Wednesday, March 16, 2022

REPRESENTASI MENYELAMAT PARTI YANG DIASASKAN DATO' ONN JAAFAR OLEH TUN M

RESPRESENTASI MENYELAMAT PARTI YANG DIASASKAN DATO’ ONN JAAFAR OLEH TUN M.

Sahabatku Haji Ir Shim,

Memesrai restu muqadimmah warkah buatmu ini, sesekali aku terkutip momen-momen indah menjelang Ramadhan tatkala aku bermastautin di Riyadh, Jeddah, Pergunungan Sejuk Abha dan Alkhobar Beach City, Dammam, Kingdom of Saudi Arabaia (KSA). Sepanjang tiga setengah tahun di sana, aku berkesempatan menjaluri tugas-tugas rasmi di Manama City, Bahrain; Abu Dhabi & Dubai, UAE, Doha, Qatar dsb.

Dari hari pertama menjejak kaki ke bumi Anbia ini, aku amat terkejut bila mendapati manusia kasar seperti Arab ini begitu menyanjungi Tun Dr Mahathir yang waktu itu sudah pun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

“Anta Malaysie?” tanya Pegawai Imigresen di Riyadh KSA.

“Na-am” Jawabku Spontan.

“Malaysia is very good Country because of  Mahathir….this man is super genius leader” Kata Pak Arab itu dengan selamba, seraya mengarahkan aku menuju ke “VVIP Lane”.

Sekelumt kenangan juga, aku ingin menyelitkan sari prakata warkah kali ini, sewaktu aku di Egypt; selepas seminar, aku didatangi oleh seorang pelajar Universiti di sana untuk bertanyakan alamat email Tun Dr Mahathir. Bila ditanya untuk tujuan apa? Beliau mengatakan beliau adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Master in International Politics. Tajuk Tesis yang diberi kepada semua pelajar ialah The Top 50 Leaders in the world. Pilih seorang. Baik dan Negatifnya tokoh ini. Amat menakjubkan bila lebih 70% pelajar telah memilih Tun Dr Mahathir sebagai tajuk Tesis mereka.

 Aku ujarkan kepada pemuda itu dalam Bahasa Inggeris:

“Saudara, saya kenal Tun Dr Mahathir. Tetapi Tun Dr Mahathir tak kenal saya”.

 Pemuda itu tersenyum.

Namun demi untuk tidak mematahkan semangatnya, aku telah memberikannya alamat email YB Dato’ Seri Mukhriz yang pada masa itu memegang jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia. (Alamat Rasmi Kerajaan dalam website) sejurus saya bertanya kepada YB DS Mukhriz melalui SMS.

Shim,

Muqadimmah ketiga, kenangan Ketika menyambut kedatangan Tun M di Fukuoka International Airport Japan untuk merasmikan dan memberi ucaptama dalam event ekonomi peringkat Global. Dari Kunisaski Machi aku bersama kawan-kawan menuju ke Fukuoka sehari sebelumnya. Menumpang rumah kawan (Hotel semua penuh bila Tun M ke sesuatu tempat di Jepun). Layanan dan Penghormatan Kelas Tertinggi yang diberikan kepada Tun M, membuatkan kami terfikir dan mencari sesuatu – SIAPA TUN DR MAHATHIR yang sebenar.

 

Sahabatku Haji Ir Shim,

Ketika aku berada di Los Angeles USA, aku sempat bertemu dengan seorang kakitangan tinggi Kerajaan Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Kata-katanya membuat aku dan kawan-kawan termenung seketika. Melekat dalam kepala sehingga hari ini.

Kata beliau: “Bro tahu atau tidak apa makna perkataan PUTRAJAYA?”.

Aku dan kawan-kawan geleng kepala sambal memegang Vegetarian Pizza atas meja depan kami.

“SEORANG PUTRA RAJA YANG BERJAYA” itulah nama panjang PUTRAJAYA.

“Nama ini adalah sempena nama Alamrhum YAM Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan mantan Presiden UMNO.

Ada yang tercengang. Ada yang garu kepala yang tidak gatal. Ada yang angguk-angguk kosong. Aku diam terbungkam. Mencari makna nama besar Mahathir.

Apabila Tun Dr Mahathir menaikkan nama Hishamuddin Tun Hussein dan terbaru nama cicit Dato Onn naik secara mendadak sebagai MB Johor yang baru, maka nukilan dari pengalaman-pengalaman di luar negara memberi jawapan yang tersendiri siapa Tun M.

Haji Ir Shim,

Mohon maaf, agak panjang gelanggang pembuka warkahku kali ini.

Ketika sekumpulan Melayu yang taksub dengan Wajah Bicara Slanga Arab seorang pemimpin kanan bawah Tun M, gigih bergabung dengan DAP (yang mendapat dana dari Yahudi) – mereka nekad mahu menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam.

Dari luar pasukan mereka dipimpin oleh CIKGU.

Manakala dari dalam dipimpin oleh Anak Murid.


