Monday, December 5, 2022

WACANA PRU 15: PENOLAKAN MUTLAK ORANG MELAYU TERHADAP UMNO & PAKATAN HARAPAN

1.   PRESTASI PARTI-PARTI UTAMA DALAM PILIHANARAYA UMUM DI MALAYSIA (KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI)

a)   PRU 11: 2004

UMNO: 109

DAP: 12

PAS: 7

PKR: 1

  

b)   PRU 12: 2008

UMNO: 78

DAP: 28

PKR: 31

PAS: 24

  

c)   PRU 13: 2013

UMNO: 86

DAP: 37

PKR: 28

PAS: 14 

 

d)   PRU 14: 2018

BN: 54

DAP: 42

PKR: 47

PAS: 48

 

e)   PRU 15: 2022

UMNO: 26

DAP: 40

PKR: 31

PAS & PERIKATAN NASIONAL: 73 (PAS 43 & PPBM 30)

  

Kepada:

              NH

WACANA PENOLAKAN MUTLAK RAKYAT KEPADA JENAMA UMNO

Assalamualaikum,

Hampir sepurnama merentas benua untuk mencakna itinerari di bumi Arab yang meraksa interaksi saya bersama eksekutif Kedutaan kita di Malawakil Riyadh, menyantun saudara Mustaffa di Riyadh. Haji MJ di Al Rajhi Engineering Jeddah. Haji Faizal di Matrade Jeddah, juga Arieff di Aramco Dammam, KSA. Selepas menoktahkan sanubari Doha yang padat meraikan pesta bola Dunia. Dubai agak suram namun tetap ganas rentas ekonomi dan nilai Dirhamnya.

Sekelumit itu, mengakhiri sentuhan delegasi kami menyempurnakan Umrah & Ziarah setelah sekian lama pulang ke pangkuan Malaysia seketika. 

Ketika menjejakkan kaki di bumi KLIA, Malaysia seperti biasa penuh dengan kekalutan Politik Picisan yang murah terkadang memualkan penganalisis global untuk menyuntingnya. 

Namun saya seakan terhambat dan teruja sekali apabila meneliti keputusan Pilihanraya kali ini. Umum cukup sedari, keputusan UMNO mengadakan Pilihanraya Umum ketika ramai orang Melayu berada di luar negara, sudah dapat di agak kerana orang Melayu kini jelas secara MUTLAK telah menolak UMNO dalam resipi pilihan politik kepartian mereka.

Statistik ringkas yang saya angkat dari data SPR di atas: UMNO pada tahun 2004 mendapat 109 Kerusi Parlimen dan pada tahun 2022 PRU 15 UMNO hanya menang 26 Kerusi Parlimen. Itu pun dengan kejatuhan majoriti yang amat parah sehingga Presiden UMNO umpama Pengemis Politik hanya menang dengan 348 Undi sahaja.

2004: UMNO mendominasi 49% Kerusi Parlimen

2022: UMNO hanya dapat 11.7% Kerusi Parlimen

 

Saya amat berbangga dengan kebolehan dan keupayaan PERIKATAN NASIONAL (Dulu kita rujuk kepada PAS. Kini kita Rujuk kepada PN) 

2004: PAS menang 3.15% Kerusi Parlimen

2022: PAS & PN menang 32.9% Kerusi Parlimen


Peningkatan hampir 30% dikejutkan lagi dgn majoriti kemenangan bagi calon PN adalah berpuluh kali ganda dari PRU dulu-dulu.

Ada akhbar harian di Malaysia menciap tajuk “Tsunami Politik Melayu”. Namun bagi saya, ini adalah KELAHIRAN MELAYU YANG BARU YANG LEBIH INTELEK DAN BERINTEGRITI.

Kita kena akui kehadiran Pengundi baru (18 tahun dan ke atas) serta warga yang di bawah usia 30 tahun sudah amat tidak menggemari pendekatan Politik Kasar UMNO.

Juga kejatuhan undi yang diperoleh Pakatan Harapan juga memberi gambaran bahawa Anwar sudah berada di penghujung kariernya. Tanpa bantuan Zahid Hamidi yang meletakkan calon-calon BN yang “boddow” bagi memberi kerusi percuma kepada PH, nescaya Anwar dan DAP hanya mampu menang sekitar 30 kerusi sahaja. 

