BARISAN NASIONAL 2.0 MENUJU PRU 15 TANPA NAJIB
& ZAHID
8 Jun 2022
Sahabatku Haji Ir Shim,
Satu dasawarsa berlalu di musim ini, membawa interpretasi
dan konotasi yang pelbagai serta berbeza pada wajah demokrasi di Malaysia.
Ada yang berwacana nakal, sesebuah Negara Bangsa akan bangkit
dan muncul secara Bijaksana apabila dipaksa dan diacukan dalam kepompong berkecamuk
rencah dan rempah perpaduan yang mereka slogankan sebelumnya.
Malam tadi masuk berderet perkongsian maklumat oleh termasuk dari :abang “Red Mobile” bahawa:
1. Tun M telah pun berjumpa dengan YAB Ahli Parlimen Bera di Jepun
2. Najib ke dalam.
3. Zahid ke dalam.
4. PN (Bersatu & PAS), Pejuang, Warisan, Muda, PBM akan masuk BN 2.0
5. BN 2.0 dijangka menang 2/3 majoriti Kerusi Parlimen.
6. Ahli Parlimen Bera akan menyambung tugasnya sebagai PM.
7. Ada yang membaca Gerakan isyarat politik Tun M melalui Gerakan YB Zuraidah menyertai PBM, Pak Mail memerlukan TPM sebelum PRU 15 bagi melonjakkan imej Kerajaan pimpinan beliau.
8. Justeru, ada yang beranggapan Tun M bakal dilantik sebagai Pengerusi BN 2.0 ini.
Sebelum era kejatuhan Najib & BN, hampir 60% rakyat
kita tidak berminat untuk memberi perhatian kepada politik.
Namun segalanya berubah apabila melihat kerakusan
pemain-pemain politik dalam BN dan PH menjelang PRU 14 yang lalu.
Walau apa pun percaturan serta susur galurnya, Politik Malaysia
perlu di amankan. Perlu ditenangkan. Wajib didamaikan.
Wacana terkini menyaksikan kebebalan seorang yang dilantik memegang Jawatan yang tidak ada dalam perlembagaan; meroyan tanpa sempadan melangkaui Pengerusi BN Negeri yang dinaunginya. Kita amat tidak faham, mengapa Parti sebesar BN tidak menyediakan Sekolah Politik Berorganisasi kepada ahlinya.sebelum dilantik memegang Jawatan.
Skop Tugas atau "Task Description" tidak wujud dalam Pentadbiran UMNO & BN sekarang.
Setiausaha Agung tak tahu apa Skop Tugasnya sehingga Pemilihan Parti gagal diadakan mengikut Perlembagaan. Apabila sudah melanggar Perlembagaan Parti sendiri, maka Perlembagaan itu dipaksa untuk diubah agar Presiden yang sudah tamat tempoh masih dapat bergayut pada jawatan.
Ketua Pemuda UMNO sbg Contoh, tidak memiliki Program Rasmi berkala untuk bersama Ketua Pemuda bahagian dan cawangan sepanjang tahun. Demi untuk mengekalkan populariti terpaksa melalak dalam media sosial mendesak Kerajaan mempercepatkan urusan Rakyat mengeluarkan Wang Simpanan mereka sendiri dalam KWSP. Sungguh sadis pemimpin yang tak ada Kawasan parlimen seperti ini.
Kegilaan melalak dalam media sosial seperti ini adalah menjadi hamba kepada penjilat yang gilakan Kerusi Politik seperti IKON mereka bekas Ketua Pengarah JASA. Ketika dalam Jawatannya UMNO kecundang malah dia tersungkur dalam kawasan sendiri.
Politik kebencian ini nampaknya disegarkan dan dibudayakan oleh puak PKM (Pencacai Kluster Mahkamah) yang sama bahayanya dengan PKM (Parti Komunis Malaya) pasca Kemerdekaan negara.
ISLAM dan MELAYU tidak mungkin KUAT dalam PERPECAHAN.
Sekian wacana ringkas kali ini.
No comments:
Post a Comment