Monday, August 30, 2021

WARKAH BUAT HAJI IR SHIM: BUKU IBN KHALDUN - MUQADIMMAH

BUKU IBN KHALDUN: MUQADIMMAH

Perkongsian: MKR

Kesatria Keluarga Malaysia

Assalamualaikum sahabatku Tuan Haji Ir. Shim,

Kali ini, saya mahu mengangkat karya agung Ibn Khaldun sebagai itinerari Wacana Pemilkiran kita.

1.    Tanggal 21 Ogos 2021 secara rasmi dan berpelembagaan kita menerima Perdana Menteri yang ke Sembilan (9).

2.    Dalam polemik kepartian yang tidak berkualiti, Presiden dan kelompok sebuah parti yang pernah mendominasi negara secara tunggal nampaknya amat ghairah mengheret segala permasalahan peribadi ke minda rakyat, menyuburi persepsi dan emosi penyokong mereka melakari wajah sebenar bekas penguasa rakus demi menghindari proses keadilan sebenar dari tertegak.

3.    Wacana kita kali ini menjemput suatu iltizam jernih peribadi dan rentas pemikiran yang jauh lebih tinggi merentasi gelojak rasa dan meminggirkan kedangkalan hujah murahan demi meraksa suatu itinerari kebijaksanaan yang bersifir.

4.    Ibn Al Khaldun dalam buku “Muqaddimah: Mula dan berakhirnya sebuah empayar/negara” seperti yang kita ketahui merupakan menu utama mantik para graduasi dari Oxford dan Harvard. Namun dalam wacana ini kita hadirkan dalam permis santai semudah mungkin sekadar mewarnai akal yang sihat dan positif.

5.    Ibn Khaldun lahir di Tunisia, Afrika Utara. Keluarganya berhijrah ke Andalusia. Mereka telah memegang jawatan tinggi dalam Pemerintahaan Empayar Kerajaan Andalusia.

6.    Selepas era kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol, mereka kembali ke Tunisia.

7.    Dengan kedudukan keluarganya yang tinggi dalam pemerintahan Kerajaan Andalusia, Ibn Khaldun telah mendapat Pendidikan di Sekolah dan Institusi Ilmu yang terkemuka.

8.    Ibn Khaldun memulakan kerjaya sebagai penjawat awam. Sehinggalah beliau menjadi seorang intelek dan pensyarah kanan di Kaherah, Mesir. Disini beliau telah menulis pelbagai naskhah terkenal sehingga beliau diangkat menjadi Ketua Hakim Negara.

9.    Persoalannya mengapa Ibn Khaldun menjadi “Super Famous” dan “Mega Star” yang sentiasa menjadi rujukan oleh seluruh pemimpin dunia. Bukan hanya terbatas dalam dunia Islam tapi juga di dunia Barat.

10. Pertama kali namanya jadi popular dan melonjak tinggi ketika Presiden Amerika, Ronald Reagan telah merujuk teori ekonomi Ibn Khaldun dalam polisi ekonomi Reaganomic.

11. Ada yang berpandangan Ibn Khaldun yang mulakan teori ekonomi “supply and demand”, 400 tahun sebelum Adam Smith.

12. Bila Presiden Amerika memetik nama Ibn Khaldun dalam ucapan beliau, tergamam satu Amerika. Terkesima seluruh dunia.

13. Tokoh dunia telah mengiktiraf buku beliau “Muqadimmah” sebagai buku terulung dalam sejarah untuk belajar peradaban dunia. Sehingga mereka namakan Ibn Khaldun sebagai Pencipta Ilmu “Social Science” (Sains Sosial).

14. Ibn Khaldun telah menulis mana-mana negara atau empayar adalah sama seperti manusia. Mula-mula lahir, membesar dari remaja ke dewasa dan akhirnya akan mati. Jatuh dan bangun negara atau empayar adalah satu pusingan yang berulang-ulang. Aturannya ada 5 peringkat:

a)    Assabiyah atau Penyatuan.

b)    Kepimpinan Berpusat - oleh Pemimpin Masyarakat.

c)     Leka Kerana Kejayaan - Hilang Nilai.

d)    Status Quo - Hilang Motivasi

e)    Hilang Penyatuan dan Negara Musnah.