Dalam kemaskini coretan ini, beberapa Otai UMNO yang masih perasan kuat telah berkongsi beberapa suntingan Video termasuk Video Anak Sedagha Mak Mengantuk Bukit Bunga yang memperlekehkan Tindakan PN yang menolak penubuhan Kerajaan Campuran dengan Anwar & Zahid.

Inilah kelemahan UMNO yang seringkali gagal insaf apabila tersungkur. Menang sorak kampung tergadai. Beginilah UMNO sebuah Parti Wakil British untuk menjajah minda Melayu sejak Merdeka.

Dalam kederasan minda generasi peminat Filem Mat Kilau menumbangkan UMNO Wakil British, kita lihat juga, Pakatan Harapan Wakil Yahudi Israel juga tidak cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan bersendirian.

Akhirnya, Kerajaan Campuran Wakil Israel & Wakil British membentuk Kerajaan dengan beberapa watak kartun mengisi jawatan cabinet.

SUARA AHLI PARLIMEN PKR PASIR GUDANG (HASSAN ABDUL KARIM) YANG MEMBENCI KERAJAAN CAMPURAN PENYAMUN & PENYANGAK

              Berikut sajak penuh Hassan.

 

Kusimpan risalah reformasi di dalam peti

Semalam aku masih terdengar-dengar

Kau berkata

Kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa

Maka, aku pun percaya

 

Lalu aku kumandangkan suara keyakinanku

Ke setiap penjuru tanahair tercinta ini

Ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah

Ke tanah datar aku berbicara

Bahawa hidup ini hanya sekali

 

Maka marilah kita rakyat marhaen,

warga bawahan rakyat jelata,

Demi keadilan kita bersama, 

aku seru

Kita bawa perubahan hakiki

yang kita panggil reformasi

 

Tetapi hari ini aku dikejutkan

Dengan istilah-istilah asing sama sekali

Aku mendengar orang berkata

tentang Machiavellian dan realpolitik

Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri

 

Justeru, aku merayu kepada sahabatku,

Berkata luruslah di luar dan di dalam hati

Apakah benar?

Yang lurus itu dakwah,

Politik ini bengkang bengkok rupanya?

 

Naif sungguh aku ini

Lurus bendul selama ini

Setelah terbangun dari mimpi

Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku

Lalu aku lipat dan kusimpan

 

Segala risalah dan teks ucapanku

Yang menyeru reformasi, reformasi,

Hampir suku abad, selama ini 

Kini aku malu pada diri sendiri

 

Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi

Separuh jiwaku telah mati

Aku merasa tewas

Ketika menang tanpa integriti seperti ini.  

  

Nota: Sampai bila rakyat Malaysia nak diperbodohkan.

 

Sekian.

Friday, August 12, 2022

KE MANA HILANG KAPAL TLDM?

1.   INTRO

a.   Sebelum kita mengupas sebarang rangkuman petikan atau ulasan dari media cetak dan media elektronik, kita sepatutnya berlaku jujur terhadap diri kita sendiri terlebih dahulu.

b.   Saya terpanggil untuk menitipkan pandangan profesional saya terhadap kekecohan serta perdebatan yang sedang berlaku dasawarsa ini; tanpa prejudis atau berpihak apatah lagi mahu taksub dengan mana-mana pemimpin atau tokoh.

2.   DI MANA TAHAP KEUPAYAAN KUJURUTERAAN PEMBUATAN MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 2022?

a.   Kilang Pemasangan Motosikal dengan jenama MODENAS untuk jualan dalam Malaysia merupakan Kilang Pemasangan Motosikal Jepun KAWASAKI. Rakyat Malaysia di kalangan Jurutera Industri tahu, kita belum mampu membina MOTOSIKAL Jenama Kita sendiri. Belum mampu buat Enjin Motosikal sendiri. 

b.   Kilang PROTON? Sejak dilancarkan oleh PM4, hanyalah Kilang Memasang Kereta jenama MITSUBISHI juga dari Jepun. Pelbagai model Kereta MITSUBISHI ditukar nama dan logo untuk jualan dalam Malaysia. Kini PROTON masih lagi beroperasi MEMASANG Kereta Jenama Negara lain sahaja. Kita sampai hari ini BELUM MAMPU BUAT KERETA MADE IN MALAYSIA 100%. Era Arwah Tan Sri Yahya menguasai PROTON, ada model Eropah ditukar kepada Logo PROTON untuk jualan dalam Malaysia. Hari ini PROTON masih lagi KILANG MEMASANG KERETA jenama negara lain seperti SUZUKI Ertiga, masuk ke Malaysia pasang di Kilang Proton dan tukar Logo PROTON. Kereta Geely CHINA ditukar logo PROTON X70 dan X50. Ia bukan kereta Buatan Malaysia. Ianya KERETA YANG DIPASANG DI MALAYSIA sahaja.

