Monday, August 30, 2021

WARKAH BUAT HAJI IR SHIM: BUKU IBN KHALDUN - MUQADIMMAH

BUKU IBN KHALDUN: MUQADIMMAH

Perkongsian: MKR

Kesatria Keluarga Malaysia

Assalamualaikum sahabatku Tuan Haji Ir. Shim,

Kali ini, saya mahu mengangkat karya agung Ibn Khaldun sebagai itinerari Wacana Pemilkiran kita.

1.    Tanggal 21 Ogos 2021 secara rasmi dan berpelembagaan kita menerima Perdana Menteri yang ke Sembilan (9).

2.    Dalam polemik kepartian yang tidak berkualiti, Presiden dan kelompok sebuah parti yang pernah mendominasi negara secara tunggal nampaknya amat ghairah mengheret segala permasalahan peribadi ke minda rakyat, menyuburi persepsi dan emosi penyokong mereka melakari wajah sebenar bekas penguasa rakus demi menghindari proses keadilan sebenar dari tertegak.

3.    Wacana kita kali ini menjemput suatu iltizam jernih peribadi dan rentas pemikiran yang jauh lebih tinggi merentasi gelojak rasa dan meminggirkan kedangkalan hujah murahan demi meraksa suatu itinerari kebijaksanaan yang bersifir.

4.    Ibn Al Khaldun dalam buku “Muqaddimah: Mula dan berakhirnya sebuah empayar/negara” seperti yang kita ketahui merupakan menu utama mantik para graduasi dari Oxford dan Harvard. Namun dalam wacana ini kita hadirkan dalam permis santai semudah mungkin sekadar mewarnai akal yang sihat dan positif.

5.    Ibn Khaldun lahir di Tunisia, Afrika Utara. Keluarganya berhijrah ke Andalusia. Mereka telah memegang jawatan tinggi dalam Pemerintahaan Empayar Kerajaan Andalusia.

6.    Selepas era kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol, mereka kembali ke Tunisia.

7.    Dengan kedudukan keluarganya yang tinggi dalam pemerintahan Kerajaan Andalusia, Ibn Khaldun telah mendapat Pendidikan di Sekolah dan Institusi Ilmu yang terkemuka.

8.    Ibn Khaldun memulakan kerjaya sebagai penjawat awam. Sehinggalah beliau menjadi seorang intelek dan pensyarah kanan di Kaherah, Mesir. Disini beliau telah menulis pelbagai naskhah terkenal sehingga beliau diangkat menjadi Ketua Hakim Negara.

9.    Persoalannya mengapa Ibn Khaldun menjadi “Super Famous” dan “Mega Star” yang sentiasa menjadi rujukan oleh seluruh pemimpin dunia. Bukan hanya terbatas dalam dunia Islam tapi juga di dunia Barat.

10. Pertama kali namanya jadi popular dan melonjak tinggi ketika Presiden Amerika, Ronald Reagan telah merujuk teori ekonomi Ibn Khaldun dalam polisi ekonomi Reaganomic.

11. Ada yang berpandangan Ibn Khaldun yang mulakan teori ekonomi “supply and demand”, 400 tahun sebelum Adam Smith.

12. Bila Presiden Amerika memetik nama Ibn Khaldun dalam ucapan beliau, tergamam satu Amerika. Terkesima seluruh dunia.

13. Tokoh dunia telah mengiktiraf buku beliau “Muqadimmah” sebagai buku terulung dalam sejarah untuk belajar peradaban dunia. Sehingga mereka namakan Ibn Khaldun sebagai Pencipta Ilmu “Social Science” (Sains Sosial).

14. Ibn Khaldun telah menulis mana-mana negara atau empayar adalah sama seperti manusia. Mula-mula lahir, membesar dari remaja ke dewasa dan akhirnya akan mati. Jatuh dan bangun negara atau empayar adalah satu pusingan yang berulang-ulang. Aturannya ada 5 peringkat:

a)    Assabiyah atau Penyatuan.

b)    Kepimpinan Berpusat - oleh Pemimpin Masyarakat.

c)     Leka Kerana Kejayaan - Hilang Nilai.

d)    Status Quo - Hilang Motivasi

e)    Hilang Penyatuan dan Negara Musnah.

15. Peringkat pertama “ASSABIYAH”. Kata dasarnya “Assab” maknanya “untuk mengikat”/“To bind”. Ini motivasi bermulanya satu negara/empayar. Selalunya bila ada ancaman luar. Penduduk negara akan bersatu padu untuk melawan penjajah. Satu hati, satu jiwa hingga mereka berjaya. Selepas berjaya, lahirlah sebuah negara. Rakyat bebas merdeka.

16. Masuk peringkat kedua sesebuah negara/empayar ialah “personalized leadership”. Rakyat memilih pemimpin dan pemerintah, letak kepercayaan pada mereka memimpin negara.

17. Sampailah ke peringkat ketiga - “Leka”. Ini berlaku apabila penduduk dalam sesebuah negara yang sudah merdeka, mereka mulai memiliki sikap indivualistik. Sukakan kebendaan dan kemewahan. Mereka bermula untuk saling berlawan, bermusuh dan saling membenci sesama mereka. “Competitive” yang tidak bertempat.

18. Bermula dalam sistem Pendidikan yang berorientasikan menghafal jawapan peperiksaan, semangat berlumba-lumba mahu jadi yang terbaik sesama pelajar. Mereka mulai meletakkan nilai diri pada apa yang mereka dapat dan ada. Yang pelajar mulai angkuh dengan jumlah “A” atau CGPA mereka. Yang dewasa mulai sombong dan bongkak dengan kekayaan material dan wang.

19. Makanya, dalam unsur yang mahu mengejar kemewahan melampau ini, masuklah ke peringkat keempat. Bila penduduk empayar/negara mulai menyukai kemewahan tanpa perlu mengukur baju di badan sendiri, masyarakat akan mula hilang nilai dan motivasi. Mereka perlu menunjuk-nunjuk. Dari Barangan Peribadi Jenama Mewah hinggalah gaya hidup boros tahap tertinggi.

20.  Rasuah dan salahguna kuasa berluasa. Sebab kaya itu segalanya. Ibn Khaldun berkata, ketika peringkat ini; politik dan pemimpin ini akan memecah belahkan masyarakat. Sebab pemimpin hanya mahukan hanya kuasa dan harta. Motivasi membina dan perpaduan seperti nenek moyang mulai lenyap ditelan arus zaman.

21. Makanya, masuklah peringkat kelima: negara mula musnah dan empayar akan hilang.

22. Ibn Khaldun juga berkata jatuh dan bangun satu empayar atau negara bukan sebab faktor luar. Negara dan Empayar jatuh sebab tangan rakyatnya sendiri.