15. Peringkat pertama “ASSABIYAH”. Kata dasarnya “Assab” maknanya “untuk mengikat”/“To bind”. Ini motivasi bermulanya satu negara/empayar. Selalunya bila ada ancaman luar. Penduduk negara akan bersatu padu untuk melawan penjajah. Satu hati, satu jiwa hingga mereka berjaya. Selepas berjaya, lahirlah sebuah negara. Rakyat bebas merdeka.

16. Masuk peringkat kedua sesebuah negara/empayar ialah “personalized leadership”. Rakyat memilih pemimpin dan pemerintah, letak kepercayaan pada mereka memimpin negara.

17. Sampailah ke peringkat ketiga - “Leka”. Ini berlaku apabila penduduk dalam sesebuah negara yang sudah merdeka, mereka mulai memiliki sikap indivualistik. Sukakan kebendaan dan kemewahan. Mereka bermula untuk saling berlawan, bermusuh dan saling membenci sesama mereka. “Competitive” yang tidak bertempat.

18. Bermula dalam sistem Pendidikan yang berorientasikan menghafal jawapan peperiksaan, semangat berlumba-lumba mahu jadi yang terbaik sesama pelajar. Mereka mulai meletakkan nilai diri pada apa yang mereka dapat dan ada. Yang pelajar mulai angkuh dengan jumlah “A” atau CGPA mereka. Yang dewasa mulai sombong dan bongkak dengan kekayaan material dan wang.

19. Makanya, dalam unsur yang mahu mengejar kemewahan melampau ini, masuklah ke peringkat keempat. Bila penduduk empayar/negara mulai menyukai kemewahan tanpa perlu mengukur baju di badan sendiri, masyarakat akan mula hilang nilai dan motivasi. Mereka perlu menunjuk-nunjuk. Dari Barangan Peribadi Jenama Mewah hinggalah gaya hidup boros tahap tertinggi.

20.  Rasuah dan salahguna kuasa berluasa. Sebab kaya itu segalanya. Ibn Khaldun berkata, ketika peringkat ini; politik dan pemimpin ini akan memecah belahkan masyarakat. Sebab pemimpin hanya mahukan hanya kuasa dan harta. Motivasi membina dan perpaduan seperti nenek moyang mulai lenyap ditelan arus zaman.

21. Makanya, masuklah peringkat kelima: negara mula musnah dan empayar akan hilang.

22. Ibn Khaldun juga berkata jatuh dan bangun satu empayar atau negara bukan sebab faktor luar. Negara dan Empayar jatuh sebab tangan rakyatnya sendiri.

23. Beliau merujuk empayar Islam Sepanyol pada kurun ke-13. 6 kurun lamanya empayar ini segar bugar. Ekonomi maju, ilmuwan bercambah. Sampai jadi rujukan semua di dunia. Dari ilmu perubatan, matematik dan falsafah. Ada scholar cakap Eropah takkan maju seperti sekarang tanpa taklukan ke atas Andalusia. Library Cordoba dikatakan “a wonder of the world”. Beri mereka segala jenis ilmu yang dipelopori oleh ilmuwan Muslim, yang boleh ditiru untuk bawa pulang ke negara mereka.

24. Masa itu juga, kesatuan agama dan bangsa dalam Empayar Islam Sepanyol sangat kuat. Antara masyarakat hargai perbezaaan. Ada Kristian, Yahudi dan Islam. Saling memahami, saling bertoleransi untuk bangunkan empayar.

25. Mereka maju dan terkenal seantero dunia. Sampai lah satu tahap, zaman Sultan Muhammad XII of Granada, empayar ini mula merundum. Bila mana harta jadi dambaan. Rasuah dan salah guna kuasa yang merosakkan negara. Ramai yang tak tahu empayar Andalusia punah tanpa peperangan.

26. Sultan Muhammad XII hanya serahkan kunci empayar kepada pemimpin tempatan dan cium tangan bakal Raja dan Permaisuri Sepanyol. Pemerintah Islam naik kuda dan keluar begitu sahaja.

27. Itulah sinopsis dalam Muqaddimah yang Ibn Khaldun bawa. Jatuh bangunnya sebuah empayar. Selepas teori ini meletup di barat pada awal tahun 60-an, ramai sarjana taraf dunia mengkaji teori ni.

28. Salah satunya sejarahwan terkenal Arnold Toynbee. Dalam bukunya “Study of History” beliau mengkaji tulisan Ibn Khaldun dengan 26 peradaban/empayar/negara. Sama semuanya. Peringkat bangun dan jatuh sebuah negara/empayar serupa saja “patern”nya macam tulisan Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah.

