motivasi bermulanya satu negara/empayar. Selalunya bila ada ancaman luar.
Penduduk negara akan bersatu padu untuk melawan penjajah. Satu hati, satu jiwa
hingga mereka berjaya. Selepas berjaya, lahirlah sebuah negara. Rakyat bebas
merdeka.
16. Masuk
peringkat kedua sesebuah negara/empayar ialah “personalized leadership”. Rakyat
memilih pemimpin dan pemerintah, letak kepercayaan pada mereka memimpin negara.
17. Sampailah
ke peringkat ketiga - “Leka”. Ini berlaku apabila penduduk dalam sesebuah negara
yang sudah merdeka, mereka mulai memiliki sikap indivualistik. Sukakan
kebendaan dan kemewahan. Mereka bermula untuk saling berlawan, bermusuh dan
saling membenci sesama mereka. “Competitive” yang tidak bertempat.
18. Bermula
dalam sistem Pendidikan yang berorientasikan menghafal jawapan peperiksaan,
semangat berlumba-lumba mahu jadi yang terbaik sesama pelajar. Mereka mulai meletakkan
nilai diri pada apa yang mereka dapat dan ada. Yang pelajar mulai angkuh dengan
jumlah “A” atau CGPA mereka. Yang dewasa mulai sombong dan bongkak dengan
kekayaan material dan wang.
19. Makanya,
dalam unsur yang mahu mengejar kemewahan melampau ini, masuklah ke peringkat
keempat. Bila penduduk empayar/negara mulai menyukai kemewahan tanpa perlu mengukur
baju di badan sendiri, masyarakat akan mula hilang nilai dan motivasi. Mereka
perlu menunjuk-nunjuk. Dari Barangan Peribadi Jenama Mewah hinggalah gaya hidup
boros tahap tertinggi.
20. Rasuah dan salahguna kuasa berluasa. Sebab
kaya itu segalanya. Ibn Khaldun berkata, ketika peringkat ini; politik dan
pemimpin ini akan memecah belahkan masyarakat. Sebab pemimpin hanya mahukan
hanya kuasa dan harta. Motivasi membina dan perpaduan seperti nenek moyang mulai
lenyap ditelan arus zaman.
21. Makanya,
masuklah peringkat kelima: negara mula musnah dan empayar akan hilang.
22. Ibn
Khaldun juga berkata jatuh dan bangun satu empayar atau negara bukan sebab
faktor luar. Negara dan Empayar jatuh sebab tangan rakyatnya sendiri.
23. Beliau
merujuk empayar Islam Sepanyol pada kurun ke-13. 6 kurun lamanya empayar ini
segar bugar. Ekonomi maju, ilmuwan bercambah. Sampai jadi rujukan semua di
dunia. Dari ilmu perubatan, matematik dan falsafah. Ada scholar cakap Eropah
takkan maju seperti sekarang tanpa taklukan ke atas Andalusia. Library Cordoba
dikatakan “a wonder of the world”. Beri mereka segala jenis ilmu yang
dipelopori oleh ilmuwan Muslim, yang boleh ditiru untuk bawa pulang ke negara
mereka.
24. Masa
itu juga, kesatuan agama dan bangsa dalam Empayar Islam Sepanyol sangat kuat.
Antara masyarakat hargai perbezaaan. Ada Kristian, Yahudi dan Islam. Saling
memahami, saling bertoleransi untuk bangunkan empayar.
25. Mereka
maju dan terkenal seantero dunia. Sampai lah satu tahap, zaman Sultan Muhammad
XII of Granada, empayar ini mula merundum. Bila mana harta jadi dambaan. Rasuah
dan salah guna kuasa yang merosakkan negara. Ramai yang tak tahu empayar
Andalusia punah tanpa peperangan.
26. Sultan
Muhammad XII hanya serahkan kunci empayar kepada pemimpin tempatan dan cium
tangan bakal Raja dan Permaisuri Sepanyol. Pemerintah Islam naik kuda dan
keluar begitu sahaja.
27. Itulah
sinopsis dalam Muqaddimah yang Ibn Khaldun bawa. Jatuh bangunnya sebuah
empayar. Selepas teori ini meletup di barat pada awal tahun 60-an, ramai sarjana
taraf dunia mengkaji teori ni.
28. Salah
satunya sejarahwan terkenal Arnold Toynbee. Dalam bukunya “Study of History” beliau
mengkaji tulisan Ibn Khaldun dengan 26 peradaban/empayar/negara. Sama semuanya.
Peringkat bangun dan jatuh sebuah negara/empayar serupa saja “patern”nya macam tulisan
Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah.