23. Beliau merujuk empayar Islam Sepanyol pada kurun ke-13. 6 kurun lamanya empayar ini segar bugar. Ekonomi maju, ilmuwan bercambah. Sampai jadi rujukan semua di dunia. Dari ilmu perubatan, matematik dan falsafah. Ada scholar cakap Eropah takkan maju seperti sekarang tanpa taklukan ke atas Andalusia. Library Cordoba dikatakan “a wonder of the world”. Beri mereka segala jenis ilmu yang dipelopori oleh ilmuwan Muslim, yang boleh ditiru untuk bawa pulang ke negara mereka.

24. Masa itu juga, kesatuan agama dan bangsa dalam Empayar Islam Sepanyol sangat kuat. Antara masyarakat hargai perbezaaan. Ada Kristian, Yahudi dan Islam. Saling memahami, saling bertoleransi untuk bangunkan empayar.

25. Mereka maju dan terkenal seantero dunia. Sampai lah satu tahap, zaman Sultan Muhammad XII of Granada, empayar ini mula merundum. Bila mana harta jadi dambaan. Rasuah dan salah guna kuasa yang merosakkan negara. Ramai yang tak tahu empayar Andalusia punah tanpa peperangan.

26. Sultan Muhammad XII hanya serahkan kunci empayar kepada pemimpin tempatan dan cium tangan bakal Raja dan Permaisuri Sepanyol. Pemerintah Islam naik kuda dan keluar begitu sahaja.

27. Itulah sinopsis dalam Muqaddimah yang Ibn Khaldun bawa. Jatuh bangunnya sebuah empayar. Selepas teori ini meletup di barat pada awal tahun 60-an, ramai sarjana taraf dunia mengkaji teori ni.

28. Salah satunya sejarahwan terkenal Arnold Toynbee. Dalam bukunya “Study of History” beliau mengkaji tulisan Ibn Khaldun dengan 26 peradaban/empayar/negara. Sama semuanya. Peringkat bangun dan jatuh sebuah negara/empayar serupa saja “patern”nya macam tulisan Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah.

29. Untuk zaman moden pula, ada sarjana lain, Giovanni Arrighi menggunakan tulisan Ibn Khaldun ini sebagai perbandingan. Dia buat telahan, Amerika akan jatuh dan China akan bangkit sebagai kuasa baru dunia. Sekarang kita sudah boleh nampak ada kebenarannya.

30. Ada yang berkata, zaman Presiden Trump sudah mula menunjukkan peradaban Amerika yang mulai tenggelam. Bila dollar dan sen yang dikira, salah guna kuasa berluasa. Isu agama dan bangsa pula jadi “centre stage”. Kalau kita kaji sendiri, macam memang benar belaka. Apa yang Arrighi kata.

31. Terbaru, kita dikejutkan oleh Afghanistan, selepas 20 tahun jatuh di tangan Taliban. Ia digelar Kubur Segala Empayar (Graveyard of Empires). Sejarah menunjukkan tiada satu empayar pun boleh kekal lama di sana. Rakyatnya pula sentiasa merana.

32. Apa salahnya? Simple, rujuk kepada teori Ibn Khaldun tadi. Selepas Afghanistan dilepaskan dari Taliban 20 tahun dulu, Amerika telah berbelanja hampir USD80 billion untuk membina negara Afghanistan. Mereka beri hak rakyat memilih pemimpin dan bangunkan tentera dan askar sendiri. Pada tahun ini sebelum Taliban masuk, negara ini merekodkan ada 300 ribu askar yang dibayar Kerajaan.

33. Namun, yang betul-betul menjadi askar mempertahankan negara hanyalah 90 ribu orang. Yang lain hanya “ghost soldier”. Maknanya, guna Kad Pengenalan ambil gaji tapi orangnya tiada. Masa Taliban masuk minggu lepas, askar sendiri cabut uniform dan cabut lari. Presidennya dikatakan lari ke UAE dengan bawa cash beratus juta. Menyorok di sana. Belum sempat rakyatnya bahagia ada kebebasan bernegara, jatuh pula di tangan Taliban. Angkara pemimpin durjana dan salah guna kuasa.

34. Apa kaitan tulisan Ibn Khaldun dengan Malaysia? Kita tengok cycle teori Ibn Khaldun ni berulang-ulang di negara kita. Dari mula nak merdeka, “assabiyah” atau penyatuan itu kuat. Yang pergi rombongan ke London mintak kemerdekaan bukan sahaja Tunku Abdul Rahman. Turut dianggotai yang bukan Melayu iaitu Kolonel H.S Lee dan Tuan H.S Tan. Di samping yang tak masuk rombongan, Tun VT Sambhatan dan Tun Tan Cheng Lock. Mereka bantu Tunku menyatu padukan negara pelbagai kaum.

35. Namun pada 13 Mei 1969, Malaysia punya titik hitam. Sengketa kaum yang dasyat. Sensitif untuk diungkit tapi kita boleh belajar. Abaikan isu perkauman dalam wacana ini. Itu bukan pokok pangkalnya di sini. Ibn Khaldun kata lepas suatu negara merdeka, mereka akan “leka” dengan dunia. Akan ada sikap indivualistik mahukan kemewahan. Dan lepas itu politik akan jadi “centre stage”. Politik akan pecah belahkan masyarakat sampailah berpuak-puak.

36. Yang penting, kita boleh mencerap tulisan Ibn Khaldun itu betul.  1969, jurang ekonomi antara kaum sangat besar. Itu punca pecah belah. Habislah punah kesatuan masa merdeka.

37. Namun zaman 90-an kita bangkit semula, Malaysia digelar the “Tiger of Asia”. Masa tu dalam TV pun kita boleh tengok antara kaum bercampur. Pi Mai Pi Mai Tang tu, ada India dan juga Cina. Ada moto “bersih, cekap, amanah”.

38. Selepas itu berlaku perpecahan dasyat antara UMNO baru dan Semangat 46. Diikuti dengan peperangan terbuka Reformasi oleh Anwar Ibrahim.

39. Seterusnya, kita mula nampak negara mulai goyang. Dari zaman Pak lah sampai la zaman PM6.

40. PM ini jadikan moto politiknya “Cash is King”. Katanya bagi cash pada Rakyat, itu cara politik baru. Makanya, sebab perlukan duit banyak, kes 1MDB meletup. Jho Lo yang syok berjoli, hutang negara pula lubang digali . Bilamana harta dan kuasa jadi “centre stage”, apa peringkat seterusnya yang Ibn Khaldun cakap?

41. Peringkat ke 4: Politik gila kuasa akan mula pecah belahkan masyarakat. Makanya kena resort la kepada politik divisive, guna kaum dan agama sebagai centre stage. Takut sebenarnya, bila kita kaji teori Ibn Khaldun ni benar belaka. Kena pula atas batang hidung sendiri, di Malaysia.