c.   Kilang PERODUA? Kilang untuk memasang kereta bawah kumpulan UMW Toyota dan Daihatsu yang merupakan anak syarikat Toyota Japan. Kereta-kereta Daihatsu ini ditukar Logo Perodua seperti Myvi, Viva, Alza, dll. Begitu juga dengan kereta jenama Toyota yang ditukar logo sahaja. Sehingga hari ini PERODUA seperti PROTON, belum mampu membina kereta Made in Malaysia secara mutlak,

d.   Kumpulan NAZA juga pernah mencuba model perniagan seperti ini dengan membuka Kilang Memasang Kereta KIA dari Korea Selatan. Pasang di Malaysia hanya tukar logo NAZA. Ada juga beberapa kereta luar negara yang lain di bawa masuk NAZA dan tukar logo sahaja.

e.   Kereta HYUNDAI Korea dipasang di Malaysia dan tukar Logo INOKOM.

f.     Melihat kepada contoh seperti di atas, sudah cukup jelas memberi gambaran sebenar di mana tahap kebolehupayaan Heavy Industrial Engineering kita.

g.   Kita tidak perlu berbahasa ketat dan padat, untuk mengaku secara jujur bahawa kita belum mampu membina sebarang jentera berat “Made In Malaysia” secara tersirat dan tersurat.

3.   SISTEM E-PEROLEHAN DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK?

a.   Secara umumnya, kita tahu; walaupun projek yang dianugerahkan secara Rundingan Terus, belum pernah kita ketahui, ia akan dibayar 100% sepenuhnya sebelum projek siap. Malahan ada yang dibayar selepas 2 tahun di bawah kategori DLP (Defect Liability Period). Maknanya selepas diserahkan (handover) sesebuah projek kepada Kerajaan, selepas DUA (2) TAHUN, barulah syarikat yang mendapat projek tersebut menerima bayaran penuh yang terakhir (Selepas siri “Progress Payment” berjalan).

b.   Adalah amat malang rasanya, apabila WANG RAKYAT (juga dipanggil dalam bahasa 'bandar' sebagai WANG PEMBAYAR CUKAI) digunakan untuk membayar sepenuhnya walaupun Projek hanya 45% siap. Dalam bahasa mudah, KAPAL TLDM sebanyak ENAM (6) buah itu masih lagi “under Engineering Construction”, sepatutnya ia dibayar secara “Progress Payment basis’.

c.   Ada penjilat yang cari makan menulis, Gangguan Pakatan harapan selama 22 bulan dan pandemik C19 yang melanda dunia sebagai alasan bagi menghalalkan cara NAJIB & ZAHID membayar projek sepenuhnya sebelum projek siap dan diserahkan kepada TLDM.

4.   LEBIH RM6 BILION TELAH DIBAYAR PENUH OLEH KERAJAAN KEPADA SYARIKAT YANG DIANUGERAHKAN PROJEK SECARA RUNDINGAN TERUS INI.

a.   Projek Rundingan Terus adalah biasa dalam projek-projek yang memiliki tahap kerahsiaan keselamatan negara. Kita tiada persoalan tentang itu. 

b.   Kita hanya terpinga-pinga, Syarikat-syarikat besar yang berdekad-dekad lamanya seperti Proton, Perodua, Modenas dsb sehingga hari ini HANYALAH KILANG MEMASANG Kenderaan JENAMA NEGARA LAIN, tiba-tiba muncul Syarikat Malaysia yang mahu MEMBINA KAPAL PERONDA TLDM yang pada pandangan kita Spesifikasi kejuruteraannya jauh lebih canggih dan tinggi tahapnya berbanding dengan Kereta dan Motosikal. Meminjam kata-kata seorang veteran tentera pencen, NAK BUAT MOTOSIKAL JENAMA SENDIRI PUN TAK MAMPU, ADA HATI NAK BINA KAPAL. 

c.   Cadangan saya: adalah lebih murni kaedahnya jika Syarikat tempatan yang mendapat tawaran rundingan terus ini dikehendaki mencari rakan kejuruteraan perniagaan bertaraf antarabangsa seperti Kumpulan Daewoo Engineering (sekadar contoh) dan sebagainya, Dengan lain perkataan, “Smart Partnership with International Shipping Engineering Company with Strong background in Competency, Financing, Capability and excellent in project progress deliverables track record.

