Tuesday, September 7, 2021

KHILAF YANG HAKIKI MEMBUTAKAN HATI

1.     Hishamuddin Rais pernah menulis yang berbunyi : Dalam membuat kerja politik dan dalam kehidupan pasti kita ada membuat silap. Ini perkara biasa. Jika kita tidak membuat silap maknanya kita tidak hidup. Tanpa silap maknanya kita melayari hidup tanpa melakukan apa-apa. Kita hanya mengikut arus. Salah dan kesilapan dalam kehidupan, kita sendiri yang membayarnya. Kita yang mendapat pengajaran daripada kesilapan itu. Kesilapan menjadi guru mengajar kita.

2.     Dalam politik – silap langkah politik – silap garis politik – tidak semudah kesilapan dalam kehidupan individu. Harga silap langkah politik mahal sekali.

3.     Berdasarkan hujah di atas, semua tokoh-tokoh politik negara yang terdampar dan kelemasan saat ini adalah mereka yang lahir dari sistem kejayaan masa lalu yang telah mengakibatkan mereka terlalu taksub, terpesona dan khayal dengan kuasa dan harta yang banyak. Namun, disebabkan kesilapan, khilaf dalam berpolitik dan tumpul fikiran dalam bertindak menjadikan mereka buta interpretasi keberadaan mereka di tengah-tengah masayarakat; natijah terlalu lama di tampuk kuasa.

4.     Siapa yang silap, Barisan Nasional memerintah negara (sebelumnya Perikatan) sejak 1957, tiada apa gelombang besar kecuali peristiwa 13 mei 1969, selain itu bahtera BN belayar sangat cantik sehingga tiba di zaman Perdana Menteri yang bernama Najib Razak; BN mengalami kekalahan yang terlalu hina dan paling memalukan.

5.     Setelah kalah, BN bukan hanya berjaya mempertahankan 2 negeri malah Presiden UMNO kelihatan terpaksa meletak jawatan (ada yang bertanya apakah benar ia ikhlas meletak jawatan atau atas desakan Zahid Hamidi), bukan cuma kalah dan terpaksa meletak jawatan tetapi Najib dan keluarga dipermalukan  oleh Kerajaan Pendendam Pakatan Harapan. Serbuan demi serbuan yang menyaksikan longgokan harta rampasan perang telah disita dengan nilainya mencecah billion. Kemewahan luarbiasa isteri Najib terdedah nyata. Walaupun ia adalah rentas wacana POLITIK DENDAM Pakatan harapan, namun ia amat mengecewakan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

6.     Penyokong yang taksub dengan Najib seperti dipukau kerana tidak percaya Najib dikaitkan dgn kes 1MDB dan SRC serta jutaan wang tunai bersama handbag mewah bernilai berjuta-juta milik isteri Najib dirampas, apa yang tidak kena?

7.     Apa yang tidak benar, apa yang tidak logik? Untuk faham tulisan ini anda perlu membaca dengan teliti, pernahkah anda membaca buku MILLION DOLLAR WHALE yang menceritakan kisah sebenar bagaimana Jho Low dan Skandal 1MDB tulisan Tom Wright dan Bradley Hope?  Jawapannya amat mudah, ahli fanatik membuta tuli UMNO, penyokong Najib dan Zahid tidak pernah membaca buku ini, mereka hanya suka membaca whatsapp dan facebook tulisan ringkas.

8.     Buku setebal 428 mukasurat ini menceritakan dengan terperinci bagaimana JHO LOW dari hari pertama bersekolah di London berusaha untuk berkenalan anak tiri Najib. Jika kita membaca alur penceritaan dalam buku ini maka hujungnya anda akan tahu bagaimana jatuhnya Najib adalah bermula dengan kesilapan sebagai di tulis di awal tulisan ini iaitu Dalam politik – silap langkah politik – silap garis politik – tidak semudah kesilapan dalam kehidupan individu. Harga silap langkah politik mahal sekali.

9S  Semuanya sudah terjadi, Najib dan keluarganya telah diheret ke muka pengadilan, 1 kes SRC telah dijatuhkan hukuman dan yang lain lain sedang dalam perbicaraan, begitu juga dengan Zahid yang saat ini sedang berhempas pulas di mahkamah bagi menjawab 47 pertuduhan.

10. Dengan penggantian Perdana Menteri dari Mahyidin kepada Ismail Sabri, jelas bahawa baton sudah bertukar tangan dari Perdana Menteri PPBM kepada Perdana Menteri dari UMNO.