42. Materialistik dan cinta kebendaan ini buat masa ini sudah macam jadi normal dalam masyarakat kita. Makan babi dan minum arak jijik didengar, pantang nenek moyang kita. Tapi rasuah macam takde makna. Semua macam rilex saja, sampai malas nak dengar dah. Kalau di China hukumnya kena tembak mati. Di Malaysia yang dijatuh hukum rasuah dan salah guna kuasa pun digelar Bossku. Ramai yang kehairanan kenapa jadi macam tu. Mungkin ketagihan Wang Cash dari Penguasa 1MDB.

43. Apa yang kita belajar, pertamanya, kemewahan tanpa had itu merosakkan masyarakat. Tolak la “Cash is King” itu ajar anak2 kita, nilai dia bukan atas harta yang mak bapak dia ada. Tapi amanah dan prinsip yang dia pegang.

44. Ajar mereka pandang tinggi pada seseorang bukan sebab dia ada rumah mewah, kereta berderet atau bini 2-3. Tapi kerana dia amanah menjaga keluarga dan buat mereka bahagia. Bukan kerana wang semata-mata. Itu dulu Ustazah saya cakap, nak jadi pimpinan kena ada sifat “zuhud” bersederhana. Tapi pemimpin Parti Islam kita, dapat duit Kerajaan Pusat, beli Mercedes pula.

45. Keduanya, tengok balik aturan Ibn Khaldun tadi, jatuh dan bangun sebuah empayar tadi. Kalau nak bangun kembali negara ini, kena mula balik pada asal, kena ada assabiyah (penyatuan). Bukan penyatuan satu kaum dan satu agama sahaja. Tapi penyatuan bangsa Malaysia. Kita bagi contoh Korea, masa Krisis ekonomi Asia 1997, dia lagi teruk dari Malaysia, sampai kena meminjam IMF. Namun lepas tu, rakyat yang cinta negara berkorban harta, buat slogan “Pali, Pali” (means hurry, hurry) bersatu bangunkan negara. Indeks rasuah Korea berpuluh ganda lagi baik dari Malaysia. Itu sebabnya dari negara yang teruk terjejas pada tahun 1997, sekarang dia pula jadi antara Tigers of Asia. Sampai potong kita. Itu yang kita kena hadam dan belajar.

46. Ketiganya, kita kena tolak politik yang memecah belah, tolak tepi sentimen kaum dan agama. Sebab kalau ini berlaku, macam teori Ibn Khaldun, negara akan merudum. Tanya balik perlukah masa negara susah ini sebuah “Kerajaan Melayu Islam” bilamana yang susahnya bukan Melayu saja, tapi juga bangsa lain? Tak boleh kah kita tolak perbezaan agama dan bangsa dan fokus pada pandemik dan bina negara pula? Bukan hanya spesifik pada satu bangsa dan satu agama?

47. PM ke 9 kita baru angkat sumpah. Buka lembaran baru untuk negara. Sama dengan tajuk Muqaddimah, “means the beginning”. Makanya, kita tak mintak banyak. Hanya dua. Satu, tolak rasuah dan salah guna kuasa yang ada (kalau bahasa marhein di bawah: “Tolong la jangan kawtim dengan Klepto!”). Dan keduanya, semarakkan perpaduan sesama Rakyat. Dengan kata lain UNITY. Ini kena bermula dengan pemimpin. Pemimpin yang kena bentuk UNITY (wink*wink). Dengan UNITY saja kita akan bangkit semua. Bukan retorik bangsa, bukan retorik agama.

48. History is the best teacher. Ibn Khaldun has shown us ada 5 peringkat jatuh dan bangun sebuah negara. Semuanya terpakai pada kita. Kepada PM baru kita pasrah dan berserah. Mengharapkan satu sinar baru buat Malaysia.

Tebuk Kapal sudah.

Pancung Budak Sudah

Bina semula rumah yang runtuh pun sudah.

Kini masanya mengembalikan kebanaran berpaksi nyata.


MKR


Friday, October 16, 2020

KISAH WALI TIDAK BERNAMA (3)

1. Jam menunjukkan waktu 10 malam.

2. Aku mengajak AM untuk minum dan makan roti canai di Mamak Bistro berhampiran resindensi kami.

3. Sejurus melepasi “Barrier Gate Guard House” residensi, aku telah meminta AM untuk memandu, kerana aku penat memandu seharian dari pagi hingga petang hari itu.

4. Seketika AM memandu, tetiba bunyi “berdegum” yang kuat pada tayar hadapan.

5. Ternyata ada kerja mengorek jalan melintasi jalanraya kirin dan kanan untuk pemasangan paip. Kontraktor belum tar, mereka hanya tutup dengan pasir kasar. Kebetulan petang itu hujan lebat. Pasir-pasir hanyut bersama air hujan yang melimpah jalanraya. Siapapun yang memandu pasti tidak akan nampak “longkang tajam” melintang jalanraya itu.

6. Aku dan AM turun untuk melihat tayar “spare” untyuk diganti.

7. Tayar depan sebelah kiri memang pecah rosak malah rim pun juga retak dengan teruk. Terpaksa beli sebiji Rim baru nanti.

8. Hujan nampak akan turun kembali sewaktu aku dan AM sama-sama berusaha menukar tayar yang pecah.

9. Dalam cuaca gelap, angin mulai kencang seakan hujan ribut akan turun, tanpa kami sedari ada sebuah teksi lama (tak nampak dan tak hafal nombor pletnya). Turun seorang penumpang, dan kami berdua tidak nampak jelas pemandu teksi itu.

10. Penumpang Teksi itu memperkenalkan namanya Mohd Nor Islam (MNI) berasal dari Bangladesh katanya. Pakaianya formal seperti pekerja kerajaan dengan kemeja dan seluar “slacks” yang rapi, kasut hitam bertali protokol PTD.

11. Dia bertanya bolehkah dia membantu kami menukar tayar kereta yang pecah itu.

12. Dalam kami tercengang, MNI terus mengambil sepanar dari tanganku, MNI terus menukar tayar kereta.

13. Kerjanya pantas. Tidak sampai 10 minit, semua sudah siap. Aku membuka dompet mahu bersedekah kepada MNI atas bantuannya itu.

14. MNI menolak dengan baik lagi sopan. Katanya beliau mahu kembali ke penginapannya di kawasan berhampiran.

15. MNI memberitahu beliau baru pulang dari KL. Keluar jumpa kawan. Dia bekerja di Kilang Kuari berhampiran.

16. Waktu itu hujan mulai turun rintik-rintik. Aku dan AM bergegas memasuki kereta, manakala AM kami berdua sudah tidak nampak di mana jejaknya. Hajat hati mahu ajak MNI makan bersama kami.