29. Untuk
zaman moden pula, ada sarjana lain, Giovanni Arrighi menggunakan tulisan Ibn
Khaldun ini sebagai perbandingan. Dia buat telahan, Amerika akan jatuh dan
China akan bangkit sebagai kuasa baru dunia. Sekarang kita sudah boleh nampak
ada kebenarannya.
30. Ada
yang berkata, zaman Presiden Trump sudah mula menunjukkan peradaban Amerika yang
mulai tenggelam. Bila dollar dan sen yang dikira, salah guna kuasa berluasa.
Isu agama dan bangsa pula jadi “centre stage”. Kalau kita kaji sendiri, macam
memang benar belaka. Apa yang Arrighi kata.
31. Terbaru,
kita dikejutkan oleh Afghanistan, selepas 20 tahun jatuh di tangan Taliban. Ia
digelar Kubur Segala Empayar (Graveyard of Empires). Sejarah menunjukkan tiada
satu empayar pun boleh kekal lama di sana. Rakyatnya pula sentiasa merana.
32. Apa
salahnya? Simple, rujuk kepada teori Ibn Khaldun tadi. Selepas Afghanistan
dilepaskan dari Taliban 20 tahun dulu, Amerika telah berbelanja hampir USD80
billion untuk membina negara Afghanistan. Mereka beri hak rakyat memilih pemimpin
dan bangunkan tentera dan askar sendiri. Pada tahun ini sebelum Taliban masuk,
negara ini merekodkan ada 300 ribu askar yang dibayar Kerajaan.
33. Namun,
yang betul-betul menjadi askar mempertahankan negara hanyalah 90 ribu orang.
Yang lain hanya “ghost soldier”. Maknanya, guna Kad Pengenalan ambil gaji tapi
orangnya tiada. Masa Taliban masuk minggu lepas, askar sendiri cabut uniform
dan cabut lari. Presidennya dikatakan lari ke UAE dengan bawa cash beratus
juta. Menyorok di sana. Belum sempat rakyatnya bahagia ada kebebasan bernegara,
jatuh pula di tangan Taliban. Angkara pemimpin durjana dan salah guna kuasa.
34. Apa
kaitan tulisan Ibn Khaldun dengan Malaysia? Kita tengok cycle teori Ibn Khaldun
ni berulang-ulang di negara kita. Dari mula nak merdeka, “assabiyah” atau
penyatuan itu kuat. Yang pergi rombongan ke London mintak kemerdekaan bukan
sahaja Tunku Abdul Rahman. Turut dianggotai yang bukan Melayu iaitu Kolonel H.S
Lee dan Tuan H.S Tan. Di samping yang tak masuk rombongan, Tun VT Sambhatan dan
Tun Tan Cheng Lock. Mereka bantu Tunku menyatu padukan negara pelbagai kaum.
35. Namun
pada 13 Mei 1969, Malaysia punya titik hitam. Sengketa kaum yang dasyat.
Sensitif untuk diungkit tapi kita boleh belajar. Abaikan isu perkauman dalam
wacana ini. Itu bukan pokok pangkalnya di sini. Ibn Khaldun kata lepas suatu
negara merdeka, mereka akan “leka” dengan dunia. Akan ada sikap indivualistik mahukan
kemewahan. Dan lepas itu politik akan jadi “centre stage”. Politik akan pecah
belahkan masyarakat sampailah berpuak-puak.
36. Yang
penting, kita boleh mencerap tulisan Ibn Khaldun itu betul. 1969, jurang ekonomi antara kaum sangat besar.
Itu punca pecah belah. Habislah punah kesatuan masa merdeka.
37. Namun
zaman 90-an kita bangkit semula, Malaysia digelar the “Tiger of Asia”. Masa tu
dalam TV pun kita boleh tengok antara kaum bercampur. Pi Mai Pi Mai Tang tu,
ada India dan juga Cina. Ada moto “bersih, cekap, amanah”.
38. Selepas
itu berlaku perpecahan dasyat antara UMNO baru dan Semangat 46. Diikuti dengan
peperangan terbuka Reformasi oleh Anwar Ibrahim.
39. Seterusnya,
kita mula nampak negara mulai goyang. Dari zaman Pak lah sampai la zaman PM6.
40. PM ini
jadikan moto politiknya “Cash is King”. Katanya bagi cash pada Rakyat, itu cara
politik baru. Makanya, sebab perlukan duit banyak, kes 1MDB meletup. Jho Lo
yang syok berjoli, hutang negara pula lubang digali . Bilamana harta dan kuasa
jadi “centre stage”, apa peringkat seterusnya yang Ibn Khaldun cakap?