d.   Bayangkan dengan Wang RM6 Bil tersebut, sebanyak RM4 Bil dimasukkan ke dalam Hong Kong Investment Market. Keuntungan 100% selepas 2 tahun matang. Selama 10 tahun bermakna RM4 Bil x 10 tahun bahagi 2 = RM20 bil + RM4 bil modal investment, akan diperolehi syarikat yang mendapat projek ini kerana mereka telah menerima bayaran penuh. Katalah bayaran penuh ini diterima selepas 4 tahun dianugerahkan, syarikat masih lagi memperolehi RM8 bil + RM4 bil modal pelaburan = RM12 bil.

e.   Ini adalah contoh pengiraan KASAR memudahkan kefahaman Pakcik Veteran tentera tadi.

f.     Jawab Pakcik veteran tentera, mudah puak-puak ni menipu kita.

5.   PENUTUP

a.   Kita boleh berpandangan apa sahaja, namun bagi pentaksub-pentaksub tokoh politik, mereka hanya mahu percaya apa yang dikatakan oleh tokoh idola yang mereka sembah dan puja sahaja.

b.   Bagi mereka, pemimpin mereka adalah manusia maksum bersih tanpa dosa,

SEKIAN TERIMA KASIH. 

PETIKAN BEBAS
MKR

Saturday, August 6, 2022

THE MALAYSIA NAVY INVISBLE SHIP: RM6 BIL PEOPLE'S MONEY TROWNED AWAY BY THE BARBARIANS POLITICIAN?

PAC: MINDEF & BOUSTEAD IGNORED THE NAVY’S VIEWS ON LCS PROJECT

1.    PAC chief Wong Kah Woh says the initial Sigma model ships chosen by the navy were approved by the defense ministry before a recommendation by Boustead Naval Shipyard led to a change in design.


2.    The defense ministry and Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) had ignored the navy’s views on the littoral combat ship (LCS) project, says Parliament’s Public Accounts Committee (PAC).


3.    At a press conference, PAC chairman Wong Kah Woh said the initial Sigma model ships chosen by the navy were approved by the defense ministry.


4.    However, he said this was changed to the Gowind design on July 11, 2011, after BNS recommended it to the then defense minister three days earlier.


5.    “To quote the then navy chief Abdul Aziz Jaafar at the time, ‘something was gravely wrong with that decision,” said the Ipoh Timur MP.


6.    UMNO President Ahmad Zahid Hamidi, who was among the top officials summoned by the PAC, was the defense minister in 2011.

7.    The others summoned included current defense minister Hishammuddin Hussein, defense ministry secretary-general Muez Abd Aziz, former auditor-general Ambrin Buang, current navy chief Mohd Reza Sany and BNS’ CEO and chief operating officer.

8.    Wong pointed out that not a single ship had been completed although RM6 billion had been spent by Putrajaya over the project given to BNS via direct negotiations.

9.    He said the navy should have received five of the ships by August.

10.  He also said the PAC found that the government had failed in its duty to carry out due diligence on BNS’ financial problems. 

11. This was proven when the government had to make an advance payment of up to RM1.36 billion to BNS, going against a Treasury circular which was in force at that time,” he said.

12.  He said BNS’ financial position was in a weak and critical state, due to abuse of power and deficiencies in its financial management.

13. “As of 2018, BNS’ debt to original equipment manufacturers (OEM) amounted to RM801 million, while its loans from financial institutions stood at RM956 million,” he said.

14.  Wong also said the terms of the contract were unfavorable to the government, as the LCS project payments were based on activity progress or item supply instead of being based on actual progress.

15.  He added that even the ship’s design had yet to be finalized by the government and BNS, causing the continuous release of variation orders (VOs), which left room for manipulation. 

16 .  Wong said BNS’ payments to the government were not entirely used for the LCS project, resulting in a cost overrun of RM1.4 billion.

17.  Of that sum, a total of RM400 million was used to settle the debts from the old New Generational Patrol Vessel (NGPV) project, while equipment kept in storage is estimated at RM1.7 billion, with an estimated 15% (of the equipment) already obsolete.” 

18. The PAC chief urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to take immediate action over its findings, calling for prosecutions to be expedited. 