Sahabatku Ir Shim,

Justeru, pasca selepas PRU 13, Tun M memiliki tugas berat untuk membetulkan Parti Dato Onn ini. Yang kelihatan terpesong dari tujuan asal penubuhan. Tun M cuba menasihati dan menegur katanya.

Namun nasihat dan teguran dari seorang Negarawan Malaysia yang tersohor sepanjang abad ini telah disanggah dengan celupar, biadap dan kurang ajar.

Tun M betindak atas kapasiti beliau sebagai seorang Ayah kepada anak-anaknya.

Rombongan yang diketuai oleh adik PM ke 6 sendiri bertemu Tun M di London Ketika itu. Seterusnya ia telah menjadi rujukan akademik (Sila rujuk kepada Buku oleh Nazir Razak).

Atas bebanan besar ini, Tun M telah Menyusun Langkah untuk membentuk sebuah Penyamaran Besar demi membunuh Musuh UMNO.

Tun M telah mengemudi pasukan yang beliau pilih (Tun M tidak mahu ramai sangat cukuplah sekadar sebuah pasukan Bolasepak) , bergerak atas nama sebuah parti UMNO (Sementara) yang diberi nama PBBM.

Dengan pasukan kecil ini, Tun M telah menyelinap masuk ke dalam PH dan terus merampas jawatan Pengerusi daripada pengemudinya.

Tindakan penyamaran ini perlu dibuat demi menyelamatkan UMNO sekiranya UMNO jatuh dalam PRU 14 hasil gerak kerja PKR & DAP (Dua Parti Proksi Yahudi)

Sekiranya Tun M tidak berada dlm PPBM (Pasukan yang kecil), nescaya selepas PRU 14 Malaysia akan berada di bawah cengkaman DAP beratus-ratus tahun.

DAP ternyata rakus mahu menyingkirkan hak Melayu dan mahu membuang Raja-Raja Melayu.

Perkara ini dijuarai oleh pasukan media Tun M.

Akhirnya selepas menyamar sebagai PM Pakatan harapan selama 22 bulan, TUN M telah “membunuh” Kerajaan PH.

Dalam kontradiksi kepimpinan, Langkah cermat Tun M telah memberi kepercayaan kepada TSMY sebagai menyambung tugasnya sebagai PM Peralihan Kuasa dari UMNO kepada UMNO.

Dari Najib PM ke 6

Kepada Tun M PM ke 7 (Sementara untuk Peralihan Kuasa)

Kepada TSMY PM ke 8 (Sementara untuk Peralihan Kuasa)

Lalu terjadilah sejarah yang indah Jawatan Perdana Menteri Kembali kepada UMNO tanpa pilihanraya apabila YAB Dato’ Sri Ismail Sabri diangkat menjadi PM ke 9.

Sewaktu menjadi PM Sementara (PM ke 7) Tun M telah dicabar dan digugat apabila ada usaha giat menggabungkan Anak Murid dan Cikgu bagi mengambil alih jawatan PM dari Tun M.

TSMY juga diganggu oleh pasukan anak murid Anwar.

Sepantas itu juga plan sulit penyelamat dilakukan. Sekali lagi sebuah team bola Ahli Parlimen UMNO menyertai Parti Sementara Tun M.

Tun M tidak mahu membunuh UMNO. Malah Tun M mahu mengekalkan dan mengukuhkan UMNO secara lakonan sebagai Hang Jebat.

Ini terbukti jasa-jasa Tun M memecahkan undi PH di PRN Melaka dan PRN Johor.

PN hanya bertindak sebagai pemecah undi dari PH.


Shim,

Dalam drama pemilihan DSIS sebagai PM ke 9 pun, Pasukan Tun M telah bertindak menggagalkan usaha Murid untuk mengangkat Cikgunya sebagai PM baru. Pasukan Tun M telah mendaftar pelbagai parti agar PH berpecah. Pejuang, Warsian, Muda & Putra – semuanya adalah budak-budak Tun M. Mereka berkecuali dalam pengundian memilih PM9.

Akibatnya Nama Cikgu kepada Presiden UMNO tersungkur.

Sebagai penamat warkah yang tidak seberapanya ini, isyarat H2O menziarahi makam nendanya sehari selepas PRN Johor, telah memberi makna besar apabila anak saudaranya yang juga bekas pegawai khasnya diangkat oleh DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai MB Johor yang baru.

Sekali lagi Bangsawan Johor mengemudi Kerajaan Bangsa Johor.

Daulat Tuanku!

Terkenang juga gambar-gambar DYMM Tuanku Sultan Johor memandu sendiri kereta Proton Saga Orient menghantar Tun M ke Senai International Airport dulu.

Selepas hari itu, kita dimaklumkan H2O pula masuk mengadap.

Semoga DSIS terus segar dan sihat dalam menggalas Amanah dan Tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dari UMNO yang Bersih dan Berintegriti.

SALAM KELUARGA MALAYSIA.

MKR

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...