17. Selepas selesai makan, kami pulang.

18. Keesokan harinya, aku singgah di Kilang Kuari berhampiran tempat tayar kereta pecah itu, aku bertanya kepada Penyelia Kilang Kuari untuk bertemu MNI asal Bangladesh.

19. Supervisor itu memberitahu tidak ada pekerja Bangladesh di kuari mereka. SEmua berasal dari Indonesia. Apatah lagi pekerja yang bernama MNI.

20. Aku tercengang. Kaget.

21. Lalu aku bertanya kepada pemilik kedai berhampiran, dan bercerita kisah malam tadi.

22. Mereka berkata malam tadi tidak hujan.

23. Tanpa banyak bicara, aku pun berlalu dari situ.

24. Seketika tidak lama selepas itu, aku kongsikan kisah benar ini kepada Ustaz WN saudara sebelah ibuku. Katanya itulah urusan Allah SWT mengutuskan walinya untuk membantu manusia dalam kesusahan.

25. Kata Ustaz WN, itulah rezeki anugerah Allah SWT. Rezeki datang terkadang bukan dalam bentuk wang ringgit.

26. Kata Ustaz WN, mungkin aku pernah bersedekah kepada orang lain, atau aku membantu seseorang dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Atau ada ketikanya kita berbuat baik kepada Ibubapa kita. Maka doa ibubapa kitalah yang didengari oleh Allah SWT.

27. Pesan Ustaz WN, teruslah berbuat kebaikan. Teruskan bersedekah. Sedekah yang terbaik ialah sedikit-sedikit tetapi berterusan atau istiqomah kata Ustaz WN.

28. Membantu orang lain juga sedekah.

Sekian.


MKR

Monday, October 12, 2020

KISAH WALI TIDAK BERNAMA (2)

1. Tarikh itu tetap tersemat di sanubari. 

2. Pagi Sabtu saya kekadang akan ke pejabat kerana mengemaskini laporan kerja-kerja pasukan kami.sekitar dari jam 10 pagi hingga 3 petang biasanya.

3. Parkir khas di pejabat ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

4. Saya meletakkan kenderaan di kawasan parkir persendirian yang berpengawal berhampiran pejabat.

5. Selesai menyiapkan sebahagian dari laporan pasukan kami, saya pulang seperti selalunya. Selepas membayar parkir di kaunter pengawal, saya mulai memandu kereta ke arah jalan utama. Tiba-tiba kereta yang saya pandu dihampiri oelh seorang lagi Pengawal Keselamatan di sebelah kiri kereta saya.

6. Pengawal itu mengenalkan namanya sebagai “A” tatkala saya menurunkan cermin kiri sebelah penumpang.

7. Beliau mohon bantuan kewangan dari saya sekiranya ada. Terserah kepada saya ujarnya. Bahasanya biasa santai tapi tulus. Wajahnya agak bersih bercahaya. Sejujurnya saya amat kaget dan sepantasnya bertindak secara spontan.

8. Kata pemuda itu beliau datang dari ACEH dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan baru seminggu. Selam seminggu itu beliau hanya sarapan Roti Canai Kosong dua biji bersama Air Suam. Jam 10 Pagi dan Jam 5 petang. Nak makan Nasi dan lauk tak mampu katanya. Dua keping Roti Canai kosong pada waktu itu RM2.

9. Tangan saya seakan digerakkan mengeluarkan dompet. Hanya ada tunai RM70. Sekeping RM50. Dan dua keping RM10.

10. Saya berkata, jika saya beri RM20, berapa hari sangat mampu bertahan jika sekali lunch RM5 (4 hari menurut congak saya). Lalu saya menyerahkan wang tunai RM50 untuk pengawal keselematan itu.. Anggaran saya 10 hari mampu bertahan. Dalam 10 hari itu gaji pemuda itu sudah ada katanya.

11. Lalu saya mohon untuk jumpa beliau pada hari Isnin waktu lunch di kawasan Parkir tersebut di kawasan beliau bertugas. Niat hati mahu beri lagi sedikit bantuan.

12. Saya memandu pulang. Sekitar hampir Maghrib, dekat Lampu Isyarat berhampiran kawasan perumahan saya, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Sahabat karib saya seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam menghubungi saya. Saya hentikan kereta tepi jalan kawasan perumahan saya, katanya beliau ingin belanja saya kerana beliau mendapat kenaikan pangkat dan jurnalnya berjaya diterbitkan. Kawan-kawan yang dekat dengan kampus beliau, sudah dia belanja. Dia minta No Akaun saya. Saya text SMS nombor akaun saya.

13. Malam itu juga pensyarah itu “bank-in” RM300 kepada saya. Syukur. Kata orang sedekah cash RM50, Allah SWT bayar serta merta RM300. Saya beli baju dan seluar hadiah sahabat saya ini untuk kenangan.

14. Pagi Ahad, pengawal kawasan perumahan kami beritahu ada kesan tapak tangan bertanah liat di pintu sebelah penumpang kereta saya.

15. Selang beberapa ketika ada jiran saya beritahu saya kawan cinanya kata Nombor Kereta saya Naik Nombir 1 dalam carta Magnum. Saya pun tak pandai sangat bab-bab nombor-nombor ni.

16. Petang Ahad saya cuci kereta di Car Wash Centre berhampiran rumah.

17. Isnin saya ke pejabat seperti biasa.

18. Jam 11 pagi saya mohon keluar awal dari CEO saya, tujuan untuk jumpa pemuda ACEH pengawal Keselamatan yang terjumpa tanpa sengaja hari Sabtu itu. Hajat hati nak hulur lagi RM50 sedekah.

19. Amat terkejut bila Supervisor Guard dalam kawasan Parkir itu memberitahu saya tidak wujud nama “A” sebagai anggota mereka.

20. Saya terkedu. Balik ke pejabat.

21. Selang beberapa minggu selepas itu saya mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang dari CEO saya. Kenaikan pangkat dan Bonus yang lumayan.

22. Dalam tempoh tiga bulan selepas itu saya dihubungi oleh seorang Pengarah Eksekutif Syarikat untuk menyertai syarikatnya dengan dua kali ganda gaji yang saya terima pada ketika itu dan pelbagai insentif termasuk wang persediaan sebelum melapor diri.

23. Dalam sekelip mata, saya menerima sekeping Cheque bernilai beribu-ribu untuk menyertai korporat baru, dan syariakt saya juga memberi hadiah Cheque juga kepada saya berpuluh ribu atas nugerah khidmat cemerlang yang saya dapat.

24. Walau pun sudah berpuluh tahun kisah ini tersimpan, saya anggap inilah anugerah Allah SWT dari ganjaran sedekah. Allah SWT mahu uji kita.

25. Siapa pemuda ACEH itu? Kata Ustaz yang saya ceritakan kisah ini, mungkin beliau adalah WALI yang tidak bernama.

Sekian.