19.  He also called for the governance, procurement, and finance investigation committee’s (JKSTUPKK) report on the procurement of the six ships to be fully declassified 

20.  Wong also suggested that the defense ministry be required to present a progress report to the PAC on the LCS project every three months until its completion, while substantive procurement planning is periodically presented to a special select committee.

21. “The defense ministry needs to review all (its) options and determine the best direction for the LCS project, to ensure that public funds are spent responsibly,” he said. 

Original Quoted: Tsubasa Nair. Media: FMT


Wednesday, June 8, 2022

BARISAN NASIONAL 2.0 MENUJU PRU 15 TANPA NAJIB & ZAHID

BARISAN NASIONAL 2.0 MENUJU PRU 15 TANPA NAJIB & ZAHID

8 Jun 2022

 

Sahabatku Haji Ir Shim,

Satu dasawarsa berlalu di musim ini, membawa interpretasi dan konotasi yang pelbagai serta berbeza pada wajah demokrasi di Malaysia.

Ada yang berwacana nakal, sesebuah Negara Bangsa akan bangkit dan muncul secara Bijaksana apabila dipaksa dan diacukan dalam kepompong berkecamuk rencah dan rempah perpaduan yang mereka slogankan sebelumnya.

Malam tadi masuk berderet perkongsian maklumat oleh termasuk dari :abang “Red Mobile” bahawa:


1. Tun M telah pun berjumpa dengan YAB Ahli Parlimen Bera di Jepun

      2. Najib ke dalam.

      3. Zahid ke dalam.

      4. PN (Bersatu & PAS), Pejuang, Warisan, Muda, PBM akan masuk BN 2.0

      5. BN 2.0 dijangka menang 2/3 majoriti Kerusi Parlimen.

      6.  Ahli Parlimen Bera akan menyambung tugasnya sebagai PM. 

      7. Ada yang membaca Gerakan isyarat politik Tun M melalui Gerakan YB Zuraidah menyertai PBM, Pak Mail memerlukan TPM sebelum PRU 15 bagi melonjakkan imej Kerajaan pimpinan beliau.

     8. Justeru, ada yang beranggapan Tun M bakal dilantik sebagai Pengerusi BN 2.0 ini. 

 Hehehehe --- berbagai-bagai rentetan serta bacaan skrip oleh warga net kita sekarang. 

Sebelum era kejatuhan Najib & BN, hampir 60% rakyat kita tidak berminat untuk memberi perhatian kepada politik.

Namun segalanya berubah apabila melihat kerakusan pemain-pemain politik dalam BN dan PH menjelang PRU 14 yang lalu.

Walau apa pun percaturan serta susur galurnya, Politik Malaysia perlu di amankan. Perlu ditenangkan. Wajib didamaikan.

Wacana terkini menyaksikan kebebalan seorang yang dilantik memegang Jawatan yang tidak ada dalam perlembagaan; meroyan tanpa sempadan melangkaui Pengerusi BN Negeri yang dinaunginya. Kita amat tidak faham, mengapa Parti sebesar BN tidak menyediakan Sekolah Politik Berorganisasi kepada ahlinya.sebelum dilantik memegang Jawatan.

Skop Tugas atau "Task Description" tidak wujud dalam Pentadbiran UMNO & BN sekarang. 

Setiausaha Agung tak tahu apa Skop Tugasnya sehingga Pemilihan Parti gagal diadakan mengikut Perlembagaan. Apabila sudah melanggar Perlembagaan Parti sendiri, maka Perlembagaan itu dipaksa untuk diubah agar Presiden yang sudah tamat tempoh masih dapat bergayut pada jawatan.

Ketua Pemuda UMNO sbg Contoh, tidak memiliki Program Rasmi berkala untuk bersama Ketua Pemuda bahagian dan cawangan sepanjang tahun. Demi untuk mengekalkan populariti terpaksa melalak dalam media sosial mendesak Kerajaan mempercepatkan urusan Rakyat mengeluarkan Wang Simpanan mereka sendiri dalam KWSP. Sungguh sadis pemimpin yang tak ada Kawasan parlimen seperti ini.

Kegilaan melalak dalam media sosial seperti ini adalah menjadi hamba kepada penjilat yang gilakan Kerusi Politik seperti IKON mereka bekas Ketua Pengarah JASA. Ketika dalam Jawatannya UMNO kecundang malah dia tersungkur dalam kawasan sendiri. 