41. Peringkat
ke 4: Politik gila kuasa akan mula pecah belahkan masyarakat. Makanya kena
resort la kepada politik divisive, guna kaum dan agama sebagai centre stage.
Takut sebenarnya, bila kita kaji teori Ibn Khaldun ni benar belaka. Kena pula
atas batang hidung sendiri, di Malaysia.
42. Materialistik
dan cinta kebendaan ini buat masa ini sudah macam jadi normal dalam masyarakat
kita. Makan babi dan minum arak jijik didengar, pantang nenek moyang kita. Tapi
rasuah macam takde makna. Semua macam rilex saja, sampai malas nak dengar dah.
Kalau di China hukumnya kena tembak mati. Di Malaysia yang dijatuh hukum rasuah
dan salah guna kuasa pun digelar Bossku. Ramai yang kehairanan kenapa jadi
macam tu. Mungkin ketagihan Wang Cash dari Penguasa 1MDB.
43. Apa
yang kita belajar, pertamanya, kemewahan tanpa had itu merosakkan masyarakat.
Tolak la “Cash is King” itu ajar anak2 kita, nilai dia bukan atas harta yang
mak bapak dia ada. Tapi amanah dan prinsip yang dia pegang.
44. Ajar mereka
pandang tinggi pada seseorang bukan sebab dia ada rumah mewah, kereta berderet
atau bini 2-3. Tapi kerana dia amanah menjaga keluarga dan buat mereka bahagia.
Bukan kerana wang semata-mata. Itu dulu Ustazah saya cakap, nak jadi pimpinan
kena ada sifat “zuhud” bersederhana. Tapi pemimpin Parti Islam kita, dapat duit
Kerajaan Pusat, beli Mercedes pula.
45. Keduanya,
tengok balik aturan Ibn Khaldun tadi, jatuh dan bangun sebuah empayar tadi.
Kalau nak bangun kembali negara ini, kena mula balik pada asal, kena ada
assabiyah (penyatuan). Bukan penyatuan satu kaum dan satu agama sahaja. Tapi
penyatuan bangsa Malaysia. Kita bagi contoh Korea, masa Krisis ekonomi Asia
1997, dia lagi teruk dari Malaysia, sampai kena meminjam IMF. Namun lepas tu,
rakyat yang cinta negara berkorban harta, buat slogan “Pali, Pali” (means
hurry, hurry) bersatu bangunkan negara. Indeks rasuah Korea berpuluh ganda lagi
baik dari Malaysia. Itu sebabnya dari negara yang teruk terjejas pada tahun
1997, sekarang dia pula jadi antara Tigers of Asia. Sampai potong kita. Itu
yang kita kena hadam dan belajar.
46. Ketiganya,
kita kena tolak politik yang memecah belah, tolak tepi sentimen kaum dan agama.
Sebab kalau ini berlaku, macam teori Ibn Khaldun, negara akan merudum. Tanya
balik perlukah masa negara susah ini sebuah “Kerajaan Melayu Islam” bilamana
yang susahnya bukan Melayu saja, tapi juga bangsa lain? Tak boleh kah kita
tolak perbezaan agama dan bangsa dan fokus pada pandemik dan bina negara pula?
Bukan hanya spesifik pada satu bangsa dan satu agama?
47. PM ke
9 kita baru angkat sumpah. Buka lembaran baru untuk negara. Sama dengan tajuk
Muqaddimah, “means the beginning”. Makanya, kita tak mintak banyak. Hanya dua.
Satu, tolak rasuah dan salah guna kuasa yang ada (kalau bahasa marhein di
bawah: “Tolong la jangan kawtim dengan Klepto!”). Dan keduanya, semarakkan
perpaduan sesama Rakyat. Dengan kata lain UNITY. Ini kena bermula dengan
pemimpin. Pemimpin yang kena bentuk UNITY (wink*wink). Dengan UNITY saja kita
akan bangkit semua. Bukan retorik bangsa, bukan retorik agama.
48. History
is the best teacher. Ibn Khaldun has shown us ada 5 peringkat jatuh dan bangun
sebuah negara. Semuanya terpakai pada kita. Kepada PM baru kita pasrah dan
berserah. Mengharapkan satu sinar baru buat Malaysia.
Tebuk Kapal sudah.
Pancung Budak Sudah
Bina semula rumah yang runtuh pun sudah.
Kini masanya mengembalikan kebanaran berpaksi nyata.
MKR