11. Apakah UMNO yang tidak merasa bertuah? Sepatutnya UMNO merasa bertuah kerana dari sebuah parti yang kalah pilihanraya 14, UMNO tiba-tiba mendapat jawatan Perdana Menteri, walaupun bukan Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri. Semuanya terjadi hanya kerana jasa, budi dan bantuan PPBM; parti yang disalah anggap dan terlalu dibenci oleh Qabilah Najib & Zahid.

12. Berlapang dada lah wahai Presiden UMNO, jawatan PM bukan takdir milik mu, begitu juga dengan Najib; berlapang dadalah bahawa anda terlepas jawatan PM dan sampai saat ini anda juga tidak pernah terfikir bahawa Muhyidin yang pernah anda pecat serta Ismail Sabri yang hanya menduduki kerusi nombor 3 dalam UMNO kini menduduki kerusi panas Perdana Menteri.

13. Berlapang dada lah wahai Najib dan Presiden UMNO, bahawa berada tanpa jawatan adalah sangat perit malah jawatan pula di pegang oleh orang yang tidak disangka-sangka; malah dianggap lekeh oleh kalian berdua. Justeru itu, jadilah negarawan yang unggul, takdir menyaksikan Najib dan Zahid telah tersilap langkah sehingga saat ini situasi tanpa pasti masih berlangsung. Najib dan Zahid lebih berminat menjadi Petualang dan Penghasut kepada Perpaduan sebuah Kerajaan Melayu Islam yang sedang diterajui oleh PERDANA MENTERI DARI UMNO SENDIRI. 

14. Berlapang dada lah wahai Najib dan Presiden UMNO, bahawa takdir ini menyaksikan anda berdua harus bersikap dan bersangka baik dan berserah, dalam istilah Indonesia di sebut LEGOWO, yakni membawa maksud sikap batin tertentu untuk menerima satu keadaan dengan lapang dada. Apa yang perlu segera dicatat adalah bahwa legowo adalah suatu pilihan: menerima atau menolak, menerima dalam satu cara, atau dengan cara lain yang bertentangan.

15. Ertinya Najib dan Zahid perlu boleh menerima apa yang berlaku pada dirinya dengan sabar, ikhlas dan pasrah. Sabar, tidak mengeluh atas dugaan yang ada. Ikhlas, lapang dada menerima dugaan  tanpa rasa emosi atau dendam. Pasrah, semua akan di serahkan kepada sang pencipta kerana semua ada hikmahnya, bukankah kita sering menyebut bahawa bertawakal pada Allah.

16. Berlapang dada lah wahai Najib dan Presiden UMNO, janganlah memberi tekanan kepada YAB Dato’ Sri Ismail sabri dalam mengemudi bahtera, UMNO.

17. Tidak perlu untuk memberi tekanan atau 'peringatan' kepada Ismail Sabri bagaimana untuk membentuk sebuah kerajaan kerana asas pemilihan beliau dibuat secara kolektif dan musyawarah  dikalangan parti-parti politik dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Janganlah berhujah seperti orang mabuk Ketum kononnya Kerajaan ini milik UMNO sahaja. Perasan tahap gaban.

18. Berlapang dada lah wahai Najib dan Presiden UMNO. Janganlah menggunakan pengikut yang fanatik dan taksub yang memuja emosi untuk menekan Perdana Menteri UMNO, malah seandainya ada dari kalangan pemimpin UMNO yang tiba-tiba muncul untuk menjadi juara dan memperkecilkan pemilihan Ismail Sabri sebagai PM-9, pasti akan timbul persepsi kepada rakyat bahawa UMNO masih lagi tidak sedar diri dan masih tercengkam dengan acuan lama. Akibatnya UMNO sekali lagi akan dihukum pada PRU 15.

19. Golongan fanatic Najib dan Zahid tidak pernah menggunakan sifir bijak akal dalam berhujah. Tetap konsisten memperlekehkan Ismail Sabri. Rakyat kian menyampah dengan budaya politik sampah emosi seperti ini.

20.  Sedar dan insaflah, kita tidak mampu berakit ke langit hanya dengan kebencian. Kita tidak mampu menjahit awan hanya dengan ratib Kerajaan Perikatan Nasional ini gagal. Jadilah seperti itinerari jalur kehidupan Lebah di Gunung Yaman. Menghasilkan madu secara perpaduan mantap, terbang beribu batu merencah khasiat teragung dengan zat terbaik di dalam MADU YAMAN.

Sekian Wassalam.

Perkongsian oleh MKR

Kiriman Nanding Heryanto (NH)

 

 

TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...