Politik kebencian ini nampaknya disegarkan dan dibudayakan oleh puak PKM (Pencacai Kluster Mahkamah) yang sama bahayanya dengan PKM (Parti Komunis Malaya) pasca Kemerdekaan negara.  

ISLAM dan MELAYU tidak mungkin KUAT dalam PERPECAHAN.

Sekian wacana ringkas kali ini.

Wednesday, March 16, 2022

REPRESENTASI MENYELAMAT PARTI YANG DIASASKAN DATO' ONN JAAFAR OLEH TUN M

RESPRESENTASI MENYELAMAT PARTI YANG DIASASKAN DATO’ ONN JAAFAR OLEH TUN M.

Sahabatku Haji Ir Shim,

Memesrai restu muqadimmah warkah buatmu ini, sesekali aku terkutip momen-momen indah menjelang Ramadhan tatkala aku bermastautin di Riyadh, Jeddah, Pergunungan Sejuk Abha dan Alkhobar Beach City, Dammam, Kingdom of Saudi Arabaia (KSA). Sepanjang tiga setengah tahun di sana, aku berkesempatan menjaluri tugas-tugas rasmi di Manama City, Bahrain; Abu Dhabi & Dubai, UAE, Doha, Qatar dsb.

Dari hari pertama menjejak kaki ke bumi Anbia ini, aku amat terkejut bila mendapati manusia kasar seperti Arab ini begitu menyanjungi Tun Dr Mahathir yang waktu itu sudah pun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

“Anta Malaysie?” tanya Pegawai Imigresen di Riyadh KSA.

“Na-am” Jawabku Spontan.

“Malaysia is very good Country because of  Mahathir….this man is super genius leader” Kata Pak Arab itu dengan selamba, seraya mengarahkan aku menuju ke “VVIP Lane”.

Sekelumt kenangan juga, aku ingin menyelitkan sari prakata warkah kali ini, sewaktu aku di Egypt; selepas seminar, aku didatangi oleh seorang pelajar Universiti di sana untuk bertanyakan alamat email Tun Dr Mahathir. Bila ditanya untuk tujuan apa? Beliau mengatakan beliau adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Master in International Politics. Tajuk Tesis yang diberi kepada semua pelajar ialah The Top 50 Leaders in the world. Pilih seorang. Baik dan Negatifnya tokoh ini. Amat menakjubkan bila lebih 70% pelajar telah memilih Tun Dr Mahathir sebagai tajuk Tesis mereka.

 Aku ujarkan kepada pemuda itu dalam Bahasa Inggeris:

“Saudara, saya kenal Tun Dr Mahathir. Tetapi Tun Dr Mahathir tak kenal saya”.

 Pemuda itu tersenyum.

Namun demi untuk tidak mematahkan semangatnya, aku telah memberikannya alamat email YB Dato’ Seri Mukhriz yang pada masa itu memegang jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia. (Alamat Rasmi Kerajaan dalam website) sejurus saya bertanya kepada YB DS Mukhriz melalui SMS.

Shim,

Muqadimmah ketiga, kenangan Ketika menyambut kedatangan Tun M di Fukuoka International Airport Japan untuk merasmikan dan memberi ucaptama dalam event ekonomi peringkat Global. Dari Kunisaski Machi aku bersama kawan-kawan menuju ke Fukuoka sehari sebelumnya. Menumpang rumah kawan (Hotel semua penuh bila Tun M ke sesuatu tempat di Jepun). Layanan dan Penghormatan Kelas Tertinggi yang diberikan kepada Tun M, membuatkan kami terfikir dan mencari sesuatu – SIAPA TUN DR MAHATHIR yang sebenar.

 

Sahabatku Haji Ir Shim,

Ketika aku berada di Los Angeles USA, aku sempat bertemu dengan seorang kakitangan tinggi Kerajaan Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Kata-katanya membuat aku dan kawan-kawan termenung seketika. Melekat dalam kepala sehingga hari ini.

Kata beliau: “Bro tahu atau tidak apa makna perkataan PUTRAJAYA?”.

Aku dan kawan-kawan geleng kepala sambal memegang Vegetarian Pizza atas meja depan kami.

“SEORANG PUTRA RAJA YANG BERJAYA” itulah nama panjang PUTRAJAYA.

“Nama ini adalah sempena nama Alamrhum YAM Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan mantan Presiden UMNO.

