Monday, December 5, 2022

WACANA PRU 15: PENOLAKAN MUTLAK ORANG MELAYU TERHADAP UMNO & PAKATAN HARAPAN

1.   PRESTASI PARTI-PARTI UTAMA DALAM PILIHANARAYA UMUM DI MALAYSIA (KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI)

a)   PRU 11: 2004

UMNO: 109

DAP: 12

PAS: 7

PKR: 1

  

b)   PRU 12: 2008

UMNO: 78

DAP: 28

PKR: 31

PAS: 24

  

c)   PRU 13: 2013

UMNO: 86

DAP: 37

PKR: 28

PAS: 14 

 

d)   PRU 14: 2018

BN: 54

DAP: 42

PKR: 47

PAS: 48

 

e)   PRU 15: 2022

UMNO: 26

DAP: 40

PKR: 31

PAS & PERIKATAN NASIONAL: 73 (PAS 43 & PPBM 30)

  

Kepada:

              NH

WACANA PENOLAKAN MUTLAK RAKYAT KEPADA JENAMA UMNO

Assalamualaikum,

Hampir sepurnama merentas benua untuk mencakna itinerari di bumi Arab yang meraksa interaksi saya bersama eksekutif Kedutaan kita di Malawakil Riyadh, menyantun saudara Mustaffa di Riyadh. Haji MJ di Al Rajhi Engineering Jeddah. Haji Faizal di Matrade Jeddah, juga Arieff di Aramco Dammam, KSA. Selepas menoktahkan sanubari Doha yang padat meraikan pesta bola Dunia. Dubai agak suram namun tetap ganas rentas ekonomi dan nilai Dirhamnya.

Sekelumit itu, mengakhiri sentuhan delegasi kami menyempurnakan Umrah & Ziarah setelah sekian lama pulang ke pangkuan Malaysia seketika. 

Ketika menjejakkan kaki di bumi KLIA, Malaysia seperti biasa penuh dengan kekalutan Politik Picisan yang murah terkadang memualkan penganalisis global untuk menyuntingnya. 

Namun saya seakan terhambat dan teruja sekali apabila meneliti keputusan Pilihanraya kali ini. Umum cukup sedari, keputusan UMNO mengadakan Pilihanraya Umum ketika ramai orang Melayu berada di luar negara, sudah dapat di agak kerana orang Melayu kini jelas secara MUTLAK telah menolak UMNO dalam resipi pilihan politik kepartian mereka.

Statistik ringkas yang saya angkat dari data SPR di atas: UMNO pada tahun 2004 mendapat 109 Kerusi Parlimen dan pada tahun 2022 PRU 15 UMNO hanya menang 26 Kerusi Parlimen. Itu pun dengan kejatuhan majoriti yang amat parah sehingga Presiden UMNO umpama Pengemis Politik hanya menang dengan 348 Undi sahaja.

2004: UMNO mendominasi 49% Kerusi Parlimen

2022: UMNO hanya dapat 11.7% Kerusi Parlimen

 

Saya amat berbangga dengan kebolehan dan keupayaan PERIKATAN NASIONAL (Dulu kita rujuk kepada PAS. Kini kita Rujuk kepada PN) 

2004: PAS menang 3.15% Kerusi Parlimen

2022: PAS & PN menang 32.9% Kerusi Parlimen


Peningkatan hampir 30% dikejutkan lagi dgn majoriti kemenangan bagi calon PN adalah berpuluh kali ganda dari PRU dulu-dulu.

Ada akhbar harian di Malaysia menciap tajuk “Tsunami Politik Melayu”. Namun bagi saya, ini adalah KELAHIRAN MELAYU YANG BARU YANG LEBIH INTELEK DAN BERINTEGRITI.

Kita kena akui kehadiran Pengundi baru (18 tahun dan ke atas) serta warga yang di bawah usia 30 tahun sudah amat tidak menggemari pendekatan Politik Kasar UMNO.

Juga kejatuhan undi yang diperoleh Pakatan Harapan juga memberi gambaran bahawa Anwar sudah berada di penghujung kariernya. Tanpa bantuan Zahid Hamidi yang meletakkan calon-calon BN yang “boddow” bagi memberi kerusi percuma kepada PH, nescaya Anwar dan DAP hanya mampu menang sekitar 30 kerusi sahaja. 

Dalam kemaskini coretan ini, beberapa Otai UMNO yang masih perasan kuat telah berkongsi beberapa suntingan Video termasuk Video Anak Sedagha Mak Mengantuk Bukit Bunga yang memperlekehkan Tindakan PN yang menolak penubuhan Kerajaan Campuran dengan Anwar & Zahid.

Inilah kelemahan UMNO yang seringkali gagal insaf apabila tersungkur. Menang sorak kampung tergadai. Beginilah UMNO sebuah Parti Wakil British untuk menjajah minda Melayu sejak Merdeka.

Dalam kederasan minda generasi peminat Filem Mat Kilau menumbangkan UMNO Wakil British, kita lihat juga, Pakatan Harapan Wakil Yahudi Israel juga tidak cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan bersendirian.

Akhirnya, Kerajaan Campuran Wakil Israel & Wakil British membentuk Kerajaan dengan beberapa watak kartun mengisi jawatan cabinet.

SUARA AHLI PARLIMEN PKR PASIR GUDANG (HASSAN ABDUL KARIM) YANG MEMBENCI KERAJAAN CAMPURAN PENYAMUN & PENYANGAK

              Berikut sajak penuh Hassan.

 

Kusimpan risalah reformasi di dalam peti

Semalam aku masih terdengar-dengar

Kau berkata

Kita tidak akan menggadai prinsip demi kuasa

Maka, aku pun percaya

 

Lalu aku kumandangkan suara keyakinanku

Ke setiap penjuru tanahair tercinta ini

Ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah

Ke tanah datar aku berbicara

Bahawa hidup ini hanya sekali

 

Maka marilah kita rakyat marhaen,

warga bawahan rakyat jelata,

Demi keadilan kita bersama, 

aku seru

Kita bawa perubahan hakiki

yang kita panggil reformasi

 

Tetapi hari ini aku dikejutkan

Dengan istilah-istilah asing sama sekali

Aku mendengar orang berkata

tentang Machiavellian dan realpolitik

Lalu tersentaklah aku dari mimpi ngeri

 

Justeru, aku merayu kepada sahabatku,

Berkata luruslah di luar dan di dalam hati

Apakah benar?

Yang lurus itu dakwah,

Politik ini bengkang bengkok rupanya?

 

Naif sungguh aku ini

Lurus bendul selama ini

Setelah terbangun dari mimpi

Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku

Lalu aku lipat dan kusimpan

 

Segala risalah dan teks ucapanku

Yang menyeru reformasi, reformasi,

Hampir suku abad, selama ini 

Kini aku malu pada diri sendiri

 

Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi

Separuh jiwaku telah mati

Aku merasa tewas

Ketika menang tanpa integriti seperti ini.  

  

Nota: Sampai bila rakyat Malaysia nak diperbodohkan.

 

Sekian.

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...