29. Untuk zaman moden pula, ada sarjana lain, Giovanni Arrighi menggunakan tulisan Ibn Khaldun ini sebagai perbandingan. Dia buat telahan, Amerika akan jatuh dan China akan bangkit sebagai kuasa baru dunia. Sekarang kita sudah boleh nampak ada kebenarannya.

30. Ada yang berkata, zaman Presiden Trump sudah mula menunjukkan peradaban Amerika yang mulai tenggelam. Bila dollar dan sen yang dikira, salah guna kuasa berluasa. Isu agama dan bangsa pula jadi “centre stage”. Kalau kita kaji sendiri, macam memang benar belaka. Apa yang Arrighi kata.

31. Terbaru, kita dikejutkan oleh Afghanistan, selepas 20 tahun jatuh di tangan Taliban. Ia digelar Kubur Segala Empayar (Graveyard of Empires). Sejarah menunjukkan tiada satu empayar pun boleh kekal lama di sana. Rakyatnya pula sentiasa merana.

32. Apa salahnya? Simple, rujuk kepada teori Ibn Khaldun tadi. Selepas Afghanistan dilepaskan dari Taliban 20 tahun dulu, Amerika telah berbelanja hampir USD80 billion untuk membina negara Afghanistan. Mereka beri hak rakyat memilih pemimpin dan bangunkan tentera dan askar sendiri. Pada tahun ini sebelum Taliban masuk, negara ini merekodkan ada 300 ribu askar yang dibayar Kerajaan.

33. Namun, yang betul-betul menjadi askar mempertahankan negara hanyalah 90 ribu orang. Yang lain hanya “ghost soldier”. Maknanya, guna Kad Pengenalan ambil gaji tapi orangnya tiada. Masa Taliban masuk minggu lepas, askar sendiri cabut uniform dan cabut lari. Presidennya dikatakan lari ke UAE dengan bawa cash beratus juta. Menyorok di sana. Belum sempat rakyatnya bahagia ada kebebasan bernegara, jatuh pula di tangan Taliban. Angkara pemimpin durjana dan salah guna kuasa.

34. Apa kaitan tulisan Ibn Khaldun dengan Malaysia? Kita tengok cycle teori Ibn Khaldun ni berulang-ulang di negara kita. Dari mula nak merdeka, “assabiyah” atau penyatuan itu kuat. Yang pergi rombongan ke London mintak kemerdekaan bukan sahaja Tunku Abdul Rahman. Turut dianggotai yang bukan Melayu iaitu Kolonel H.S Lee dan Tuan H.S Tan. Di samping yang tak masuk rombongan, Tun VT Sambhatan dan Tun Tan Cheng Lock. Mereka bantu Tunku menyatu padukan negara pelbagai kaum.

35. Namun pada 13 Mei 1969, Malaysia punya titik hitam. Sengketa kaum yang dasyat. Sensitif untuk diungkit tapi kita boleh belajar. Abaikan isu perkauman dalam wacana ini. Itu bukan pokok pangkalnya di sini. Ibn Khaldun kata lepas suatu negara merdeka, mereka akan “leka” dengan dunia. Akan ada sikap indivualistik mahukan kemewahan. Dan lepas itu politik akan jadi “centre stage”. Politik akan pecah belahkan masyarakat sampailah berpuak-puak.

36. Yang penting, kita boleh mencerap tulisan Ibn Khaldun itu betul.  1969, jurang ekonomi antara kaum sangat besar. Itu punca pecah belah. Habislah punah kesatuan masa merdeka.

37. Namun zaman 90-an kita bangkit semula, Malaysia digelar the “Tiger of Asia”. Masa tu dalam TV pun kita boleh tengok antara kaum bercampur. Pi Mai Pi Mai Tang tu, ada India dan juga Cina. Ada moto “bersih, cekap, amanah”.

38. Selepas itu berlaku perpecahan dasyat antara UMNO baru dan Semangat 46. Diikuti dengan peperangan terbuka Reformasi oleh Anwar Ibrahim.

39. Seterusnya, kita mula nampak negara mulai goyang. Dari zaman Pak lah sampai la zaman PM6.

40. PM ini jadikan moto politiknya “Cash is King”. Katanya bagi cash pada Rakyat, itu cara politik baru. Makanya, sebab perlukan duit banyak, kes 1MDB meletup. Jho Lo yang syok berjoli, hutang negara pula lubang digali . Bilamana harta dan kuasa jadi “centre stage”, apa peringkat seterusnya yang Ibn Khaldun cakap?