Ada yang tercengang. Ada yang garu kepala yang tidak gatal. Ada yang angguk-angguk kosong. Aku diam terbungkam. Mencari makna nama besar Mahathir.

Apabila Tun Dr Mahathir menaikkan nama Hishamuddin Tun Hussein dan terbaru nama cicit Dato Onn naik secara mendadak sebagai MB Johor yang baru, maka nukilan dari pengalaman-pengalaman di luar negara memberi jawapan yang tersendiri siapa Tun M.

Haji Ir Shim,

Mohon maaf, agak panjang gelanggang pembuka warkahku kali ini.

Ketika sekumpulan Melayu yang taksub dengan Wajah Bicara Slanga Arab seorang pemimpin kanan bawah Tun M, gigih bergabung dengan DAP (yang mendapat dana dari Yahudi) – mereka nekad mahu menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam.

Dari luar pasukan mereka dipimpin oleh CIKGU.

Manakala dari dalam dipimpin oleh Anak Murid.


Sahabatku Ir Shim,

Justeru, pasca selepas PRU 13, Tun M memiliki tugas berat untuk membetulkan Parti Dato Onn ini. Yang kelihatan terpesong dari tujuan asal penubuhan. Tun M cuba menasihati dan menegur katanya.

Namun nasihat dan teguran dari seorang Negarawan Malaysia yang tersohor sepanjang abad ini telah disanggah dengan celupar, biadap dan kurang ajar.

Tun M betindak atas kapasiti beliau sebagai seorang Ayah kepada anak-anaknya.

Rombongan yang diketuai oleh adik PM ke 6 sendiri bertemu Tun M di London Ketika itu. Seterusnya ia telah menjadi rujukan akademik (Sila rujuk kepada Buku oleh Nazir Razak).

Atas bebanan besar ini, Tun M telah Menyusun Langkah untuk membentuk sebuah Penyamaran Besar demi membunuh Musuh UMNO.

Tun M telah mengemudi pasukan yang beliau pilih (Tun M tidak mahu ramai sangat cukuplah sekadar sebuah pasukan Bolasepak) , bergerak atas nama sebuah parti UMNO (Sementara) yang diberi nama PBBM.

Dengan pasukan kecil ini, Tun M telah menyelinap masuk ke dalam PH dan terus merampas jawatan Pengerusi daripada pengemudinya.

Tindakan penyamaran ini perlu dibuat demi menyelamatkan UMNO sekiranya UMNO jatuh dalam PRU 14 hasil gerak kerja PKR & DAP (Dua Parti Proksi Yahudi)

Sekiranya Tun M tidak berada dlm PPBM (Pasukan yang kecil), nescaya selepas PRU 14 Malaysia akan berada di bawah cengkaman DAP beratus-ratus tahun.

DAP ternyata rakus mahu menyingkirkan hak Melayu dan mahu membuang Raja-Raja Melayu.

Perkara ini dijuarai oleh pasukan media Tun M.

Akhirnya selepas menyamar sebagai PM Pakatan harapan selama 22 bulan, TUN M telah “membunuh” Kerajaan PH.

Dalam kontradiksi kepimpinan, Langkah cermat Tun M telah memberi kepercayaan kepada TSMY sebagai menyambung tugasnya sebagai PM Peralihan Kuasa dari UMNO kepada UMNO.

Dari Najib PM ke 6

Kepada Tun M PM ke 7 (Sementara untuk Peralihan Kuasa)

Kepada TSMY PM ke 8 (Sementara untuk Peralihan Kuasa)

Lalu terjadilah sejarah yang indah Jawatan Perdana Menteri Kembali kepada UMNO tanpa pilihanraya apabila YAB Dato’ Sri Ismail Sabri diangkat menjadi PM ke 9.

Sewaktu menjadi PM Sementara (PM ke 7) Tun M telah dicabar dan digugat apabila ada usaha giat menggabungkan Anak Murid dan Cikgu bagi mengambil alih jawatan PM dari Tun M.

TSMY juga diganggu oleh pasukan anak murid Anwar.

Sepantas itu juga plan sulit penyelamat dilakukan. Sekali lagi sebuah team bola Ahli Parlimen UMNO menyertai Parti Sementara Tun M.

Tun M tidak mahu membunuh UMNO. Malah Tun M mahu mengekalkan dan mengukuhkan UMNO secara lakonan sebagai Hang Jebat.

Ini terbukti jasa-jasa Tun M memecahkan undi PH di PRN Melaka dan PRN Johor.