 

Saturday, October 10, 2020

KISAH WALI YANG TIDAK BERNAMA (1)

KISAH PARA WALI YANG TIDAK BERNAMA 1 (DICERITA DAN DITULIS SECARA SANTAI) 
1. Kisah ini diceritakan oleh seorang warga pesara Lembaga Letrik Nasional (LLN), yang ketika ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). 
 2. Pesara ini menghabiskan sisa usia pencennya dengan mendalami ilmu Agama dan berjemaah di masjid lima waktu solat fardhu. 
 3. Satu kisah yang berlaku ketika beliau berkhidmat di sebuah negeri di Pantai Timur dulu tetap beliau ingat sehingga kini. 
 4. Seorang PAKCIK di sebuah kampung, katanya memiliki tanah kebun yang luas serta anak-anak yang berjaya semuanya. 
 5. Tabiat PAKCIK ini ialah apabila beliau membeli bersarapan pagi di restoran Nasi Dagang dsb, semua pelanggan yang ada dibelanja dan dibayarnya.  
 6. Lagi satu tabiat PAKCIK itu ialah, selepas asar beliau akan mengayuh basikal tua miliknya dengan beg berisi pakaiannya di belakang. Dia akan menginap di Surau atau masjid di sekitar kampung halamannya. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Jika jauh PAKCIK itu akan mengayuh basikalnya bermula selepas sarapan pagi lagi.
 7. Tiba di Surau atau Masjid, beliau akan meminta izin dari Imam atau AJK Masjid & Surau untuk menumpang menginap dan melakukan pembersihan dalam kawasan Surau atau Masjid tersebut.
8. PAKCIK ini akan menyapu sampah sarap sekitar kaki lima Masjid atau Surau berkenaan. Membakar sampah sarap yang terkumpul. Dalam dewan solat akan disapunya hingga bersih. Tandas dibersihkannya. Kolah dibersihkannya. Bangun pagi Subuh, PAKCIK ini akan meminta izin dari Imam atau Bilal Masjid atau Surau itu untuk mengalunkan Azan. 
 9. Selesai Solat Subuh berjemaah, PAKCIK ini akan menyiapkan pakaian, selimut dsb ke dalam begnya semula dan mengayuh pulang ke kampungnya. Adakalanya beliau akan berkelana sehingga beberapa hari di beberapa buah Masjid atau Surau sebelum pulang ke kampungnya. 
10. Pernah suatu ketika, seorang penduduk PULAU menceritakan kisah PAKCIK itu kepada Warga LLN ini: Suatu petang, hari semakin senja. Ramai penduduk PULAU ingin naik Feri untuk pulang ke rumah masing-masing dari Tanah Besar. Kebetulan itulah FERI yang terakhir pada hari tersebut. PAKCIK itu telah ada di atas FERI dan bersedia untuk meneruskan hobinya ke Masjid di Pulau itu.
11. Tiba-tiba muncul seorang ibu muda yang sarat mengandung bersama suaminya. Menurut Juragan Feri sudah penuh. PAKCIK itu menawarkan tempatnya dan basikalnya. PAKCIK itu keluar dari FERI bersama basikalnya. Maka dapatlah Ibu Mengandung dan Suaminya menaiki FERI terakhir itu.
12. Apabila para penumpang FERI sudah tiba di Jeti Pulau dan mulai berjalan pulang ke rumah masing-masing. Mereka melihat kelibat PAKCIK itu mengayuh basikalnya menuju ke Masjid di Pulau tersebut.
13. Dalam tahun yang sama semasa petugas LLN ini bertugas, seseorang memberitahunya dia telah nampak kelibat PAKCIK itu menunaikan Ibadat Haji di Mekah. Padahal sepanjang masa tahun itu, PAKCIK itu sentiasa berada dalam kawasan kampung halamannya. 
14.Cerita ini disampaikan secara lisan oleh pesara LLN di dalam masjid selepas kami selesai Solat Jemaah suatu ketika dulu. 
15.Pada ketika itu, kami bersantai sambil berkongsi cerita-cerita PARA WALI YANG TIDAK BERNAMA. 
Sekian.

Saturday, July 4, 2020

DRAMA POLITIK (BAHAGIAN 3) MUAFAKAT NASIONAL 2.0

Buat Sahabatku Tuan Haji Ir. Shim,

DRAMA POLITIK (BAHAGIAN 3): KENAPA PERLU ADA TIGA (3) GABUNGAN POLITIK MELAYU ISLAM DALAM MUAFAKAT NASIONAL 2.0

1.Wacana ini mengunjurkan dan bergerak dari representasi dan cetusan “posting” sahabat-sahabat wacana pemikiran kita dasawarsa ini bagi menggambarkan secara tersirat hala tuju Skrip Drama dan Wayang Tertinggi Politik Negara pasca Peralihan Kuasa dari PH kepada PN.


2.Tidak ramai tahu, sebuah kajian akademik telah dilakukan ke atas gerakan politik Anwar Ibrahim sejak beliau mengangkat dirinya sebagai pemimpin pelajar dulu dibawah bantuan serta pengaruh “abang angkatnya” SIR WILLIAM COHHEN - Mantan Setiausaha Negara USA. Seorang Yahudi Ortodoks yang menggerakkan Negara Israel.

3.Usaha membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO oleh Tun M pada ketika itu adalah untuk membuat “MAJOR OVERHAULL” sekiranya perlu. Namun usaha itu gagal kerana Kuasa Wang dan Politik Antarabangsa dokongan Dewan Yahudi Sedunia berada di belakang Anwar Ibrahim.

4.Justeru, usaha membawa Anwar masuk UMNO dan Kerajaan demi melonggarkan GERAKAN AWAL RAMPASAN KUASA ALA LIBYA dan IRAQ oleh Anwar Ibrahim demi mahu melumpuhkan gerakan ini secara senyap dan terancang. Bukan sedikit Wang Yahudi dilaburkan dalam Projek Rampasan Kuasa oleh Pemimpin Pelajar yang Pro Yahudi seperti Anwar.

5.Ternyata, watak MAFIA perlu dihapuskan oleh MAFIA juga. Maka Tun M telah mengambil watak MAFIA juga dalam menjatuhkan gerakan Anwarinas di Malaysia. Biarpun secara berpuluh tahun terpaksa berada dalam Watak MAFIA ini, namun Proksi Yahudi ini mesti ditundukkan terlebih dahulu sebelum legasi pemerintahan diserahkan kepada generasi baru.

6.Untuk melawan MAFIA Anwarinas - MAFIA UMNO juga perlu sumber yang boleh menyamai tabung Anwarinas sumbangan Yahudi juga.

