1. Fenomena yang sedang melanda Malaysia baru-baru ini dipanggil "Government Formation Deadlock (GFD)".
2. "Deadlock" ini boleh berpunca daripada samada
(1) "Hung Parliament" iaitu keadaan selepas PRU di mana tiada parti mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk ("form") kerajaan dan pada masa yang sama tak nak bergabung, atau
(2) "Coalition Breakdown" iaitu gabungan parti-parti yang telah membentuk kerajaan mengalami perpecahan dan parti-parti dalam proses perundingan semula untuk "re-form" kerajaan balik.
3. Keadaan pertama macam Israel sepanjang tahun lepas. Walaupun 2 kali PRU diadakan, kerajaan Israel masih tak dapat dibentuk sebab kedua-dua parti yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz tak dapat majoriti. Tapi dua-dua nak jadi PM. Jadi kenalah buat PRU kali ke-3 pada minggu depan. Netanyahu sekarang sebagai "caretaker PM" sahaja.
3. Keadaan kedua macam Itali. Pada September tahun lepas, kerajaan gabungan parti "Liga Utara" (Lega Nord) dan "Gerakan Lima Bintang" (M5S) tumbang selepas setahun memerintah. Lega tu parti orang utara, M5S parti orang selatan; ideologi pun tidak sama (Lega right-wing populist, M5S left-wing populist). Tapi disebabkan dua parti ni je yang dapat undi paling banyak dan dua-dua pun anti parti pemerintah lama (Parti Demokratik) yang dapat undi ke-3 banyak, maka terpaksalah mereka bergabung. Tapi akhirnya gabungan Lega-M5S ni berpecah juga, Lega kena tendang jadi pembangkang balik, dan M5S terpaksa ajak Parti Demokratik yang dicemuh selama ni untuk membentuk kerajaan.
4. "Deadlock" ini benda biasa sahaja sebenarnya. Di negara maju selalu berlaku, dan masalah "deadlock" mereka lagi lama:
4.1) Sweden pada tahun 2018-2019 ambil masa selama 133 hari untuk diselesaikan, maksudnya 133 hari tidak ada kerajaan.
4.2) Belanda pada tahun 2017, 208 hari.
4.3) Belgium dari tahun 2010-2011, 541 hari (Paling Lama).
5. Kita boleh tenang dan bersabar sebab walaupun dalam keadaan "deadlock" dan tidak mempunyai kerajaan, negara masih dapat berfungsi seperti biasa dengan adanya ketua negara ("head of state") dan penjawat awam ("civil servant"). Kalau ada "twin pillars" ini, insya Allah, negara tidak huru hara.
6. Kerajaan tidak ada, negara masih ada ketua. Kalau tak ada ketua, baru kita panggil keadaan "stateless" atau "anarchy" (an = tiada, archy = ketua). Bagi negara demokrasi berparlimen ("parliamentary democracy") yang ada raja, raja lah ketua negara; yang tak ada raja, presiden lah ketua negara.
7. Negara yang ketua negaranya presiden, dan presiden juga merupakan ketua kerajaan (seperti US, Turki, Indonesia dan Filipina), kita panggil sebagai demokrasi berpresiden ("presidential democracy"). Negara-negara ini tak ada PM. Yang macam Perancis, Rusia dan Korea Selatan pula, ada PM, tapi ketua kerajaan ialah presiden, kita panggil demokrasi separa-presiden ("semi-presidential democracy").
8. Bagi demokrasi berparlimen yang tidak ada raja seperti Israel, Itali dan Singapura, presiden mereka memainkan peranan ketua negara sama macam raja di negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seperti UK, Sweden, Belgium, Belanda dan Malaysia.
9. Apabila berlaku "deadlock" pembentukan kerajaan, ketua negara akan bertindak sebagai penimbangtara ("mediator") antara parti-parti yang berkonflik, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Macam dalam krisis Israel dan Itali, presiden dari kedua-dua negara masing-masing panggil ("summon") ketua parti yang berkonflik untuk mencari penyelesaian kepada masalah.
10. Tapi kalau dibandingkan antara presiden dan raja berperlembagaan, selalunya raja berperlembagaan dapat memainkan peranan penimbangtara dengan lebih baik. Selain "above politics", raja juga mempunyai prestij untuk memerintahkan supaya parti-parti dalam konflik berkompromi.
11. Presiden yang dilantik dari kalangan orang awam kurang prestij tersebut, malah nak cari orang awam yang betul-betul neutral untuk dijadikan presiden pun bukan senang. Presiden kat Lubnan dan Iraq bukan saja gagal memainkan peranan penimbangtara, malah membuat keadaan bertambah haru.