PN hanya bertindak sebagai pemecah undi dari PH.


Shim,

Dalam drama pemilihan DSIS sebagai PM ke 9 pun, Pasukan Tun M telah bertindak menggagalkan usaha Murid untuk mengangkat Cikgunya sebagai PM baru. Pasukan Tun M telah mendaftar pelbagai parti agar PH berpecah. Pejuang, Warsian, Muda & Putra – semuanya adalah budak-budak Tun M. Mereka berkecuali dalam pengundian memilih PM9.

Akibatnya Nama Cikgu kepada Presiden UMNO tersungkur.

Sebagai penamat warkah yang tidak seberapanya ini, isyarat H2O menziarahi makam nendanya sehari selepas PRN Johor, telah memberi makna besar apabila anak saudaranya yang juga bekas pegawai khasnya diangkat oleh DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai MB Johor yang baru.

Sekali lagi Bangsawan Johor mengemudi Kerajaan Bangsa Johor.

Daulat Tuanku!

Terkenang juga gambar-gambar DYMM Tuanku Sultan Johor memandu sendiri kereta Proton Saga Orient menghantar Tun M ke Senai International Airport dulu.

Selepas hari itu, kita dimaklumkan H2O pula masuk mengadap.

Semoga DSIS terus segar dan sihat dalam menggalas Amanah dan Tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dari UMNO yang Bersih dan Berintegriti.

SALAM KELUARGA MALAYSIA.

MKR

Tuesday, January 25, 2022

Five (5) Life Itinerary to BLOCK Negative People

Five (5) Life Itinerary to BLOCK Negative People

1. Guard Your Time

Negative people can monopolize your time - even when they're not with you - if you’re not careful. It's easy to spend two hours dreading a one-hour meeting with a negative person. Combine that with two hours of venting to a co-worker after the meeting, and you've just given that person five precious hours of your time.

Don’t allow negative people to steal your time and energy. Rather than complain about people you don't enjoy, choose to strike up conversations about pleasurable topics. Similarly, instead of spending your commute thinking about how much you dislike that person you have to work with, turn on the radio and listen to music that reduces your stress. Take back your power by limiting the amount of time you spend talking about, thinking about, and worrying about unpleasant people.

Negative people should get the least of our time and energy, yet we often give them the most attention.

2. Choose Your Attitude

Spending time with negative people can be the fastest way to ruin a good mood. Their pessimistic outlooks and gloomy attitude can decrease our motivation and change the way we feel. But allowing a negative person to dictate your emotions gives them too much power in your life.

Make a conscious effort to choose your attitude. Create a mantra, such as, “I’m going to stay positive today despite the people around me,” and repeat it often to help you stay on track. Take a deep breath and decide that you're going to make it a great day, despite what others say or do.

3. Refocus Your Thoughts

Negative people often influence what we think about. Perhaps you're so distracted by your colleague's know-it-all attitude that you can't contribute productively to the meeting. Or, rather than think about how to improve your performance, you spend more time thinking about how upset you'll be if that unpleasant co-worker gets a promotion.

Pay attention to how your thoughts change when you're faced with negative people. The more time you spend dreading, fretting, worrying, and rehashing, the less time you'll have to devote to more productive things. Make a conscious effort to reduce the amount of mental energy you expend on negative people.

4. Choose to Behave Productively

Negative people can bring out the worst in us if we're not careful. Sometimes certain pessimists seem to have the power to raise our blood pressure, for one reason or another.  A normally calm, mild-mannered person may resort to yelling when he can’t take one more second of negativity. Or, after being surrounded by negative co-workers for hours, an optimist may find herself convincing others that the company's future is doomed.

Although it can be tempting to say, “She makes me so mad,” blaming others for your conduct gives them more power. When you act in a manner that isn’t consistent with your usual behavior, accept responsibility for it. Commit to controlling your emotional reactivity and staying true to your values, despite your circumstances.

5. Get Close with Positive People

It’s difficult to look on the bright side when you’re surrounded by negativity. Seek out positive people to keep you balanced. Just like negative people can rub off on you, a positive person can brighten your spirit.

Identify the positive people in your life. Proactively schedule time with them on a regular basis. A quick lunch with a jovial colleague or a family gathering that’s guaranteed to be filled with laughter can help you stay on track.

Decide that you're not going to allow negative people to determine how you think, feel, and behave. Take back your power and focus your time and energy on becoming your best self.

Shared by: MKR


TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...