7.Kembali kita kepada tajuk wacana kali ini, iaitu kenapa perlu ada TIGA (3) jenama Parti Melayu dan Islam dalam MUAFAKAT NASIONAL 2.0

8.Bagi pejuang-pejuang lama UMNO, mereka hanya berpegang semua Kerusi Pilihanraya adalah milik UMNO. Biarpun terpaksa berperang sesama Melayu dan Islam. Mereka menganjurkan ayuh berperang dan bergaduh dalam UMNO sahaja. Doktrin ini sebenarnya telah membunuh minat anak muda untuk mendampingi UMNO. Bukan sedikit kejadian CAH KETING sesama pemimpin UMNO demi sekelumit kuasa yang sedia terpecah itu.

9.Objektif sebenar penubuhan PPBM adalah untuk membawa golongan anak-anak muda yang terpinggir dari UMNO dan keseganan mereka menghampiri PAS. Golongan ini telah dieksploitasi secara mutlak oleh Anwarinas. Gerakan ini terpecah kepada beberapa segmen dan platform seperti IKRAM dan pelbagai nama lagi. Ia kurang popular di negeri-negeri Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Namun gerakan ini telah mendominasi gerakan politik massa di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, N9, Melaka, Johor, Pulau Pinang, sedikit di Kedah dan Perlis.

10.Sinonimnya PPBM ini adalah tempat berlabuhnya bekas ahli-ahli PKR dan DAP Melayu selepas pasca kejatuhan dan keruntuhan Gabungan Rapuh Pro DAP yang diberi nama PAKATAN HARAPAN.

11.Ahli UMNO yang ortodoks memikirkan jumlah Kerusi Parlimen dan DUN yang terpaksa dibahagikan kepada tiga jenama parti ini. Padahal eksperimen awal Skrip Drama ini telah menyatukan PAS dan UMNO telah berjaya diuruskan dengan baik dan tersusun.

12.MUAFAKAT NASIONAL perlu merenung berapa banyak kerusi yang BN & PAS tewas kepada Parti-parti PRO DAP pada PRU ke 13 dan ke 14.

13.Tumpuan hanya perlu diFOKUSKAN kepada untuk merampas semula kerusi ini ke pangkuan MUAFAKAT NASIONAL (Samada PAS atau UMNO atau PPBM) yang bertanding dan ia bukanlah masalah besar.

14.UMNO tidak boleh lagi bertindak secara bersendirian dalam pentas politik era 2020. Perjuangan Orang Melayu dan Islam di Malaysia perlu digerakkan secara TIGA (3) DIMENSI.

15.Gerakan Tiga Dimensi ini Perlukan Tiga Jenama Parti dalam Jemaah MUAFAKAT NASIONAL.

16.Ketika wacana ini dititipkan, PPBM dikhabarkan telah mengemukan PERMOHONAN RASMI untuk menyertai MUAFAKAT NASIONAL.

17.PPBM perlu berada dalam wajah seperti sekarang sehingga PRU ke 15, demi menarik ahli-ahli PKR dan Melayu DAP yang ingin kembali ke pangkal jalan.

18.Berjiwa besarlah kita ahli-ahli UMNO sebagaimana kaum Ansar di Madinah menerima saudara Muhajirin yang membawa dua gabungan Islam, pertama Islam dari Mekah dan yang kedua dari Puak Tsumamah, Riyadh (Golongan Lanun Darat) yang telah memeluk Islam di tangan Baginda Rasulullah SAW.

19.PRU 15 adalah padang dan gelanggang baru. Ya, betul ada panglima-panglima kita yang berperang di Medan Pentas Politik Terbuka sebelum ini, dan semestinyalah adat pertempuran pasti ada yang terluka cedera dan sebagainya. Namun PENYATUAN ini lebih mahal harganya dari luka kecederaan kita sebelum ini.

20.PEPERANGAN DALAM PRU 15 ADALAH ANTARA TENTERA ISLAM BANI JAWI MELAWAN TENTERA YAHUDI PIMPINAN DAP.

21.Pilihan di tangan kita. SAMADA INGIN BERSATU SEPERTI ANSAR DAN MUHAJIRIN. Atau memilih untuk jadi seperti Umat Islam di Iraq dan Libya. Atau lihatlah HAMAS dan PALESTEIN yang tidak pernah mahu berdamai sejak beratus tahun dijajah oleh YAHUDI di tanahair mereka sendiri.

22.Sekian.

MKR
Putrajaya.

Friday, July 3, 2020

BIAR KITA MENUNDUK AGAR KITA BISA MENANDUK

1. Setiap Pemimpin ada karismanya tersendiri. Yang menganut Islam liberal, kerenahnya berbeza. Yang mendokong dan menyokong Islam Islamic, berbeza pendekatannya.

2. Kesemua itu hanya 'model approach' yang berlainan bersesuaian dengan massa.

3. TSMY Ada kehebatannya yang tersendiri. Gaya pendekatannya bermula dengan kemuafakatan bersama Rakyat sbb bagi TSMY, beliau hormat 'Bossnya' ialah Rakyat.

4. Bagi TSMY, RAKYAT adalah Bossnya yang kurang Birokrasinya.

5. Bossku (Najib) berlainan Statusnya, seorang Bangsawan, berwibawa dan mempunyai SOP lain dari yang lain.

6. Beliau dididik sedari awal lagi sebagai MB Pahang oleh Ayahandanya yang begitu rapat dengan Tun Mahathir.

7. Hasilnya beliau merupakan individu pemimpin terkanan sekali didalam barisan kepimpinan. Tidak hairanlah jika beliau memiliki segala Ilmu Kepimpinan dan Pengekonomian. Kelebihan ini bukanlah menjadikan beliau boleh mendabik Dada. Jika dibandingkan dengan TSMY, beliau (Najib) sepatutnya mempunyai kelebihan dan menjadikan beliau lebih kebal dari serangan FITNAH Pakatan Harapan (PH).

8. Sepatutnya pemimpin yang Super Hebat Berdarah bangsawan seperti DSNR, tidak akan mudah rebah oleh serangan FITNAH bertali arus PH.

9. Ternyata selagi kita bernama manusia KELEKAAN dan KELALAIAN diri sendiri adalah kelemahan kita secara semulajadi.

10. KEALPAAN DSNR ialah melantik pegawai-pegawai di sekelilingnya dari klausa PEMBODEK TEGAR yang tidak tahu apa makna MERAKYATKAN institusi PERDANA MENTERI.

11. Seharusnya pegawai-pegawai lantikan DSNR cukup peka dengan persekitaran yang membawanya kepada fitnah dasyat keruntuhan moral walaupun hakikatnya beliau adalah seorang yang baik dan jujur kepada RAKYAT.

12. Kenapa DSNR gagal mempertahankan diri dan keluarganya? Sebab beliau sentiasa diintai oleh musuh-musuh Negara yang kemudiannya dihidu oleh Tun M.

