1. INTRO
a. Sebelum kita mengupas sebarang rangkuman petikan atau ulasan dari media cetak dan media elektronik, kita sepatutnya berlaku jujur terhadap diri kita sendiri terlebih dahulu.
b. Saya terpanggil untuk menitipkan pandangan profesional saya terhadap kekecohan serta perdebatan yang sedang berlaku dasawarsa ini; tanpa prejudis atau berpihak apatah lagi mahu taksub dengan mana-mana pemimpin atau tokoh.
2. DI MANA TAHAP KEUPAYAAN KUJURUTERAAN PEMBUATAN MALAYSIA SEHINGGA TAHUN 2022?
a. Kilang Pemasangan Motosikal dengan jenama MODENAS untuk jualan dalam Malaysia merupakan Kilang Pemasangan Motosikal Jepun KAWASAKI. Rakyat Malaysia di kalangan Jurutera Industri tahu, kita belum mampu membina MOTOSIKAL Jenama Kita sendiri. Belum mampu buat Enjin Motosikal sendiri.
b. Kilang PROTON? Sejak dilancarkan oleh PM4, hanyalah Kilang Memasang Kereta jenama MITSUBISHI juga dari Jepun. Pelbagai model Kereta MITSUBISHI ditukar nama dan logo untuk jualan dalam Malaysia. Kini PROTON masih lagi beroperasi MEMASANG Kereta Jenama Negara lain sahaja. Kita sampai hari ini BELUM MAMPU BUAT KERETA MADE IN MALAYSIA 100%. Era Arwah Tan Sri Yahya menguasai PROTON, ada model Eropah ditukar kepada Logo PROTON untuk jualan dalam Malaysia. Hari ini PROTON masih lagi KILANG MEMASANG KERETA jenama negara lain seperti SUZUKI Ertiga, masuk ke Malaysia pasang di Kilang Proton dan tukar Logo PROTON. Kereta Geely CHINA ditukar logo PROTON X70 dan X50. Ia bukan kereta Buatan Malaysia. Ianya KERETA YANG DIPASANG DI MALAYSIA sahaja.
c. Kilang PERODUA? Kilang untuk memasang kereta bawah kumpulan UMW Toyota dan Daihatsu yang merupakan anak syarikat Toyota Japan. Kereta-kereta Daihatsu ini ditukar Logo Perodua seperti Myvi, Viva, Alza, dll. Begitu juga dengan kereta jenama Toyota yang ditukar logo sahaja. Sehingga hari ini PERODUA seperti PROTON, belum mampu membina kereta Made in Malaysia secara mutlak,
d. Kumpulan NAZA juga pernah mencuba model perniagan seperti ini dengan membuka Kilang Memasang Kereta KIA dari Korea Selatan. Pasang di Malaysia hanya tukar logo NAZA. Ada juga beberapa kereta luar negara yang lain di bawa masuk NAZA dan tukar logo sahaja.
e. Kereta HYUNDAI Korea dipasang di Malaysia dan tukar Logo INOKOM.
f. Melihat kepada contoh seperti di atas, sudah cukup jelas memberi gambaran sebenar di mana tahap kebolehupayaan Heavy Industrial Engineering kita.
g. Kita tidak perlu berbahasa ketat dan padat, untuk mengaku secara jujur bahawa kita belum mampu membina sebarang jentera berat “Made In Malaysia” secara tersirat dan tersurat.
3. SISTEM E-PEROLEHAN DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB RAZAK?
a. Secara umumnya, kita tahu; walaupun projek yang dianugerahkan secara Rundingan Terus, belum pernah kita ketahui, ia akan dibayar 100% sepenuhnya sebelum projek siap. Malahan ada yang dibayar selepas 2 tahun di bawah kategori DLP (Defect Liability Period). Maknanya selepas diserahkan (handover) sesebuah projek kepada Kerajaan, selepas DUA (2) TAHUN, barulah syarikat yang mendapat projek tersebut menerima bayaran penuh yang terakhir (Selepas siri “Progress Payment” berjalan).
b. Adalah amat malang rasanya, apabila WANG RAKYAT (juga dipanggil dalam bahasa 'bandar' sebagai WANG PEMBAYAR CUKAI) digunakan untuk membayar sepenuhnya walaupun Projek hanya 45% siap. Dalam bahasa mudah, KAPAL TLDM sebanyak ENAM (6) buah itu masih lagi “under Engineering Construction”, sepatutnya ia dibayar secara “Progress Payment basis’.
c. Ada penjilat yang cari makan menulis, Gangguan Pakatan harapan selama 22 bulan dan pandemik C19 yang melanda dunia sebagai alasan bagi menghalalkan cara NAJIB & ZAHID membayar projek sepenuhnya sebelum projek siap dan diserahkan kepada TLDM.
4. LEBIH RM6 BILION TELAH DIBAYAR PENUH OLEH KERAJAAN KEPADA SYARIKAT YANG DIANUGERAHKAN PROJEK SECARA RUNDINGAN TERUS INI.
a. Projek Rundingan Terus adalah biasa dalam projek-projek yang memiliki tahap kerahsiaan keselamatan negara. Kita tiada persoalan tentang itu.
b. Kita hanya terpinga-pinga, Syarikat-syarikat besar yang berdekad-dekad lamanya seperti Proton, Perodua, Modenas dsb sehingga hari ini HANYALAH KILANG MEMASANG Kenderaan JENAMA NEGARA LAIN, tiba-tiba muncul Syarikat Malaysia yang mahu MEMBINA KAPAL PERONDA TLDM yang pada pandangan kita Spesifikasi kejuruteraannya jauh lebih canggih dan tinggi tahapnya berbanding dengan Kereta dan Motosikal. Meminjam kata-kata seorang veteran tentera pencen, NAK BUAT MOTOSIKAL JENAMA SENDIRI PUN TAK MAMPU, ADA HATI NAK BINA KAPAL.
c. Cadangan saya: adalah lebih murni kaedahnya jika Syarikat tempatan yang mendapat tawaran rundingan terus ini dikehendaki mencari rakan kejuruteraan perniagaan bertaraf antarabangsa seperti Kumpulan Daewoo Engineering (sekadar contoh) dan sebagainya, Dengan lain perkataan, “Smart Partnership with International Shipping Engineering Company with Strong background in Competency, Financing, Capability and excellent in project progress deliverables track record.
d. Bayangkan dengan Wang RM6 Bil tersebut, sebanyak RM4 Bil dimasukkan ke dalam Hong Kong Investment Market. Keuntungan 100% selepas 2 tahun matang. Selama 10 tahun bermakna RM4 Bil x 10 tahun bahagi 2 = RM20 bil + RM4 bil modal investment, akan diperolehi syarikat yang mendapat projek ini kerana mereka telah menerima bayaran penuh. Katalah bayaran penuh ini diterima selepas 4 tahun dianugerahkan, syarikat masih lagi memperolehi RM8 bil + RM4 bil modal pelaburan = RM12 bil.
e. Ini adalah contoh pengiraan KASAR memudahkan kefahaman Pakcik Veteran tentera tadi.
f. Jawab Pakcik veteran tentera, mudah puak-puak ni menipu kita.
5. PENUTUP
a. Kita boleh berpandangan apa sahaja, namun bagi pentaksub-pentaksub tokoh politik, mereka hanya mahu percaya apa yang dikatakan oleh tokoh idola yang mereka sembah dan puja sahaja.
b. Bagi mereka, pemimpin mereka adalah manusia maksum bersih tanpa dosa,
SEKIAN TERIMA KASIH.