Saturday, February 11, 2023

KONFRONTASI DAN KOMPROMI POLITIK (EDISI KE3)

Kita dihampiri dengan istilah KONFRONTASI dalam politik apabila seseorang pemimpin utama parti mengambil pendekatan mengecilkan sokongan majoriti dalam parti dengan memancung rakan sepasukan dalam parti demi sebuah kuasa dan melepaskan diri dari puluhan pertuduhan rasuah dan jenayah di Mahkamah terbuka. Ia adalah sebuah harga dari KOMPROMI dengan pihak musuh rakyat yang nyata. Walauoun ia berbau hanyir dan kenajisan medu berhadasnya yang tinggi, ia telah dapat memberi peluang seseorang menandatangani perjanjian untuk menjadi seorang Menteri Perdana secara bersyarat.

Ironinya, istilah KERAjaan PERPADUAN yang dilaungkan serta dimomokkan sebenarnya tidak wujud. KERAjaan yang terbentuk itu adalah KERAJAAN BERSYARAT.

Ternyata, syarat-syarat yang dipikulnya termasuklah memikul golongan Hoi Hoi Yai Hoi yang dikemundangkan secara mega sebelum PRU 15 lagi.

Apabila UMNO MEMBENTUK KONFRONTASI dengan Blok Parti Melayu Islam dan MEMILIH KOMPROMI dengan parti Musuh Melayu dan Islam di Malaya terutama DAP, PKR, PAN (proksi DAP & PKR) ia telah ditentang oleh Majoriti ahli UMNO sendiri, dan kini UMNO telah dilihat sedang memijak bangsa mereka sendiri demi sebuah kuasa kecil dalam kerajaan yang hanya fokus membebaskan seorang perasuah tegar yang menjajah jawatan Presiden UMNO walau pun sudah tamat tempoh. 

KONFRONTASI jika dipimpin dan dikawal untuk membela halatuju perjuangan agama, bangsa dan tanahair, ia akan disambut dan dikembang biakkan secara subur ke akar umbi dan rakyat jelata.

KOMPROMI yang membawa PENYATUAN Umat Islam dan Melayu telah disambut dan digenggam kuat apabilla 7 PRK sebelum PRU15 UMNO telah menang hasil KOMPROMI mereka dengan PPBM DAN PAS.

Namun, apabila Presiden UMNO bertindak membunuh KOMPROMI ini dari dalam akibat hasratnya untuk dilepas bebaskan secara percuma dari kes mahkamah beliau berjaya diasingkan dari kuasa politik Perikatan Nasional (PN); maka UMNO rebah tersungkur hina dalam PRU 15.

Dengan hanya 26 kerusi Parlimen yang UMNO menangi dari 222 kerusi Parlimen seluruh negara, amat jelas UMNO sedang menuju KEPUPUSAN.

UMNO yang hebat mengekalkan pembodek-pembodek Zahid Hamidi yang semuanya difahamkan tokoh-tokoh yang bangang dan bodoh dalam masyarakat majoriti.

Kejayaan PH dalam PRU15 adalah semata-mata dengan Ehsan Presiden UMNO yang meletakkan calon-calon senang kalah, agar PH menang banyak kerusi.

Ternyata, selepas lebih sebulan KERAJAAN BERSYARAT yang dipimpin oleh Menteri Perdana yang Bersyarat; kelihatan amat gagal dan terus gagal.

Stigma Janji: Hari Ini Menang, 24 jam harga minyak turun menjadi musuh ketat Menteri Perdana.

Janji pendedahan 16 Kotak Kes Rasuah Tun M hanyalah omongan kosong.

Janji Tol Percuma. Pendidikan Percuma. Dan sejuta lagi janji indah oleh Menteri Perdana BERSYARAT; kian menjauh.

Ucapan-ucapan MUNAFIK dari Anwar dan Zahid yang menjual Nama Tuhan, kini memakan diri KERAJAAN BERSYARAT DI PUTRAYA.

KOMPROMI BERSYARAT antara Bekas Banduan Peliwat dan Puak Hoi Hoi Yai Hoi dalam UMNO telah membawa suatu GERAKAN HIJAU BIRU PERIKATAN NASIONAL yang besar dalam negara.

Pengundi-pengundi yang berusia 18 tahun sehingga 30 tahun amat solid memilih PERIKATAN NASIONAL.

Gambaran awal, 6 PRN yang bakal muncul akan merebahkan parti-parti KERAJAAN BERSYARAT ini.

Tindakan memecat dan menggantung pemimpin-pemimpin besar UMNO adalah mengulangi Skrip kegagalan Najib Razak sebelum PRU15.

Hakikatnya UMNO yang ditubuhkan semula pada tahun 1988 ini bakal pupus kini kian jadi kenyataan; setelah UMNO yang asal 1946 telah pun diharamkan oleh Tun M.

Apakah akan ada usaha pihak yang ini berada diluar UMNO akan mendaftarkan semula UMNO 1946 selepas ini, tidak dapat kita duga atau pastikan.

Namun yang pasti, hari ini UMNO telah menjadi sebuah parti YANG GAGAL MUTLAK: GAGAL DARI SEGMEN MORAL, GAGAL DARI SUDUT INTEGRITI malah gagal Dalam mencari Hala Tuju dan telah jauh tersasar dari landasan perjuangan yang sebenar.

Hala tuju dan dasar perjuangan UMNO yang dulu, kini sedang diterajui oleh PBBM dan golongan yang disingkirkan dari UMNO. Apakah dua golongan ini akan bergabung atas nama UMNO 1946 atas tiket BERSATU dsb masih belum dapat kita representasikan dalam bentuk sebarang dokumen.

MKR

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...