13. DSNR telah diFITNAH memperlekehkan Mukhriz Mahathir. Implikasinya fitnah itu memakan diri dan keluarga DSNR. Fitnah dicipta oleh RBA disambut girang oleh RAKYAT. Walaupun itu hanya satu dakyah palsu direka-cipta oleh RBA untuk tumbangkan DSNR, pegawai-pegawai lantikan DSNR yang bersikap EGO, ANGKUH dan BONGKAK memberi laporan yang prejudis keatas TSMY, DSSA, Mukhriz dll, membawa kepada pemecatan semua tokoh ini dari Kerajaan BN pada waktu itu.

14. Pegawai-pegawai lantikan DSNR menjadi ARKITEK SIASAH yang umpama TIKUS MEMBAIKI LABU.

15. Pegawai-pegawai lantikan DSNR telah MEMAGARI Institusi Perdana Menteri serapat-rapatnya penuh dengan TABIR PROTOKOL yang TIDAK MESRA RAKYAT
dimana Majoriti RAKYAT pada ketika itu telah termakan HASUTAN dan FITNAH Tentera Saiber DAP yang melabelkan UMNO/BN adalah Sombong diri dan tidak berpijak dibumi nyata.

16. KEANGKUHAN PARA PEGAWAI DI SEKELILING DSNR menyebabkan pejuang-pejuang sejati UMNO terkesan.

17. Selepas PRU 14, ternyata RAKYAT ibarat menang sorak Kampung tergadai. JELAS sekali wajah KERAKUSAN POLITIK HINA Anwar Ibrahim dan KEYAHUDIAN DAP menjalar ke setiap Denyut Nadi RAKYAT. Mandat Rakyat yang PH dapat digunakan untuk MENGHANCURKAN kehidupan RAKYAT. Ketenangan RAKYAT dirobek. Perpaduan RAKYAT dibakar. Ekonomi RAKYAT dihancurkan.

18. Jelas apabila TSMY Naik ke Pucuk kepimpinan, beliau cepat belajar dari nasib DSNR yang menyerahkan URUSAN KENEGARAAN bulat-bulat kepada PEMBODEK-PEMBODEK TEGAR lantikannya. TSMY amat berhati-hati melantik pegawai-pegawainya. Malah melantik Menteri dan Timbalan Menteri pun TSMY melakukan SEMAK dan IMBANG yang cukup ampuh. Melantik Menteri Kabinet mengikut KELAYAKAN AKADEMIK, PENGALAMAN serta KEBOLEHAN. Bukan sekadar lantikan kerana orang itu Wakil Rakyat semata-mata.

19. Pegawai-pegawai lantikan TSMY tidak memagari Institusi Perdana Menteri dengan Status ELIT KAYANGAN. Sesuatu pembelajaran jitu apa erti syukur dan keinsafan.

20. Kita mungkin tertanya-tanya, kenapa DSNR yang Super Genius dan Hebatnya membina EKONOMI MALAYSIA tetapi jatuh tersungkur.

21. Selain dari faktor melantik PEMBODEK-PEMBODEK TEGAR di pejabatnya, kelihatan seolah-olah kerenah isterinya yang OVER DOING. Dan jika DSNR faham erti kata 'over do it' maka beliau akan Masih kekal lagi ditempat tertinggi jawatannya.

22. Walaupun DSNR adalah pemimpin yang SUPER HEBAT dan SUPER GENIUS, kita sebutkan sahaja sentuhan bergeliga DSNR dengan "Global and Regional Domestic Trade, the asset beyond this case is still fate and trust. Being Champion of the champion, you can be number 'One' overall but to maintain the position is the next question.

23. Namun kegagalan DSNR mengawal Isterinya yang OVER DOING telah melenyapkan SEJUTA JASA DSNR kepada Negara.

24. Baru Empat Bulan meneraju Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan TSMY benar-benar berjaya meyakinkan RAKYAT bahawa Kerajaan PERIKATAN NASIONAL adalah Kerajaan MILIK RAKYAT.

25. Kejayaan TSMY mengawal keberadaan isterinya di Seri Perdana cukup meyakinkan sebagai Muslimah yang mantap.

26. Politik KOMPROMI yang diasaskan oleh TSMY dan Politik merendah diri dan sentiasa menunduk oleh pegawai-pegawai lantikan TSMY telah memberi mercu tanda baru pada KERAJAAN RAKYAT dan MERAKYATKAN KERAJAAN.

27. Semestinya Tentera Upahan YAHUDI yang digerakkan oleh Unit Perang Saraf DAP atau Red Bean Army tidak senang duduk dengan perkembangan ini. Mereka sedang gigih menghasut Ahli dan Penyokong UMNO untuk keluar dari kerjasama bersama PPBM dalam PERIKATAN NASIONAL.

28. Bekas Pegawai-Pegawai lantikan DSNR yang hilang kerja termakan umpan DAP, menyambung balik KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN mereka, sekali lagi mahu mengheret Ahli dan Penyokong UMNO. Hujah mereka PPBM bukanlah UMNO. PPBM adalah saingan UMNO. Mereka sudah ada PAS. Tidak mustahil selepas ini mereka akan menghasut untuk menyingkirkan PAS dari KERAJAAN.

29. YAHUDI dan DAP mesti terus menerus MENGHASUT RAKYAT agar Ikatan PERPADUAN antara PPBM, UMNO dan PAS mesti dipecahkan. Mereka telah berusaha selama 60 tahun agar MELAYU BERTELAGAH SESAMA SENDIRI.

30. BAGI YAHUDI dan DAP - PERIKATAN NASIONAL adalah GERAKAN ISLAM BANI JAWI yang akan melumpuhkan DOKTRIN LIBERAL, SEKULAR dan PENJAJAHAN EKONOMI KAPITALIS mereka.

31. BIAR KITA MENUNDUK AGAR KITA BISA MENANDUK.

Dedikasi: BJ

Perkongsian oleh: MKR

Thursday, May 28, 2020

STRATEGIC PROJECT MANAGEMENT (SPM) IS KEY TO EXECUTING STARTEGY

A)What is Strategic Project Management?
1.Strategic Project Management (SPM) is the process of thinking about your Projects in light of their connection to your strategic plan.
2.In other words, Strategic Project Management is about forming clear links between your Projects and Strategic Objectives.
3.The premise of Strategic Project Management is that 'Projects' should actually work to achieve the goals and objectives outlined in your strategy.
4.This is why thinking in terms of strategic project management is key.
5.Strategic Project Management isn't just about the process of project-managing big and important projects, it's about designing and managing your portfolio of Projects to ensure that it supports your strategy, by ensuring that:
5.1) The mix of Projects is appropriate and sufficient to deliver your Strategic Objectives.
5.2) Your Projects are appropriately resourced.
5.3) If time lines and resourcing have to be changed, Projects are prioritized accordingly based on the strategic plan, and impacts reflected in the plan.