12. Presiden Lubnan ialah seorang Kristian Minoriti, maka ahli politik Muslim dan Kristian Ortodoks tidak mahu dengar cakap dia. Di Iraq kedua-dua Sunni dan Syiah tak mahu layan presiden sebab presiden ialah seorang Kurd, dia pun ada politik dia sendiri, macam mana nak bertindak adil.
12. Kita dikira bertuah sebab mengamalkan sistem raja berperlembagaan ala British. Bukan bermaksud penjajah British itu bagus, tapi sistem yang mereka cipta itu mencapai keseimbangan antara "raja yang pasif" (raja yang tiada peranan dalam politik seperti maharaja Jepun) dan "raja yang aktif" (raja berkuasa mutlak seperti Sultan Brunei).
13. Sistem British menghadkan kuasa raja, tapi pada masa yang sama memberi raja "hak" yang cukup kritikal untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada demokrasi. Hak tersebut dirumuskan oleh Walter Bagehot dalam "The English Constitution" (1867) sebagai "the right to be consulted, the right to encourage, the right to warn".
14. Dan satu lagi sistem yang kita warisi daripada British ialah sistem perkhidmatan awam tetap ("permanent civil service"). Penjawat awam tetap ialah kakitangan kerajaan yang dilantik atas merit (menerusi peperiksaan dan saringan khas) oleh badan khas (seperti suruhanjaya perkhidmatan awam) bukannya atas perlantikan politik. Cuma di Malaysia terkadang orang panggil lantikan politik sebagai penjawat awam juga, orang jadi keliru.
15. Ciri utama penjawat awam tetap ini ialah mereka kekal walaupun kerajaan bertukar, sebab tu dipanggil "permanent". Kalau dalam Bahasa Inggeris, Ketua Setiausaha - KSU (Ketua Penjawat Awam di setiap Kementerian) dipanggil "permanent secretary". Di negara demokrasi berpresiden seperti US tiada sistem seperti ini. Tukar kerajaan, tukar semua staf (kecuali kerani dan diplomat). Dan uniknya sistem yang dicipta British ini ada satu ketua kepada penjawat awam iaitu "cabinet secretary" (Ketua Setiausaha Negara - KSN di Malaysia).
16. Sistem Perkhidmatan Awam tetap ni dicipta oleh British pada pertengahan abad ke-19 selepas mereka menyedari ketidakstabilan yang ada pada demokrasi berparlimen. Pada bila-bila masa kerajaan boleh tumbang, maka mestilah ada sekumpulan orang yang akan menjalankan tugas pentadbiran sementara ahli-ahli politik berkelahi. Kerajaan bertukar atau tiada kerajaan, penjawat awam tetap akan mentadbir negara, cuma tiada dasar baharu yang boleh dibentuk.
17. Untuk memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar, penjawat awam ada tatacara khas mereka. Bagi orang yang tidak faham konsep penjawat awam tetap ini, mereka akan kata penjawat awam ini "deep state" "kaki sabotaj" sebab tak mahu mengubah tatacara mereka ikut kehendak semasa.
18. Di UK, penjawat awam tetap ini dipanggil sebagai "His/Her Majesty's Most Loyal Servant", sebab peranan mereka adalah untuk melengkapi peranan raja berperlembagaan, dan kesetiaan mereka adalah kepada raja dan negara. Dulu pun ada frasa "saya yang menurut perintah". Orang selalu ingat perintah itu bermaksud arahan, sebenarnya, "perintah" hanya boleh datang daripada ketua negara.
19. Demokrasi memang bersifat "chaotic" dan sentiasa "in flux". Siapa wayang siapa, siapa khianat siapa, semua itu tak penting. Yang penting, walaupun negara berada dalam ketidaktentuan politik, negara kita masih berada dalam "safe hands" dua hero yang sedang memastikan negara berada di landasan betul: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua negara, dan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara selaku ketua penjawat awam. Temubual yang dikendalikan oleh YDPA dan disaksikan oleh KSN pada hari ini cukup simbolik dalam menggambarkan peranan "twin pillars" ini.
20. Dalam Politik tiada kawan yang kekal. Dalam Politik tiada musuh yang kekal.
21. Di waktu-waktu krisis seperti inilah baru terserlah peranan penstabil mereka yang selama ini dilepas pandang dan "took for granted". Daulat Tuanku.
22. Perkongsian ini bukanlah bersifat teori dar pembacaan semata-mata, ianya sebuah perkongsian pintar sesama sahabat dari kumpulan pemikir.
DEDIKASI: NSK GROUP
Shared by: MKR
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUN M MEMBINA SEBUAH RUMAH BARU BUAT UMAT ISLAM MELAYU MALAYSIA
1. Meraksa bicara pada pasca skala perpecahan umat Islam Melayu terburuk dalam Sejarah, amat memerlukan iltizam yang kuat tatkala kita ...
-
B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat s...
-
T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kera...
-
J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok deng...