41. Peringkat ke 4: Politik gila kuasa akan mula pecah belahkan masyarakat. Makanya kena resort la kepada politik divisive, guna kaum dan agama sebagai centre stage. Takut sebenarnya, bila kita kaji teori Ibn Khaldun ni benar belaka. Kena pula atas batang hidung sendiri, di Malaysia.

42. Materialistik dan cinta kebendaan ini buat masa ini sudah macam jadi normal dalam masyarakat kita. Makan babi dan minum arak jijik didengar, pantang nenek moyang kita. Tapi rasuah macam takde makna. Semua macam rilex saja, sampai malas nak dengar dah. Kalau di China hukumnya kena tembak mati. Di Malaysia yang dijatuh hukum rasuah dan salah guna kuasa pun digelar Bossku. Ramai yang kehairanan kenapa jadi macam tu. Mungkin ketagihan Wang Cash dari Penguasa 1MDB.

43. Apa yang kita belajar, pertamanya, kemewahan tanpa had itu merosakkan masyarakat. Tolak la “Cash is King” itu ajar anak2 kita, nilai dia bukan atas harta yang mak bapak dia ada. Tapi amanah dan prinsip yang dia pegang.

44. Ajar mereka pandang tinggi pada seseorang bukan sebab dia ada rumah mewah, kereta berderet atau bini 2-3. Tapi kerana dia amanah menjaga keluarga dan buat mereka bahagia. Bukan kerana wang semata-mata. Itu dulu Ustazah saya cakap, nak jadi pimpinan kena ada sifat “zuhud” bersederhana. Tapi pemimpin Parti Islam kita, dapat duit Kerajaan Pusat, beli Mercedes pula.

45. Keduanya, tengok balik aturan Ibn Khaldun tadi, jatuh dan bangun sebuah empayar tadi. Kalau nak bangun kembali negara ini, kena mula balik pada asal, kena ada assabiyah (penyatuan). Bukan penyatuan satu kaum dan satu agama sahaja. Tapi penyatuan bangsa Malaysia. Kita bagi contoh Korea, masa Krisis ekonomi Asia 1997, dia lagi teruk dari Malaysia, sampai kena meminjam IMF. Namun lepas tu, rakyat yang cinta negara berkorban harta, buat slogan “Pali, Pali” (means hurry, hurry) bersatu bangunkan negara. Indeks rasuah Korea berpuluh ganda lagi baik dari Malaysia. Itu sebabnya dari negara yang teruk terjejas pada tahun 1997, sekarang dia pula jadi antara Tigers of Asia. Sampai potong kita. Itu yang kita kena hadam dan belajar.

46. Ketiganya, kita kena tolak politik yang memecah belah, tolak tepi sentimen kaum dan agama. Sebab kalau ini berlaku, macam teori Ibn Khaldun, negara akan merudum. Tanya balik perlukah masa negara susah ini sebuah “Kerajaan Melayu Islam” bilamana yang susahnya bukan Melayu saja, tapi juga bangsa lain? Tak boleh kah kita tolak perbezaan agama dan bangsa dan fokus pada pandemik dan bina negara pula? Bukan hanya spesifik pada satu bangsa dan satu agama?

47. PM ke 9 kita baru angkat sumpah. Buka lembaran baru untuk negara. Sama dengan tajuk Muqaddimah, “means the beginning”. Makanya, kita tak mintak banyak. Hanya dua. Satu, tolak rasuah dan salah guna kuasa yang ada (kalau bahasa marhein di bawah: “Tolong la jangan kawtim dengan Klepto!”). Dan keduanya, semarakkan perpaduan sesama Rakyat. Dengan kata lain UNITY. Ini kena bermula dengan pemimpin. Pemimpin yang kena bentuk UNITY (wink*wink). Dengan UNITY saja kita akan bangkit semua. Bukan retorik bangsa, bukan retorik agama.

48. History is the best teacher. Ibn Khaldun has shown us ada 5 peringkat jatuh dan bangun sebuah negara. Semuanya terpakai pada kita. Kepada PM baru kita pasrah dan berserah. Mengharapkan satu sinar baru buat Malaysia.

Tebuk Kapal sudah.

Pancung Budak Sudah

Bina semula rumah yang runtuh pun sudah.

Kini masanya mengembalikan kebanaran berpaksi nyata.


MKR


TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA

1.    Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...