B)“Projects that support strategy" vs "Operational Projects"
1.Here we're talking about Projects that are supposed to be supporting your strategy, which for simplicity we'll call "Strategic Projects". You may have operational projects that are key parts of delivering your day-to-day business, which although essential, aren't part of moving the organization forward - and that's how to tell the difference between the two: if it supports an Objective in your strategy, in our context it's a Strategic Project.
2.The key thing to note is that Strategic Projects in this context don't have to be huge - pretty much all your big Projects should be Strategic Projects (otherwise why all the time and investment?), but you may have many small to medium Projects that are, in their own way, crucial to delivering on your Objectives.

C)What's the Difference Between Strategic Project Management & Project Management?
1.There's a lot of overlap between traditional project management and strategic project management. That's because the 'strategic' part of the phrase is essentially talking about applying a 'strategic lense' to your existing portfolio of projects.
2.That means that you'll still apply all of your traditional project management skills and processes to strategic project management, but in addition  project management teams need to manage the wider business aspects of their projects to better support and align with organizational strategy, rather than just being concerned with meeting standard project management issues - time, budget etc.
3.Think of Strategic Project Management as an extra sub-discipline within the broader discipline of project management. In the same way that managing dependencies or resourcing are today.

D)How to Ensure your Projects Support your Strategy
Your Projects are the meat of your strategy - they are where things actually get done and progress gets made. It's also where all the time and money gets spent. So how do you make sure that your activities are well aligned to the goals of your strategy?

E)Make sure your Projects support your Objectives
1.Every active Objective/Goal/Outcome needs at least one Project - This is the obvious one. You may have future Objectives that haven't "started" yet, which is fine, but any "active" Objective must have Projects that will work towards completing the objective- otherwise you're not actually working on it. Depending on how big your initiatives are, you may find you need to have sub-Projects under Projects to best represent how you intend to deliver the work.
2.The Projects must deliver on the Objectives - For each Objective, you need to be able to say that if you do a good job of delivering all its Projects , you will achieve the Objective. If you can't say that, you need to look at the Project mix and identify your gaps.
3.The Projects shouldn't "overlap" or be redundant - Look carefully at your Project mix under each Objective and across your strategy. Generally you should not be able to fully deliver on an Objective without a particular one of its Projects - if you can, seriously consider whether you actually need that Project. Maybe that effort can be better spent elsewhere? You have to be prepared to remove or reduce scope on Projects. Equally, make sure that you don't have Projects within or between Objectives that "overlap" in scope, essentially duplicating work.
4.Every Project must have a clear link to one or more Objectives - Even if it isn't directly linked to an Objective (e.g. it's a sub-Project within a parent Project under an Objective), it has to clearly support what you're trying to achieve. If you can draw a clear line from your Projects to the KPI it will improve, that's an excellent indicator of fit. Note that once in a while you might find that you have a Project that clearly demonstrates strategic value, but doesn't align to a specific Objective - that can be a sign that you need to revisit your Objectives and make sure they themselves give you the right coverage.

F)Make sure your Projects actually happen
1.Every Project must be realistically resourced - Time, money, skills: there are never enough to go around, and they are probably the most important element of actually delivering on a Project. This means you must have:
2.Estimated the Project needs - Get ahead of things: make sure every Project that you're proposing has at least a high level time, cost, and resourcing estimate. You'll find that this will pay dividends when you come to try and prioritize - you'll get caught needing to do it anyway, and may be under more time pressure at that point.
3.Budgeted for the Project - For real. Who's team is it in? Whose budget is it coming from? For some organizations everything comes from one bucket of people and money, in others you may have a complicated Opex/Capex request process. Either way, if it's not in someone's budget, you can guarantee it won't happen.
4.The Project timelines must align with your Objectives - We see this all the time. An Objective will be set in a management meeting, and then some time down the line someone figures out what actually needs to be done, creates the Projects and the timelines just don't stack up. Something has to change, either the Projects or the Objectives, but bite the bullet and make sure it does - if you don't, your plan becomes unrealistic, which means it won't be credible, which means it won't be useful.
5.Every Project must have an Owner - Critical. Someone needs to be interested in the delivery of the Project, they need to be responsible for getting it off the ground and delivered, and they need to have the authority to make all this work. The Project will only happen if all these three things are true.
6.Stop operational Projects getting in to your strategic plan, and vice-versa - You want to keep your strategic plan focused. This means you need to avoid letting operational Projects and activities creep in to the plan, as it will dilute your focus and impact the delivery of your Strategic Projects. Equally, you need to prevent Projects that should be on the strategic plan, mapped to Objectives, sliding in to the operational plan and becoming invisible when you're tracking your progress.

G)Make sure you stay on top of things
1.Govern your Projects strategically - Every Objective will have its own mix of Projects, and then there is the mix of Projects across the whole strategic plan (in bigger plans you will even be thinking in terms of the mix within different business areas, departments etc.). Don't lose sight of the bigger picture - in the same way that the overall strategic management process emphasizes a governance process across the whole of strategy execution, the same applies to strategically managing your Project mix across your whole portfolio.
2.Prioritize Projects strategically across the whole portfolio - Change will happen, you can guarantee that. How you handle it will seriously affect the execution of your plan - when the internal or external environment, available resources, strategic needs etc change, you need to prioritize Projects strategically across the whole plan, based on the needs of the Objectives.
3.Allow the Projects and Objectives to inform each other - The strategic plan needs to live and breathe. Sometimes this will be top-down changes driven by refinements in what you want to achieve (or how you want to prioritize the Objectives), but you must allow room for the realities of Project implementation, and what you learn from actually doing, to be reflected in the higher level plan - even if it is just by keeping the Objective timelines current and accurate. The more isolated your Projects become from the rest of the plan, the less real your plan becomes.

H)Strategically Managing your Project Mix, and your Portfolio/Program Management Approach
1.We've focused here on the element of Strategic Project Management that relates to designing and managing the right project mix to achieve your Objectives, and therefore deliver on your strategy. This absolutely relates to areas of portfolio and program management - depending on your organizational structure and practices, this kind of Project mix management is certainly part of your portfolio and program management process. We're not introducing a parallel or alternative concept, it's simply one of the key functions that has to happen as part of that process.

I)The Importance of Strategic Project Management to your Strategy 
1.We've shown the importance of taking a strategic view of building your Project mix, to best deliver on your Objectives across your whole plan, and how this is a key part of truly taking a Strategic Project Management approach.
2.If you're serious about taking a strategic view of your Project mix, that allows you to see and manage alignment and contribution of Projects to Objectives, what the Project mix is across different parts of your strategic plan (and across the whole plan), and then be able to track and refine your Project mix over time, you'll need to keep your strategy in a platform that can handle all that - why not start a free trial of Cascade, our strategy execution platform designed for exactly this? No credit card required!

Shared by: MKR

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...